Monday, May 9, 2011

~hei, bak balik hati ak~

salam.

babak pertama bermula saatku terlihatmu
waktu seakan terhenti
terpinga mencari
rasa yang tak akan terungkap
tak pernah ku alami
coba ak mengerti

teruja ak mengejarmu
bermimpi memilikimu
tanpa perlu ku endahkan dunia

biarkan ku terus berlari
cuba merajai mimpi
tiada apa yang perlukan ku jejaki nanti

takkanku menoleh lagi walau kerana hanya sehari
ku yakin akan temui semuanya di sini
walau ke mana kau pergi
tetap kan ku cari
ku tak akan berhenti.




lirik lagu babak; drama band. beauty!
lirik ni mengingatkan ak pada seseorang.
yes. it's about him!

babak pertama ak terlihat dia
terpinga ak mencari kelibat dia lagi.
ak fikir. bingung.
ak rasa. pelik.
sebab rasa yang tak pernah ak alami.
ak cuba mengerti.
tapi masih tak faham.
ak hanya ikut rentak ak.
intai dia dari jauh.
walaupun ak sendiri tak faham dengan diri ak. heh.

tapi ak tak pernah teruja nak mengejar kau.
ak juga tak pernah bermimpi untuk memiliki kau.
hei, ak hidup di alam realiti bukan di alam mimpi.
dan juga bukan alam fantasi.

dalam mimpi ak, ak lah raja.
hei. tu kan mimpi ak. suka hati ak la.
bila berada di alam mimpi ak, kau yang akan kejar ak.
bukan ak yang akan kejar kau.
ingat ni mimpi ak ea ;p

ak tak pernah yakin akan jumpa kau di sini.
sebab kita memang akan terserempak di sini.
kalau sekali boleh dikira sebagai kebetulan.
tapi kalau lebih daripada sekali, kebetulan atau suratan takdir?
kita jauh. tapi masih lagi akan jumpa di sini.
tapi maaf.
walau ke mana kau pergi, ak tak akan cari kau.
bukan kerana ego.
bukan kerana dingin.
tapi kerana ak takut bermain dengan perasaan sendiri.

rasa ini tak akan pernah terungkap.
kerana kita tak pernah kenal.
tapi ak yang gila.
gila suka kan orang yang ak sendiri tak pernah kenal.

bertahun ak jaga hati ak.
ak pagarkan hati ak supaya tiada siapa berjaya ceroboh masuk.
hati ak hanya untuk dia yang halal.
tapi kau siapa?
macam mana kau boleh terlepas masuk dalam hati ak?
mungkin ak yang leka.

oh tuhan.
bantu ak keluarkan dia dari hati ak.
sesungguhnya hati ak, Kau yang pegang ya tuhan.
jika benar dia bakal suamiku, maka dekatkan dia dengan diri ak.
jika dia bukan bakal suamiku, maka jauhkan dia dari diri ak...



6 comments:

nanad said...

nice ;)

buDAK keCIK said...

thanx. luahan rasa randomly. hee

cik_paan said...

ehhehehehhehe...
lame tu
lama

buDAK keCIK said...

lama sgt tuh. xphm ak. haish

Anati Soki said...

:) nice words
anat suka!!
kan best kalau anat pandai berputis cm kamu.. haaaish..
T___T
anati soki like this

buDAK keCIK said...

oh. sy pn x pndai brpuitis. juz luahan rasa.. hehe