Sunday, June 26, 2011

kawan, tolong la rendahkan ego kau!

salam.

hari ni lupakan seketika pasal entri memori ak.
kerana masih ada perkara yang belum ak bereskan.
semuanya pasal kawan!

kawan, ak dah banyak kali terasa dengan kau.
ak dah cuba tahan perasaan amarah ak sebaik mungkin.
tapi kadang kala ego ak tercabar.
dan ak terbabas.
ak mula melenting!
maaf kawan.
sekali ak melenting, mulut ak memang sangat berpuaka.

kita sama-sama panas.
dan kau pun tahu, ak cepat panas tapi ak cepat sejuk.
tapi ak kira panas kau lagi melampau daripada ak.
sebab kalau ak marah, ak tak perlukan dinding atau benda yang keras untuk dihentak-hentak.
cukup la ak buat muka je. heh.

kawan, ak sangat sayangkan geng-geng kita.
bila kau gaduh dengan rumate kau sendiri, kami dah mula rasa tak sedap hati.
sebab sorang ke hulu, sorang lagi ke hilir.
rumate kau, rumate ak jugak. dan sebaliknya.
kita kan geng!
kami tak tahu punca korang bermasam muka.
kami serba salah sebab tak tahu nak layan yang mana.

ak sangat gembira bila dapat tahu yang kau dah mula berbaik dengan rumate kau.
ak pun pelik macam mana korang boleh berbaik semula.
tapi ak kira tak perlu la ak tahu pasal itu sebab ak tak nak korang ingat detik pergaduhan korang.
cukup la bagi ak untuk melihat korang berdamai.
itu la erti sebuah persahabatan, kawan.
walau korang gaduh sehebat mana pun, perasaan sayang terhadap seorang kawan tetap tak boleh ditipu.
hidup korang tak akan aman selagi korang bermasam muka.

sebab tu la, kalau ak tersentap dengan kau, ak malas nak tarik muka sampai makan hari.
cukup la selama setengah jam je. eh, ye ke?
rasanya tak sampai pun. lebih kurang kot.

sekiranya kau baca blog ak,
tolong la fikir balik semula perangai kau macam mana.
mungkin 'itu' salah satu penyebab yang membuatkan kami pernah tersentap dengan kau.
bila kita dah duduk sebilik, ak makin mengenali kau.
dan sangat paham dengan keadaan jiwa rumate kau.

apa yang jelas di mata ak, kau sangat panas baran dan degil.
hanya orang yang sabar seperti kawan kita yang satu tu je boleh tahan dengan kau.
ak rasa kau tahu kawan kita yang mana.
dan ak tahu walaupun kau nampak cool tapi kau tetap seorang yang sensitif kawan.
kita kan perempuan.
sekeras-keras hati kita, rasa sensitif tetap terselit.

kawan, kita dah selalu sangat share makanan dalam bekas yang sama.
dan ak kira itu la erti nilai sahabat sepanjang zaman.
ak cukup sayangkan kau.
sebab kau dah banyak bantu ak.
ak tak nak suatu hari nanti kita bermasam muka sampai makan hari. yang ni ak paling nak elak!

ak tegur kau sebab ak sayang kau, kawan!
ak tak nak kau hanyut dengan sikap kau.
mungkin selama ni kau tak sedar, sikap kau boleh membuatkan orang sekeliling kau tersentap dengan kau. siapa tahu?? kan.

dan ak selalu ingat pesan kau,
"nanti kalau kau nak kawen, kau cari la orang kl ke. nanti senang sikit ak nak pergi majlis kau,"
memang la senang untuk diri kau.
tapi ak yang merana nanti bila musim nak balik raya. haha.


kata-kata tu sentiasa berlegar di telinga ak wahai kawan. kui3.

5 comments:

shafmechy said...

biasa la tu..akan ada kawan yg perangai membuat kita tersentap...memang perlu tegur la secara baik =)

buDAK keCIK said...

yup! kna tgur secara baik sbb ak syg kwn ak!

adan said...

anda seorang kawan yg baik berani menegur.. harap kawan yg ego itu membaca luahan hati anda.. kawan.. duduk serumah baru kita tahu perangai sebenar..

naz said...

ok i dah faham situasi u hahaha

buDAK keCIK said...

adan: betul2. kna duduk serumah bru tahu perangai sebenar dia. ;)

naz: apa yg u phm?? haish!