Monday, May 30, 2011

~phua chu kang~

salam.

cuba bayang kalau ak pakai baju cenggini masuk ladang kambing plus boot kaler kuning.
sila bayang. *gelak guling-guling.

alhamdulillah petang semalam ak selamat landing kat bumi johor. *landing dengan myV. haha.
ayer hitam je. johor bahru tak sampai lagi. mungkin tak pergi sebab terlalu jauh.
oit2, ak datang bumi johor sebab praktikal okayh. bukan melancong semata.

punya la jenuh nak carik hostel kat dalam kawasan institut verterinar ni.
sangat luas. ye la kawasan ladang. nak bela lembu, rusa, kambing bagai la kan.
takkan nak kawasan sempit-sempit. logik di fikiran ke?

pastu bila dah packing barang, baru la perasan yang ak memang terdesak nak penyangkut baju.
masa dok packing kat rumah hari tu, punya la berlagak tak nak guna penyangkut baju.
nak jimat ruang bagasi gergasi punya pasal.
"oh, ak boleh hidup tanpa penyangkut baju. 2 bulan je kot", monolog dalaman.

kemudian di malam hari, kami pergi ke giant yang berdekatan. *dekat la sangat.
ak beli penyangkut baju. oh ya, ak lupa pasal breeze. tambah lagi barang. *duit pun bertambah susut.

dan pagi ini, makanya bermula la hari berpraktikal ak.
minggu yang pertama, kami akan ditempatkan di ladang arnab.
dan kami wajib pakai baju peladang ala-ala mekanik plus boot bagi mengelak dari sebarang kekotoran.
yang pasti ak paling pelik.
sebab ak pilih baju kaler oren. haha.
boot pulak ak pilih kaler kuning pada awalnya.
tapi disebabkan kaki ak ni teramat la kecik. *maklum la budak kecik.
so, dengan sedih pilunya ak terpaksa pilih boot kaler hitam. sobs.
sekian.

No comments: