Wednesday, May 25, 2011

~baby shower.OMG~

salam.

lenggang perut a.k.a. baby shower adalah majlis yang diadakan khusus untuk golongan ibu yang bakal melahirkan anak sulung mereka.
tujuan majlis ini adalah untuk memberi sokongan moral kepada bakal ibu yang akan bertarung dengan nyawa bagi melahirkan anak sulung mereka.
majlis ini juga dikatakan merupakan salah satu medium untuk para ibu yang junior berkongsi pengalaman dengan para ibu yang terlebih senior.
biasanya lenggang perut akan diselitkan dengan solat hajat dan kenduri doa selamat.

kalau zaman dahulukala, orang panggil lenggang perut.
manakala zaman era modenisasi ini, orang panggil baby shower.
baby shower mula diperkenalkan oleh golongan urban.
kalau tanya makcik-makcik kat ceruk kampung pasal baby shower, mungkin ada yang akan tercengang atau terlopong.
tak pun ada yang jawab, "oh, yang artis selalu buat tu ke?"
ye, ada sesetengah artis dah mula mengamalkannya.
maklum la golongan artis kan merupakan ikon rakyat malaysia (konon).
maka, segala agenda harian artis akan dipertontonkan di khalayak umum.

asalnya perkataan baby shower ni datang dari negara barat.
shower bermaksud golongan ibu akan dihujani(shower) dengan pelbagai hadiah dari kenalan.
macam sambut besday la kot.
mereka juga akan mengukur saiz perut ibu (mom's tummy size).
dan tidak lupa juga permainan melekat sticker sperm pada dinding ovari (pin the sperm to the egg). motip? entah.
tapi permainan sebegini tidak sesuai untuk masyarakat negara kita khususnya masyarakat Islam.

masyarakat bandar khususnya lebih gemar untuk menggunakan perkataan baby shower berbanding perkataan lenggang perut. baru la urban katanya.
walaubagaimanapun, baby shower dalam kalangan masyarakat Islam akan diselitkan dengan solat hajat dan kenduri doa selamat.
golongan ibu juga akan menerima hadiah kelengkapan bayi seperti botol susu dan pakaian bayi daripada kenalan mereka.
hal ini sekaligus akan menjimatkan perbelanjaan mereka.
menarik bukan.

oh, ak teruja untuk baby shower sebab dapat hadiah walaupun bukan untuk ak. haha.
okay. i'm going to use baby shower not lenggang perut. konon.
takkan Melayu hilang di dunia...

tapi ak tak sanggup nak ukur perut (mom's tummy size) untuk majlis baby shower.
jadah apa nak ukur perut.
nanti semua orang terkejut bila tengok baby keluar kecik je tapi perut bukan main lagi besar.
rupanya kulit perut je yang tebal. keh3.

kesimpulannya, para gadis jangan la terus mandi lepas habis makan.
sekurang-kurangnya, kena tunggu setengah jam dulu baru boleh mandi.
kalau tak, kulit perut korang akan mula menebal dan kelihatan seperti mama yang mengandung. erk!!

7 comments:

pwincess Lov3y dOv3y said...

la yeke?
patut la pwot sy daa cam ibu mengandung daa.

slalu mnd pas mkn..
kena buang tabiat tuh lau camnie,..

buDAK keCIK said...

haha. kantoi sudaa. hee

naz said...

oh petua. lelaki boleh mandi selepas makan kan? haha

buDAK keCIK said...

lelaki mmg bley mndi lps mkn. tp yg jd prsoalan, knapa lelaki jd boroi after kawen? haha

*mungkin sbb dpt isteri yg pndai masak. hee

so, watch out guys. jg perut after kawen ;p

Anati Soki said...

setuju!!! anat dulu slalu mandi lepas makan.. perot naik dgn kadar segera kot!!! oh... pastu trus tak buat cmtuh dah

Anati Soki said...

setuju!!! anat dulu slalu mandi lepas makan.. perot naik dgn kadar segera kot!!! oh... pastu trus tak buat cmtuh dah

buDAK keCIK said...

anat: konklusinya, jaga la perut anda... hee