Thursday, June 30, 2011

jangan nak bongkak sangat

salam.

to live is to learn and to learn is to live.

yes! kita hidup memang ada tujuan.
kita hidup dalam lautan manusia yang ramai.
manusia ramai, maka banyak la ragamnya bila banyak sangat yang suka ikut kepala angin sendiri.
orang kata a, dia kata b.
susah nak menerima kritikan.

"orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan" -THALES-

bangun je daripada tidur, buka mata luas-luas supaya kita dapat belajar perkara yang baru untuk hari yang baru.
jangan nak asyik bangkang kata orang.
walaupun kau orang yang bijak pandai tapi jangan nak pandang pandangan manusia lain pun sebelah mata je.

see her leg la brader! heh!

Sunday, June 26, 2011

kawan, tolong la rendahkan ego kau!

salam.

hari ni lupakan seketika pasal entri memori ak.
kerana masih ada perkara yang belum ak bereskan.
semuanya pasal kawan!

kawan, ak dah banyak kali terasa dengan kau.
ak dah cuba tahan perasaan amarah ak sebaik mungkin.
tapi kadang kala ego ak tercabar.
dan ak terbabas.
ak mula melenting!
maaf kawan.
sekali ak melenting, mulut ak memang sangat berpuaka.

kita sama-sama panas.
dan kau pun tahu, ak cepat panas tapi ak cepat sejuk.
tapi ak kira panas kau lagi melampau daripada ak.
sebab kalau ak marah, ak tak perlukan dinding atau benda yang keras untuk dihentak-hentak.
cukup la ak buat muka je. heh.

kawan, ak sangat sayangkan geng-geng kita.
bila kau gaduh dengan rumate kau sendiri, kami dah mula rasa tak sedap hati.
sebab sorang ke hulu, sorang lagi ke hilir.
rumate kau, rumate ak jugak. dan sebaliknya.
kita kan geng!
kami tak tahu punca korang bermasam muka.
kami serba salah sebab tak tahu nak layan yang mana.

ak sangat gembira bila dapat tahu yang kau dah mula berbaik dengan rumate kau.
ak pun pelik macam mana korang boleh berbaik semula.
tapi ak kira tak perlu la ak tahu pasal itu sebab ak tak nak korang ingat detik pergaduhan korang.
cukup la bagi ak untuk melihat korang berdamai.
itu la erti sebuah persahabatan, kawan.
walau korang gaduh sehebat mana pun, perasaan sayang terhadap seorang kawan tetap tak boleh ditipu.
hidup korang tak akan aman selagi korang bermasam muka.

sebab tu la, kalau ak tersentap dengan kau, ak malas nak tarik muka sampai makan hari.
cukup la selama setengah jam je. eh, ye ke?
rasanya tak sampai pun. lebih kurang kot.

sekiranya kau baca blog ak,
tolong la fikir balik semula perangai kau macam mana.
mungkin 'itu' salah satu penyebab yang membuatkan kami pernah tersentap dengan kau.
bila kita dah duduk sebilik, ak makin mengenali kau.
dan sangat paham dengan keadaan jiwa rumate kau.

apa yang jelas di mata ak, kau sangat panas baran dan degil.
hanya orang yang sabar seperti kawan kita yang satu tu je boleh tahan dengan kau.
ak rasa kau tahu kawan kita yang mana.
dan ak tahu walaupun kau nampak cool tapi kau tetap seorang yang sensitif kawan.
kita kan perempuan.
sekeras-keras hati kita, rasa sensitif tetap terselit.

kawan, kita dah selalu sangat share makanan dalam bekas yang sama.
dan ak kira itu la erti nilai sahabat sepanjang zaman.
ak cukup sayangkan kau.
sebab kau dah banyak bantu ak.
ak tak nak suatu hari nanti kita bermasam muka sampai makan hari. yang ni ak paling nak elak!

ak tegur kau sebab ak sayang kau, kawan!
ak tak nak kau hanyut dengan sikap kau.
mungkin selama ni kau tak sedar, sikap kau boleh membuatkan orang sekeliling kau tersentap dengan kau. siapa tahu?? kan.

dan ak selalu ingat pesan kau,
"nanti kalau kau nak kawen, kau cari la orang kl ke. nanti senang sikit ak nak pergi majlis kau,"
memang la senang untuk diri kau.
tapi ak yang merana nanti bila musim nak balik raya. haha.


kata-kata tu sentiasa berlegar di telinga ak wahai kawan. kui3.

Thursday, June 23, 2011

memori part 6: kenapa suka cubit pipi tembam?

salam.

pipi tembam ramai yang geram.
kenapa ea?

masa ak hidup kat kuala lumpur, ak si budak keding.
tapi masa ak mula menetap kat kelantan, ak si budak chubby.
ramai orang cakap ak jadi montel sebab makanan kat kelantan sedap-sedap. heh.

masa ak darjah 4 kot, waktu tu badan ak memang naik mendadak.
sangat montel.
bila dah montel, muka pun bulat, pipi dah mula tembam.

dan pipi ak mula jadi buruan orang. keh3.
ada la sorang abang ni. dah kawen tapi muda lagi.
setiap kali jumpa ak mesti dia nak cubit pipi ak. katanya dia geram tengok ak.
pehal pulak?
tapi dah kalau tiap-tiap kali jumpa, dia mesti cubit pipi ak, siapa yang tak fobia. ye dak?

sampai sekarang kalau ak terserempak dengan abang tu, ak akan lari.
hello, saya dah besar ea.
dan paling penting, pipi saya dah tak tembam macam dulu lagi.
kurang sikit je la. haha.
kalau dulu boleh la, cubit pipi saya macam cubit teddy bear.
tapi sekarang, dah boleh timbulkan fitnah tahu.


dan pipi saya hanya untuk bakal suami saya.
harap maklum. ;p

bersambung part 7...

Wednesday, June 22, 2011

memori part 5: chinese look plus spek

salam.

"hoi kau pehal? asyik nak peluk orang je keje?"

tu la rutin harian si amir (bukan nama sebenar) masa kami sekelas. darjah satu.
dia suka peluk budak perempuan dari belakang.
bila sekali ak sound dia, dia dah fobia dengan ak.
tapi kawan baik ak pulak jadi mangsa dia. haila.

pernah satu hari, dia datang kacau ak yang tengah khusyuk melukis.
masa tu kelas BI. teacher ak tu memang anti gila dengan ak.
ak pun tak tahu kenapa. sebab tu ak benci kelas BI waktu tu.
ak dianaktirikan waktu tu. sedih whoa.
ak pun pelik. ak selalu dapat A kot.
tapi ak peduli hape. ramai lagi cikgu yang sayang kat ak waktu tu. berlagak!

okayh sambung cerita.
masa tu ak tengah leka lukis-lukis, tetiba si amir ni duduk mencangkung sebelah kerusi ak.
pejadahnya nak duduk sebelah ak? saje nak gedik.
ak memang hangin la waktu tu.
lepas tu, ak saje acah nak cucuk mata dia dengan pensel.
tetiba budak amir ni buat-buat nangis konon mata dia memang betul-betul kena cucuk.
gila!!
teacher yang memang anti dengan ak tu apa lagi, terus denda ak wei tanpa usul periksa.
dia memang sengaja nak cari salah ak pun.

tapi memang hidup ak aman la lepas ak pindah balik kelantan masa darjah 2.
ak pun dah tak tahu kisah si amir dengan teacher yang anti ak tu.
ak tak kisah pun. langsung!

tapi masa ak belajar kat MARA pun sama.
ada teacher Bio yang anti dengan ak.
dia warden kat situ.
kalau dia terserempak je dengan ak, mesti dia nak cari salah ak.
contohnya, dia nak check ak pakai pretty coat (kain dalam ea bukan baju dalam) ke tidak.
atau pun, dia nak check ak pakai anak tudung ke tidak.
pernah satu ketika, dia nak sekat ak daripada keluar outing.
konon minggu tu minggu boys yang keluar outing.
puas ak bertekak dengan dia.



tak paham ak.
kenapa la ramai sangat nak anti dengan ak?
mungkin muka ni ada iras pompuan yang nak rampas pakwe dia agaknya.
atau pun muka ak ni ada iras musuh tradisi dia. mungkin.

bak kata kawan ak, muka ak ni muka bersepah.
muka chinese look, budak specky.
ye la kot.
chinese look plus spek memang ramai pun kat bumi malaysia ni!

bersambung part 6...

Tuesday, June 21, 2011

memori part 4: edisi bumper kucing

salam.

kucing sangat manja dan comel.
ni yang ak geram dengan makhluk tuhan yang satu ni.

tapi ak pernah fobia dengan kucing suatu ketika dulu.
sangat fobia wei.



masa ak 6 tahun kot, ak tengah main-main teddy bear (kot) dengan sepupu ak.
"ini awak punya. haa, yang ni saya punya."

tetiba datang kucing dari arah tepi, terus terjah ke lengan ak.
zzzaaapppppppppp.
lengan ak berdarah kena cakar dek kucing.

rupanya, kucing tu baru lepas gaduh, 2 orang pakcik ak pun kena cakar.
tapi yang paling teruk adalah ak.
panjang pulak tu kesan cakaran dia.
tapi nasib baik tak tinggal parut kat lengan ak.
kalau tak, kurang wang hantaran. eh, ye ke?

bertahun la jugak ak fobia dengan kucing.
sepupu ak lagi best bila dia tahu ak takut dengan kucing, mula la dia usik ak dengan kucing dia kaler oren yang gemok cam garfield.
mencicit ak lari. tak guna punya sepupu.
dia memang suka dengar ak jerit-jerit ni.
ngek.

sampai la ak darjah 2, family ak dah mula bela kucing.
masa mula-mula ak tahu ada kucing dalam rumah ak, ak baling kucing tu kat tangga.
jangan harap ak nak pegang kucing tu.

tapi bila dah lama-lama, jeles pulak tengok kucing tu manja-manja dengan family ak.
macam best je tengok dia gesel-gesel kat kaki kan.
dan akhirnya ak berjaya hilangkan rasa fobia ak.
malah, ak tidur dengan kucing kot.
seyes best dapat cium-cium kucing ak. tapi ak hanya berani cium kucing ak je sebab ak tahu ak dah mandikan kucing.
jangan harap ak nak cium kucing yang bukan milik ak. heh.

kalau ak membebel, dia dengar je apa yang ak cakap.
kadang-kadang, dia menyampuk gak "meow!"
tapi kucing ak ni gatal.
ak ingat lagi waktu tu ak dukung dia saje bawak pergi jalan-jalan.
pastu ada amoi seksi lalu, mata dia bulat je tengok amoi tu jalan. hoho.
oh lupa nak bagi taw, kucing ak tu jantan okayh.

tapi sekarang kucing tu dah mati.
ak ingat lagi waktu dia nazak, beria ak nangis.
sedih tengok dia bernafas semput-semput.

tapi sekarang ak dah tak bela kucing lagi.
sebab dah tak larat nak sayang kucing sepenuh jiwa dan raga. ceh!


bersambung part 5...

Sunday, June 19, 2011

memori part 3: keganasan terhadap abe

salam.

kali ni bukan pasal isu berak lagi.
tapi ak nak cerita pasal satu kisah ganas ak terhadap adik ak, abe.
masa tu ak darjah 2.

pada suatu petang jumaat, sambil ak tunggu bas untuk ke sekolah, ak dengan 2 orang adik ak, zura dan abe makan ais krim kat luar rumah.
dipendekkan cerita, bila ais krim abe dah abes, dia nak sambar yang ak punya pulak. hamboi, banyak cantik.
si abe ni keje dia asyik usik ak je.
dia tak berani nak usik si zura sebab zura ni jenis keras kepala sikit. oleh itu, konpem-konpem la abe kalah kalau dia gadoh dengan zura.
maka, ak la selalu jadi mangsa abe. padahal ak ni kakak sulung dia. haish.

lepas tu, abe tak puas hati.
ditariknya ais krim ak yang sedang khusyuk makan ni.
kesabaran ak memang dah hilang waktu tu.
apa lagi, ak terus sambar kasut mak ak yang tebal dan terus baling ke arah abe.

malangnya, balingan ak tu tepat kena kat kepala abe.
abe nangis sambil tunduk dan darah pekat mengalir turun ke tanah.
ak tergamam.
waktu tu, ak hanya pikir pasal keadaan ak dalam lokap kelak. keh3.

mak ak terus kol makcik ak, cik pah yang bekerja sebagai nurse.
kebetulan beliau cuti waktu tu.
cik pah datang kalut-kalut dengan kain batik.
beliau la yang bawak abe pergi hospital.

ak tetap pergi ke sekolah dengan hati yang berat.
tapi segala waktu pembelajaran ak agak terganggu sebab ak bimbangkan keadaan si abe.
siapa tak sayang adik wei.
dan bayangan lokap masih dalam ingatan ak.

yang lawaknya, pekerja ayah ak sampaikan pesanan kat ayah ak yang si abe ni pecah kepala.
ayah ak pun terus berkejar ke bilik pembedahan.
yang sebenarnya, adik ak dirawat kat bilik pesakit luar je.

bila ak balik rumah, dari luar ak tengok ayah ak dengan si abe rilek je dok bersantai tengok tv kat ruang tamu.
tapi kepala abe memang berbalut sebab kena 3 jahitan kot.
ak masih dengan muka monyok. takut kena marah sebenarnya.
ak dok je tercegat kat pintu rumah.
ak tengok ayah ak dengan abe. dorang senyum je.
fuhh lega. hehe.
ak telah berjaya meninggalkan kenangan parut di kepala abe. heh.

kalau tak silap ak, 3 bulan kemudian, kepala ak pulak ditumbuhi bisul.
sekali bisul tu dah pecah, kepala ak jadi berat dan muka ak jadi sembab.
seyes, muka ak dah macam gajah waktu tu.
dan ak telah ditahan di wad pediatrik HKL selama 4 hari.
kiranya balasan untuk ak yang telah bertindak ganas terhadap abe.
adil bukan. tapi ak paling teruk la sampai kena masuk wad.

kesan daripada peristiwa tersebut, ak semakin rapat dengan abe.
ak lebih selesa dengan abe kalau nak dibandingkan dengan zura si pendiam.
dan ak masih jadi mangsa buli abe.
kadang-kadang ak ugut dia, "kang nanti ak baling dengan wedges ak yang tinggi tu. nak rasa lagi sekali ke?" bbwweekk!


bersambung part 4...

Saturday, June 18, 2011

memori part 2: geli punya pasal

salam.

part 1 di sini.

part 2 ni ak mulakan dengan kehidupan ak sebagai budak darjah 1 yang baru nak up. tapi masih berkisar pasal isu berak. harhar.

masa zaman budak, ak ni jenis suka cakap bertempik tahu.
harapkan badan je kering tapi suara punya la nyaring macam nak cari gaduh.
kalau ak datang rumah sedara mara ak, dorang semua dah get ready untuk dengar jeritan ak.
tapi bila dah besar ni, terus jadi pendiam. keh3.

al-kisahnya bermula apabila ak sakit perut di sekolah.
untuk pengetahuan korang, ak memang tak pernah jejak pun tandas sekolah.
kalau ak nak kencing ke, berak ke, ak sanggup tahan sampai ak balik rumah.
tapi masa ak darjah dua, perut ak memulas.
memang ada keinginan nak berak pun.
tapi disebabkan waktu balik dah nak hampir, jadi ak sanggup tahan.

tapi bila tinggal lagi setengah jam nak balik, perut ak makin rancak memulas.
najis pun memang dah hampir keluar.
bila mengingatkan tandas sekolah yang kotornya amat dahsyat, maka ak sanggup berak dalam seluar. walaweyh, bodoh punya idea. haha.

kemudian, masa ak beratur di luar kelas nak baca doa sebelum balik,
tetiba kawan ak berbisik kat telinga ak,
"awak. awak ada bau taik kucing tak? siapa yang pijak taik kucing ni?"
ak dengan muka sambil tahan gelak jawab, " entah. saya tak bau pape pun"
dalam hati, ak rasa macam nak berguling je kat situ. haha.
lepas kejadian tu, sumpah ak tak berak dalam seluar lagi.
nasib la tandas tu kotor ke bersih ke, ak redah je. janji ak tak membuang dalam seluar lagi.

ni la ak. jenis geli tak bertempat.
lagi satu, masa ak umur 4-5 tahun kot, ak ni jenis takut tengok lubang tandas.
kalau ak nak berak, mesti mak ak bentangkan surat khabar supaya ak dapat berak atas tu.
kalau ak tidur rumah sepupu ak pulak, arwah nenek ak yang tolong bentangkan surat khabar.
"che, nak berak!!"

tapi masa arwah che sakit dulu, ak pulak yang uruskan soal berak kencing beliau.
che tak geli pun dengan najis ak, jadi kenapa perlu ak geli dengan najis che?

che, ikin rindu che!
al-Fatihah...

bersambung memori part 3~~

memori part 1: cirit-birit

salam.

sejak 2,3 hari ni selalu sangat memori lama datang bertandang.
mungkin ak boleh buat sedikit catatan kat sini supaya dapat ak jadikan blog ni sebagai bahan bacaan ak di hari tua kelak.

kita mulakan dengan part 1:

ak dibesarkan di bandar metropolitan kuala lumpur selama 8 tahun.
sewaktu ayah ak jadi pengurus kedai athlete world di subang parade dulu, ak suka ikut ayah ak ke tempat kerjanya masa hujung minggu.
biasa la, ak ni jenis suka pergi kat tempat yang ramai orang macam shopping complex subang parade konon nak usha-usha gelagat manusia. sampai dah tua bangka macam ni pun, ak masih suka hang out kat shopping complex. padahal nak window shopping je. heh.

dan suatu hari, ak rasa sakit perut yang teramat.
ak ingatkan nak kentut je.
jadi ak pun 'kentut' la.
tetiba rasa macam bendalir mengalir kat spender.
ko taw apa?
hah? air ketuban? jadah apa air ketuban keluar dari cervix budak perempuan yang berumur 5 tahun.
rupanya ak tercirit. walaweyh, memori betul la ni.
biasa la budak. tak tahu nak beza antara rasa nak kentut dengan rasa nak tercirit. haha.

kemudian, ak lari ke arah ayah ak.
"pa, kakak terberak dalam seluar. kakak ingatkan nak kentut tapi rupanya tercirit. ngee"
senyum sambil buat muka tak bersalah.

ayah ak terus hantar ak ke rumah makcik ak kat subang jaya.
nasib baik dekat.
boleh la jugak ak terus mandi dan tukar pakaian lain.

masa on the way nak pergi rumah makcik ak tu, ayah ak tak habis-habis pesan,
"jangan duduk. nanti kusyen tu berbau. pa malas nak basuh"
oleh itu, sepanjang jalan la ak berdiri. keh3.
nasib baik 10 minit je jarak subang parade dengan rumah makcik ak.

pa, terima kasih sebab hantar kakak balik rumah maksu yah masa tu. hee.
kalau tak, memang tak selesa la duduk dengan seluar cenggitu. haha.
terima kasih sebab pa sudi layan karenah kakak yang kaki buku ni. tapi tu dulu la. sekarang dah kaki blogging. hamboi kemain kau.
kalau kakak mintak tolong pa belikan kakak satu je buku tapi tetiba pa balik dari kerja dengan beg plastik yang penuh berisi dengan buku-buku. hooraay!

PA, TERIMA KASIH!!

ya Allah, kasihi ibubapa ku sebagaimana mereka telah besarkan ak sejak dari kecil lagi. amin.

bersambung part 2...

bank lemak

salam.

kalau semalam, ak lepak warung kat sekitar IVM ni semata-mata nak rasa roti canai yang sedap.
jujurnya memang sedap punn adoii.
tambah dengan teh tarik.
pergh memang kaww untuk menambah kolesterol.

tapi ak ni jenis kuat makan. nampak je kecik. tapi tangki makanan besar wei.
jadi, sebelum balik IVM ak tapau la sebungkus nasi goreng biasa.
bila dah siap landing kat bilik tv, ak pun nak la merasa nasi goreng tu.
rasanya walaweyh sangat mengharukan.
sebab nasi goreng dia kosong. no ayam-ayam.
yang ada hanya la fishcake yang dihiris halus-halus.
harga dia rm3.50.
kalau ak makan nasi goreng kat kedai mamak ar-rahim, boleh dapat nasi goreng kampung dengan isi ayam yang besar-besar okayh.
kesimpulannya, warung tu hanya sesuai untuk makan roti canai je la.

dan hari ni pulak, ak disajikan dengan pelbagai jenis makanan hasil tangan mak kawan ak, kak husna. ai luv u la kak husna.
memang rezeki ak gamaknya hari ni.
dah la makan sampai nak pecah perut, lepas tu mak kak husna bagi duit raya pulak.
alhamdulillah.
tapi sebenarnya duit ak pun dah makin susut ni.
segan la pulak nak mintak duit dengan mak ayah ak.
sejak ak dapat duit biasiswa JPA ni, ak tak pernah mintak duit dengan mak ayah ak.
sebab ak tak suka menyusahkan mak ayah ak.
hajat di hati mahu kurangkan beban mak ayah ak sebenarnya.

itu la rancangan Allah.
di kala kita susah, Dia tetap bantu kita. antara lambat dengan cepat je.
tapi manusia, masa susah baru terhegeh-hegeh nak bentang sejadah.

dah terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kat ak.
sekarang giliran ak pulak untuk berkhidmat kepada Allah sebagai hambaNya.

oh, 2 hari ni jumlah lemak semakin bertambah.
kesimpulannya, esok pagi harus berjoging ea.

Friday, June 17, 2011

A.N.T.I.

salam.

minggu ni agak kalut hinggakan ak selalu melalut.
bila hidup dalam makmal baru ak tahu letihnya menunggu keputusan ujian makmal.
banyak pulak tu alatan canggih yang perlu diteliti.

bila malam hari tiba, letak je kepala di sisi bantal terus hanyut ke alam mimpi.
tepat pukul 6 pagi ak masih berdaya untuk bangun seperti biasa. syukur.
walaupun mata masih rasa berat tapi tanggungjawab terhadap Dia wajib dilaksanakan.

ak tahu ak jahil.
ak tahu masih ada ego yang bersarang di hati.
tapi perasaan ego jangan dituruti sangat kerana perasaan tu adalah mainan syaitan.
ego boleh membuatkan kita berasa sangat takbur.
dan agak susah untuk menerima kelemahan diri kita.
"kau tahu memang salah kau, tapi masih berdegil untuk mengakuinya".
susah sangat ke nak mengaku, "ya, itu memang salah saya"??
mungkin kau rasa seperti orang bodoh barangkali.
ikut suka kau la.
tapi ingat segala nikmat datang daripada Allah.
jadi kau langsung tak ada hak untuk berasa sombong dengan nikmat yang kau ada.

Thursday, June 16, 2011

~chantek~



salam.

alhamdulillah hari ni masih berpeluang untuk puasa.
cuaca cantik.
tak panas. dan tak sejuk. sedang-sedang.

buka puasa dengan nasi lemak ayam berempah.
hajat di hati nak beli nasi kerabu tapi nasi kerabu di sini tak ori macam kelantan punya.
hajat terpaksa dibatalkan.

lepas berbuka rasa pening.
tapi tetap gagahkan hati untuk mengaji walau sehelai muka surat pun.
alhamdulillah.

kemudian terus tersungkur atas katil.
hanyut buat seketika sementara menunggu jam bergerak ke pukul 8.30.
kerana ada date dengan lecturer. perempuan. jangan salah anggap.
oh, rupanya dr. aida ada anak dara yang cantik. nasib baik ak ni perempuan.
kenapa dr. aida tak bawak anak teruna dia yang hensem?
tapi...
dr aida ada anak teruna ke?
ak pun kurang pasti.

Wednesday, June 15, 2011

~pak habib nak taja ak?~

salam.

masuk bilik tv, bukak tv.
tepuk-tepuk bantal sikit, pastu baring.

tengah syok layan iklan, tetiba mata sepet ak pun dah boleh jadi bulat membuntang.
erk, fasha sandha?
pak habib dah mula taja fasha sandha?
haila. tepuk dahi licin ak. sakit!
maknanya ni bukan mimpi.

maap la. mungkin ak baru tahu tentang ini.
sebab ak bukan jenis layan tv sangat.
nora elena pun tak sanggup ak layan.
sebab ak bimbang nanti ak idamkan lelaki idaman macam si setan. oops, SETH TAN.
tak mahu ak idamkan lelaki sehensem dia.
cukup la dia hensem di mata ak je.
kang nanti hensem sangat, tak larat pulak nak berebut dengan orang lain.

pak habib, ai pun nak jugak jadi model barang kemas u ;p

Tuesday, June 14, 2011

~gaya dah macam mintak penumbuk~

salam.

u, ai panas la hari ni. kenapa la bekalan elektrik boleh terputus ni? yawww.

bila ditemuramah:
"tok tahu la bakpo. dah la dale hute abes pok-pok dio amek, pahtu dale bandar ni pun dio nok jugok ko?"

translate:
tak tahu la kenapa. dah la dalam hutan abes semua mereka ambik, lepas tu dalam bandar ni pun dia nak jugak ke?



amboi cik kak. dah la pakai baju serba hijau. nampak cantik je.
tapi...
bila dia bukak mulut, haa amek kau.
punya la lancang mulut dia.
ak yang dengar ni pun nak bernanah telinga ni.

ahkak, tolong la cover sikit sikap panas baran ahkak tu.
nampak ada sedikit kecacatan di situ.
tahu la masuk tv siaran berbayar.
tak perlu nak tunjuk marah kat tv.
awak tu orang timur. perempuan pulak tu. dan gaya dah macam bini orang.
cakap lemah-lembut sikit la.
kalau mereka yang bertanggungjawab potong bekalan elektrik kat kedai awak tu dengar pun, sejuk je telinga dia mendengarnya.

ni tak. gaya dah macam mintak penumbuk.
nak rasa penumbuk ai tak??

Monday, June 13, 2011

~nescafe ummpphh~

salam.

lidah ak dah terasa air nescafe, teh ais.
oh feveret yang susah untuk ditinggal.

tapi terpaksa tahan diri dari minum air feveret buat masa ini.
sebab perut masih dalam keadaan trauma.
kang nanti ak campur dengan air dua ni, gayanya ada yang bau hospital nanti.

Sunday, June 12, 2011

~enough is enough~

salam.

hati ak cukup derita sejak akhir-akhir ni.
minggu ni paling teruk.
semuanya kacau.
semuanya serba tak kena.
semuanya jadi panas.

nak makan pun kena fikir seribu kali. *erk, ye ke?
tapi nafsu makan ak tinggi.
kalau ak kata ak makan banyak, semua tak percaya sebab mereka kata harapkan badan je kecik. heh.

kadang-kadang tidur malam ak pun terganggu.
hati ak sakit. cukup sakit.

oh perut tolong la berlaku adil.
ak bagi kau makan, jangan la memberontak.
ak dah tak larat nak tidur dalam tandas tahu.

kang nanti ak protes tak nak makan, kau jugak yang sakit perut.

Saturday, June 11, 2011

~kelantan 2, terengganu 1~

salam.

2-1?
kelantan 2, terengganu 1.













oh, silap. itu hanya mimpi ak.
realitinya terengganu telah berjaya merangkul juara pada malam ini.
perkara yang paling gila ialah apabila salah seorang pemain kelantan telah menanduk bola konon untuk mengelak.
tapi sayang, dia telah menolong pasukan terengganu menjaringkan gol yang pertama.
ni la padahnya kalau apex tak peluk bola siap-siap.
ye. memang jelas malam ni memang rezeki pasukan terengganu.

setiap perkara di dunia ni pasti ada yang berpasangan.
lelaki pasangannya perempuan.
begitu juga menang pasangannya kalah.

hero tok gadoh la bro..
red warriors tetap juara di hati kami!!
terutama si apex!
oh, cukup teruja tengok gaya khairul fahmi tangkap bola ;p

Friday, June 10, 2011

~perut ak bermasalah dengan masakan johor~



salam.

sepanjang 2 minggu berada di bumi johor ni membuatkan perut ak sentiasa tak aman.
bukan minda atau jiwa yang kacau.
tapi perut ak yang kacau.

kenapa?
sebab hampir 24 jam perut ak meragam.
cuba bayang kalau hampir 24 jam perut korang asyik memulas-mulas?
aiseh. otomatik jiwa pun jadi kacau tahu.

ak rasa gaya pemakanan ak tetap sama.
kalau pergi kedai mamak, ak akan order nasi goreng kampung (paling feveret) atau nasi goreng pattaya atau nasi goreng cina atau nasi goreng ayam.
dan air, oh semestinya teh tarik. tak pun teh ais.
tapi memandangkan perut ak meragam, makanya ak terpaksa berpuasa untuk teh tarik mahupun teh ais. jawabnya air suam je la kau.

apa ni?
adakah ak memang tak boleh in dengan masakan orang johor?
atau mungkin ada rahsia masakan mereka yang membuatkan perut ak langsung tak boleh terima?

wah, perut ak!
rasanya ak wajib ke tandas ni. cau!

Tuesday, June 7, 2011

~hari bahagia bersama roy~

terkejut dengan bilangan keldai yang ramai.


salam.

hari ni baru berpeluang nak menunggang kuda.
alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
kuda jantan (roy) senang je nak control.
tapi kuda betina (ruby), ikut suka hati dia je nak melangkah ke mana.
adoi, ak pun naik pening.
nasib baik dia tak bawak ak lari entah ke mana-mana.

masa kali pertama nak panjat kuda, baru ak tahu betapa tingginya kuda.
dan betapa keciknya ak.
ak sama tinggi dengan paha kuda. gulp?
punya la susah nak angkat kaki sama level dengan dia. haha.



gayanya seperti di set penggambaran. kui3.
hakikatnya kami sedang menunggu giliran untuk menunggang kuda.


cuak dalam gembira.
kau nak bawak ak pergi mana wahai roy sayang?

Sunday, June 5, 2011

~blind date?~


mirror oh mirror.
who is the most beautiful in this world??


salam.

hari ni hari kebosanan sedunia.
hari ni hari melepak depan lappy.
bila dah boring sangat, ambik cermin letak depan muka.
kemudian tilik muka puas-puas.
lepas tu, baru perasan, oh jerawat kat dahi. toink!
biarkan aja jerawat itu bahagia di situ.
lama-lama dia merajuk.
dia pun lenyap tanpa ak sedar. hoihoi.

siapa kata bila muka berjerawat tu maka otomatik muka akan jadi buruk gila.
ada jugak kawan ak yang kata dia suka bila tengok muka orang yang ada jerawat.
katanya nampak comel. erk?
kau kata camtu boleh la sebab muka kau tu licin macam kulit telur.
haila. manusia. tak pernah puas!

pengalaman ak masa zaman sekolah:

jerawat memang jeles tengok muka ak yang putih licin masa dolu-dolu.
maka dia pun singgah la kat muka ak sehingga menyebabkan muka ak merah menggerutu.
wow. waktu tu ak rasa macam nak sorok muka ak dalam sulat khabar lama meyh.
malu wei bila berdepan dengan rakan sebaya.
ak nak minat budak sekolah ak yang hensem-hensem pun tak boleh sebab ak sedar diri waktu tuh. uwaaaaaaaaa.
self-confidence merudum jatuh waktu tu.

tapi sekarang ak dah lepas tahap 20.
maka jerawat dah pun selamat berhijrah.
dan muka ak kembali licin. syiok woo.
self-confidence dah mula nak melonjak naik.
tu yang penting...
nanti takde la nak blind date pun sampai kena menyorok kan.
erk, blind date? perlu ke?



~today is gift~


salam.

yesterday is a history.
tomorrow is a mystery.
and today?
today is a gift. alhamdulillah.

alhamdulillah, masih boleh bernafas untuk hari ini.
alhamdulillah, masih berpeluang untuk meneruskan rancangan pada pagi ini iaitu jogging.. ;)

Thursday, June 2, 2011

~mana nak carik goreng pisang kat kluang ni?~


salam.

hari ni hari yang sangat membosankan.
pagi-pagi dah kena bersih kandang arnab.
lepas tu sekali lagi kami cuba ambil semen arnab. yang pasti bukan ak yang buat sebab ak kan penakut nak pegang arnab.
oleh itu, ak cuba untuk buat artificial insemination.
masa ak cuba nak masukkan silinder yang panjang (sangat) yang mengandungi semen ke dalam cervix arnab betina, tiba-tiba arnab tu meronta wei.
dah la ak yang jenis trauma dengan arnab, ak terus pass dekat kawan ak.
habis tergendala rancangan ak.

pukul 11.30 a.m, kami dah boleh balik hostel sebab dah takde apa nak buat.
lagipun kami tak perlu nak punch card macam kerja pejabat.
selesai je semua kerja kami, kami dah boleh balik.

tapi ak dah tahap kebosanan yang melampau kat sini.
tak tahu nak buat apa.
nak pergi jalan-jalan ke bandar kluang, ak bukannya fasih sangat dengan bandar ni.
nanti sesat je memanjang.
sudahnya, ak terperap kat bilik hostel sambil online sampai lebam.

petang tadi keluar pergi carik goreng pisang sampai ke ayer hitam.
tapi tak jugak jumpa.
akhirnya ak balik hostel dengan hati yang sebal sebab tak dapat makan goreng pisang...