Thursday, May 19, 2011

~ratu hati ak~

salam.

oh. budak tembam ni suka sangat sakat ak.
dia anak sepupu ak.
tapi ak cukup sayang dia sebab dia membesar depan mata ak barangkali.
kalau ak balik kampung, pasti ak pergi jenguk dia.
sebab ak rindu dia. rindu nak sakat dia.
patut la bila budak tembam ni dah makin besar, ak pulak yang jadi mangsa buli dia.
balas dendam la tu ea.
adeyh. budak ni. selalu sangat ajak ak main gusti-gusti dengan dia.
ak kira ini gara-gara pengaruh media tv. haila.

selama ak bercuti ni, ak cuba untuk bermuhasabah diri.
cari erti hidup kut.
sekarang ak lebih banyak menyendiri.
pergi mcD sorang-sorang, baca novel sambil makan sundae.
beauty.

tiba-tiba datang budak mintak sedekah.
dia unjukkan ak pelekat doa.
ak tanya berapa harga.
budak tu kata ikut suka hati ak nak bayar berapa.
waktu tu ak kekurangan duit, jadi ak bagi rm1.
kemudian, budak tu kata harga rm5 pulak.
hah??
haish budak ni betul la nak cabar kesabaran ak.
ak kata ak takde duit.
dia tetap berdegil nak rm5.
ak kesiankan dia tapi dia naik lemak pulak.
sudahnya, ak cakap ak bagi je rm1 tu. tak perlu pelekat doa tu.
baru dia beredar.

ak mula terpikir.
entah anak siapa la ni.
budak ni tempatnya di sekolah bukan merempat di sana-sini untuk mintak sedekah.
carik duit bukan untuk diri sendiri tapi untuk tauke dia.
ak mengucap syukur pada Dia kerana kehidupan ak tidak melarat seperti budak tu.
alhamdulillah.

tapi kalau dah nama kehidupan, tak akan lari daripada masalah.
di sebalik pelangi yang indah, masih terselit ribut petir.
tak gitu?
Allah tak akan uji umatnya di luar kemampuan mereka.
yang ni ak selalu pegang.

ak habiskan muka surat terakhir novel contengan jalanan dan berlalu meninggalkan mcD dengan seribu pengalaman.
pengalaman daripada orang sekeliling ak mengajar ak erti kehidupan yang sebenar.
pengalaman merupakan guru paling baik selain daripada guru yang mengajar kita sejak daripada bangku sekolah.

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU.
terima kasih cikgu atas segala didikan cikgu sehingga saya mampu untuk jadi 'orang'...

No comments: