Saturday, June 18, 2011

bank lemak

salam.

kalau semalam, ak lepak warung kat sekitar IVM ni semata-mata nak rasa roti canai yang sedap.
jujurnya memang sedap punn adoii.
tambah dengan teh tarik.
pergh memang kaww untuk menambah kolesterol.

tapi ak ni jenis kuat makan. nampak je kecik. tapi tangki makanan besar wei.
jadi, sebelum balik IVM ak tapau la sebungkus nasi goreng biasa.
bila dah siap landing kat bilik tv, ak pun nak la merasa nasi goreng tu.
rasanya walaweyh sangat mengharukan.
sebab nasi goreng dia kosong. no ayam-ayam.
yang ada hanya la fishcake yang dihiris halus-halus.
harga dia rm3.50.
kalau ak makan nasi goreng kat kedai mamak ar-rahim, boleh dapat nasi goreng kampung dengan isi ayam yang besar-besar okayh.
kesimpulannya, warung tu hanya sesuai untuk makan roti canai je la.

dan hari ni pulak, ak disajikan dengan pelbagai jenis makanan hasil tangan mak kawan ak, kak husna. ai luv u la kak husna.
memang rezeki ak gamaknya hari ni.
dah la makan sampai nak pecah perut, lepas tu mak kak husna bagi duit raya pulak.
alhamdulillah.
tapi sebenarnya duit ak pun dah makin susut ni.
segan la pulak nak mintak duit dengan mak ayah ak.
sejak ak dapat duit biasiswa JPA ni, ak tak pernah mintak duit dengan mak ayah ak.
sebab ak tak suka menyusahkan mak ayah ak.
hajat di hati mahu kurangkan beban mak ayah ak sebenarnya.

itu la rancangan Allah.
di kala kita susah, Dia tetap bantu kita. antara lambat dengan cepat je.
tapi manusia, masa susah baru terhegeh-hegeh nak bentang sejadah.

dah terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kat ak.
sekarang giliran ak pulak untuk berkhidmat kepada Allah sebagai hambaNya.

oh, 2 hari ni jumlah lemak semakin bertambah.
kesimpulannya, esok pagi harus berjoging ea.

No comments: