Tuesday, May 31, 2011

~mata dah naik juling tengok arnab berzina~

kami sep kelate. tapi kami tok puok. kami kawe belako.
tok soh dok kiro negeri mano la weyh..




salam.

tepat pukul 7.40 pagi, kami naik lori untuk ke ladang arnab.
rasa dah macam banduan. dah la ak pakai baju peladang yang kaler oren. keh3
hari ni baru boleh jumpa dengan pelajar-pelajar di sini.
oh, baru ak sedar kat sini ramai jugak budak kelate.
macam mane ak tahu?
oh, mesti la ak tahu.
ambo dah cukup pakar dengan ciri-ciri ore negeri ambo. hoho.
i'm sorry. haha.

hari ni, ak ditugaskan untuk bersubahat dalam perzinaan arnab.
apakah?
sebenarnya hari ni kami kena buat natural mating untuk arnab.
rupanya arnab pun agak memilih pasangannya.
betina yang kaler hitam berlagak nak buayapren yang kaler putih. adoii..
yang lebih menarik, kami kena pilih betina yang sudah bersedia untuk mengawan (on heat) berdasarkan kaler vulvanya yang kemerahan dan sedikit bengkak.
kemudian, bila dapat kenal pasti betina yang on heat, kami kena pindahkan arnab betina tersebut ke dalam sangkar jantan.
gayanya seperti perigi cari timba la kan.

fakta: arnab hanya mengawan selama lebih kurang 3 saat. ooo...

masalahnya, ak tak berani nak pegang arnab sebab tengok keadaan kukunya yang terlalu panjang dan tajam-tajam.
oh, ak cukup fobia dengan kuku tajam. haila.

okay cukup cerita pasal kelemahan ak.
selain daripada natural mating, kami juga berpeluang untuk kumpul air mani arnab.
ye. sudah tentu kita perlu guna artificial vagina untuk kumpul air mani binatang.
dan yang paling menyayat hati, ak memang konpem la tak berpeluang nak buat benda alah ni.
macam mana ak nak buat kalau ak takut nak pegang arnab. choi.







Monday, May 30, 2011

~phua chu kang~

salam.

cuba bayang kalau ak pakai baju cenggini masuk ladang kambing plus boot kaler kuning.
sila bayang. *gelak guling-guling.

alhamdulillah petang semalam ak selamat landing kat bumi johor. *landing dengan myV. haha.
ayer hitam je. johor bahru tak sampai lagi. mungkin tak pergi sebab terlalu jauh.
oit2, ak datang bumi johor sebab praktikal okayh. bukan melancong semata.

punya la jenuh nak carik hostel kat dalam kawasan institut verterinar ni.
sangat luas. ye la kawasan ladang. nak bela lembu, rusa, kambing bagai la kan.
takkan nak kawasan sempit-sempit. logik di fikiran ke?

pastu bila dah packing barang, baru la perasan yang ak memang terdesak nak penyangkut baju.
masa dok packing kat rumah hari tu, punya la berlagak tak nak guna penyangkut baju.
nak jimat ruang bagasi gergasi punya pasal.
"oh, ak boleh hidup tanpa penyangkut baju. 2 bulan je kot", monolog dalaman.

kemudian di malam hari, kami pergi ke giant yang berdekatan. *dekat la sangat.
ak beli penyangkut baju. oh ya, ak lupa pasal breeze. tambah lagi barang. *duit pun bertambah susut.

dan pagi ini, makanya bermula la hari berpraktikal ak.
minggu yang pertama, kami akan ditempatkan di ladang arnab.
dan kami wajib pakai baju peladang ala-ala mekanik plus boot bagi mengelak dari sebarang kekotoran.
yang pasti ak paling pelik.
sebab ak pilih baju kaler oren. haha.
boot pulak ak pilih kaler kuning pada awalnya.
tapi disebabkan kaki ak ni teramat la kecik. *maklum la budak kecik.
so, dengan sedih pilunya ak terpaksa pilih boot kaler hitam. sobs.
sekian.

Wednesday, May 25, 2011

~baby shower.OMG~

salam.

lenggang perut a.k.a. baby shower adalah majlis yang diadakan khusus untuk golongan ibu yang bakal melahirkan anak sulung mereka.
tujuan majlis ini adalah untuk memberi sokongan moral kepada bakal ibu yang akan bertarung dengan nyawa bagi melahirkan anak sulung mereka.
majlis ini juga dikatakan merupakan salah satu medium untuk para ibu yang junior berkongsi pengalaman dengan para ibu yang terlebih senior.
biasanya lenggang perut akan diselitkan dengan solat hajat dan kenduri doa selamat.

kalau zaman dahulukala, orang panggil lenggang perut.
manakala zaman era modenisasi ini, orang panggil baby shower.
baby shower mula diperkenalkan oleh golongan urban.
kalau tanya makcik-makcik kat ceruk kampung pasal baby shower, mungkin ada yang akan tercengang atau terlopong.
tak pun ada yang jawab, "oh, yang artis selalu buat tu ke?"
ye, ada sesetengah artis dah mula mengamalkannya.
maklum la golongan artis kan merupakan ikon rakyat malaysia (konon).
maka, segala agenda harian artis akan dipertontonkan di khalayak umum.

asalnya perkataan baby shower ni datang dari negara barat.
shower bermaksud golongan ibu akan dihujani(shower) dengan pelbagai hadiah dari kenalan.
macam sambut besday la kot.
mereka juga akan mengukur saiz perut ibu (mom's tummy size).
dan tidak lupa juga permainan melekat sticker sperm pada dinding ovari (pin the sperm to the egg). motip? entah.
tapi permainan sebegini tidak sesuai untuk masyarakat negara kita khususnya masyarakat Islam.

masyarakat bandar khususnya lebih gemar untuk menggunakan perkataan baby shower berbanding perkataan lenggang perut. baru la urban katanya.
walaubagaimanapun, baby shower dalam kalangan masyarakat Islam akan diselitkan dengan solat hajat dan kenduri doa selamat.
golongan ibu juga akan menerima hadiah kelengkapan bayi seperti botol susu dan pakaian bayi daripada kenalan mereka.
hal ini sekaligus akan menjimatkan perbelanjaan mereka.
menarik bukan.

oh, ak teruja untuk baby shower sebab dapat hadiah walaupun bukan untuk ak. haha.
okay. i'm going to use baby shower not lenggang perut. konon.
takkan Melayu hilang di dunia...

tapi ak tak sanggup nak ukur perut (mom's tummy size) untuk majlis baby shower.
jadah apa nak ukur perut.
nanti semua orang terkejut bila tengok baby keluar kecik je tapi perut bukan main lagi besar.
rupanya kulit perut je yang tebal. keh3.

kesimpulannya, para gadis jangan la terus mandi lepas habis makan.
sekurang-kurangnya, kena tunggu setengah jam dulu baru boleh mandi.
kalau tak, kulit perut korang akan mula menebal dan kelihatan seperti mama yang mengandung. erk!!

Tuesday, May 24, 2011

~contoh anak dara terhebat pada masa kini~

salam.

okay fine.
cuti 2 minggu bakal kehabisan.

ye memang ak cuti selama 4 bulan.
tapi ak ada praktikal kat institut veterinar malaysia, johor.
bermula pada 30 mei 2011.

ak masuk ladang tuh.
boleh tengok teknik-teknik embryo transfer yang lembu punya.
bukan manusia punya.
satgi kalau ak belajar transfer embyo manusia, gamaknya ada yang mintak ak transfer embryo luar nikahnya.
oh tidak. ak berpegang pada kebenaran dan yang sah di sisi agama.

wei, cuti tak puas lagi der.
tapi dah nak kena gerak keluar dari bumi kelate.
ni yang malas ni.

mana tak malasnya, hari-hari ak tidur sampai matahari dah tercacak atas kepala.
pastu bangun terus brunch (breakfast+lunch).
mak ak pun membebel tiap-tiap pagi.
bila ak bukak mata je, ak tengok lengan dengan kaki ak dah biru.
bukan sebab lebam kena bantai dengan tali pinggang tapi mak ak cucuk ak dengan pen berdakwat biru.
nak kejut anak dara dia punya pasal. hee.

ak la contoh anak dara yang terbaik pada masa kini.
so, contohilah ak. *gelak jahat.

Monday, May 23, 2011

~tragedi tanah runtuh 21052011~

salam.

takziah buat keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah di Jalan Sungai Semungkis.

al-Fatihah buat mereka..

ajal mereka sudah sampai.
sudah tertulis bahawa mereka mati tertimbus pada 21 Mei 2011.

bagaimana dengan kita?
bila kita akan mati?
tahun ni atau tahun berikutnya atau tahun seterusnya?
macam mana keadaan kita mati?
hanya Allah yang tahu.
bersediakah kita untuk hidup di alam lain?

the man who decided to change on 12th hour died on 11th.

tepuk dada tanya hati sendiri

Thursday, May 19, 2011

~ratu hati ak~

salam.

oh. budak tembam ni suka sangat sakat ak.
dia anak sepupu ak.
tapi ak cukup sayang dia sebab dia membesar depan mata ak barangkali.
kalau ak balik kampung, pasti ak pergi jenguk dia.
sebab ak rindu dia. rindu nak sakat dia.
patut la bila budak tembam ni dah makin besar, ak pulak yang jadi mangsa buli dia.
balas dendam la tu ea.
adeyh. budak ni. selalu sangat ajak ak main gusti-gusti dengan dia.
ak kira ini gara-gara pengaruh media tv. haila.

selama ak bercuti ni, ak cuba untuk bermuhasabah diri.
cari erti hidup kut.
sekarang ak lebih banyak menyendiri.
pergi mcD sorang-sorang, baca novel sambil makan sundae.
beauty.

tiba-tiba datang budak mintak sedekah.
dia unjukkan ak pelekat doa.
ak tanya berapa harga.
budak tu kata ikut suka hati ak nak bayar berapa.
waktu tu ak kekurangan duit, jadi ak bagi rm1.
kemudian, budak tu kata harga rm5 pulak.
hah??
haish budak ni betul la nak cabar kesabaran ak.
ak kata ak takde duit.
dia tetap berdegil nak rm5.
ak kesiankan dia tapi dia naik lemak pulak.
sudahnya, ak cakap ak bagi je rm1 tu. tak perlu pelekat doa tu.
baru dia beredar.

ak mula terpikir.
entah anak siapa la ni.
budak ni tempatnya di sekolah bukan merempat di sana-sini untuk mintak sedekah.
carik duit bukan untuk diri sendiri tapi untuk tauke dia.
ak mengucap syukur pada Dia kerana kehidupan ak tidak melarat seperti budak tu.
alhamdulillah.

tapi kalau dah nama kehidupan, tak akan lari daripada masalah.
di sebalik pelangi yang indah, masih terselit ribut petir.
tak gitu?
Allah tak akan uji umatnya di luar kemampuan mereka.
yang ni ak selalu pegang.

ak habiskan muka surat terakhir novel contengan jalanan dan berlalu meninggalkan mcD dengan seribu pengalaman.
pengalaman daripada orang sekeliling ak mengajar ak erti kehidupan yang sebenar.
pengalaman merupakan guru paling baik selain daripada guru yang mengajar kita sejak daripada bangku sekolah.

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU.
terima kasih cikgu atas segala didikan cikgu sehingga saya mampu untuk jadi 'orang'...

Friday, May 13, 2011

~eyh, dia pergi makan dengan mak tu~

salam.

otak terasa ringan setelah semua isinya dikeluarkan.
wei, ak ni memang jenis study untuk exam semata-mata ke.
tak. ak hidup untuk mencari erti hidup yang sebenar.
cari erti hidup dengan ilmu.
dengan ilmu kita dapat kenal Sang Pencipta.
maka keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah s.w.t. akan bertambah.
insyaAllah.


jalan-jalan cuci mata pun ada banyak faedahnya.
ak suka tengok gelagat manusia yang pelbagai ragam.
ciptaan Dia sangat cantik..




lunch pukul 3 petang kat KFC klcc.
lepas tu boleh pulak usha anak teruna orang.
sebab dia makan dengan mak dia wei.
susah tu nak tengok lelaki pergi makan dengan mak.
makan pulak kat kfc.
dah la budak tu hensem plus otai-otai sikit. tu je point dia. keh3.

pada kebiasaannya, yang ak tengok lelaki hemsem mesti dok berkepit dengan minah aka makwe dia la kot. sambil badan dok sondol sana sini.
apa ke halnya tu?
gatal ke?
meh ak garu dengan pisau.
hilang sikit rasa gatal tu. kan. kan.

ak suka tengok dia dengan mak dia.
tanda dia sayang mak dia.
tanda dia peduli dengan mak dia.
tanda dia sangat menghargai mak dia.
selalunya kalau lelaki jenis sayang mak ni, tandanya dia sangat hormat dengan perempuan.
dan sangat menghargai perempuan.
oh, mana nak cari lelaki yang macam ni?
pasar malam ada tak? heh.
ke chow kit?
huh. kat situ lelaki yang terlebih menghargai sifat perempuan ada la.
sampai kempunan sangat nak cuba hidup sebagai perempuan.
sampai sanggup buat benjol sana sini eyh.
semoga kau sempat bertaubat sebelum nyawa kau ditarik. amin.




kami adalah kawan.
makan sama-sama.
stadi sama-sama.
tidur sama-sama. waktu tidur je la sama-sama. tapi katil lain-lain.
pergi kuliah sama-sama.
pergi meronggeng sama-sama.
kongsi cerita sama-sama.

dan ak adalah pembuli yang terhebat.
maaf dayah sebab ak suka buli kau.
*gelak jahat.



walaupun ak tak minat cerita asrama. eh silap. cerita asmara.
tapi ak tetap nak amek gambar tu sebab nak bagi rumate ak jeles. haha.

kesimpulannya, hari ni ak baru boleh nampak dunia luar setelah hampir sebulan dok melekat kat meja stadi. eh, ye ke?
bila ak nampak dunia luar, ak akan mula merenung kejadian Allah.
setiap keburukan pasti diselit dengan kebaikan.
Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Monday, May 9, 2011

~hei, bak balik hati ak~

salam.

babak pertama bermula saatku terlihatmu
waktu seakan terhenti
terpinga mencari
rasa yang tak akan terungkap
tak pernah ku alami
coba ak mengerti

teruja ak mengejarmu
bermimpi memilikimu
tanpa perlu ku endahkan dunia

biarkan ku terus berlari
cuba merajai mimpi
tiada apa yang perlukan ku jejaki nanti

takkanku menoleh lagi walau kerana hanya sehari
ku yakin akan temui semuanya di sini
walau ke mana kau pergi
tetap kan ku cari
ku tak akan berhenti.




lirik lagu babak; drama band. beauty!
lirik ni mengingatkan ak pada seseorang.
yes. it's about him!

babak pertama ak terlihat dia
terpinga ak mencari kelibat dia lagi.
ak fikir. bingung.
ak rasa. pelik.
sebab rasa yang tak pernah ak alami.
ak cuba mengerti.
tapi masih tak faham.
ak hanya ikut rentak ak.
intai dia dari jauh.
walaupun ak sendiri tak faham dengan diri ak. heh.

tapi ak tak pernah teruja nak mengejar kau.
ak juga tak pernah bermimpi untuk memiliki kau.
hei, ak hidup di alam realiti bukan di alam mimpi.
dan juga bukan alam fantasi.

dalam mimpi ak, ak lah raja.
hei. tu kan mimpi ak. suka hati ak la.
bila berada di alam mimpi ak, kau yang akan kejar ak.
bukan ak yang akan kejar kau.
ingat ni mimpi ak ea ;p

ak tak pernah yakin akan jumpa kau di sini.
sebab kita memang akan terserempak di sini.
kalau sekali boleh dikira sebagai kebetulan.
tapi kalau lebih daripada sekali, kebetulan atau suratan takdir?
kita jauh. tapi masih lagi akan jumpa di sini.
tapi maaf.
walau ke mana kau pergi, ak tak akan cari kau.
bukan kerana ego.
bukan kerana dingin.
tapi kerana ak takut bermain dengan perasaan sendiri.

rasa ini tak akan pernah terungkap.
kerana kita tak pernah kenal.
tapi ak yang gila.
gila suka kan orang yang ak sendiri tak pernah kenal.

bertahun ak jaga hati ak.
ak pagarkan hati ak supaya tiada siapa berjaya ceroboh masuk.
hati ak hanya untuk dia yang halal.
tapi kau siapa?
macam mana kau boleh terlepas masuk dalam hati ak?
mungkin ak yang leka.

oh tuhan.
bantu ak keluarkan dia dari hati ak.
sesungguhnya hati ak, Kau yang pegang ya tuhan.
jika benar dia bakal suamiku, maka dekatkan dia dengan diri ak.
jika dia bukan bakal suamiku, maka jauhkan dia dari diri ak...



Sunday, May 8, 2011

~lagu untuk ma?~

salam.

hari ni hari ibu.
tapi ak dah sambut hari ibu 2 minggu lebih awal.
sebab ak kan pelik.

awal-awal lagi ak dah mintak maaf dengan ma.
sebab ak tak nak mati tanpa dapat kemaafan daripada ma.
mati adalah sesuatu yang pasti.
cuma tarikh kematian je yang belum pasti.

yang pasti ak sayang mak ak lebih daripada nyawa ak sendiri.
beliau merupakan kurniaan Allah yang paling berharga. noktah.



jus kucing.
ma suka kucing.
like mother like daughter.
heh.



playlist untuk hari ni:

1. butterfingers; butter worth pushful
2. drama band; babak
3. panic at the disco; the ballad of monalisa

cop2.
hoi. mana lagu untuk ma?



Wednesday, May 4, 2011

~oh lemak~

salam.

it is not what i had planned.
it is out of my control.
because the power is not mine.
i do not have any power that can change nothin.

i'm not sabrina the teenage witch.
i'm not doraemon.
i'm not power rangers.
i'm not superman.



ak manusia yang biasa tapi boleh jadi luar biasa jika ak benar-benar mampu menguasai minda ak untuk bertindak luar daripada yang kebiasaan.

yes, i do love glucose because i'm a sweety.
i do love lipid a lot because my body need them for the best shock absorber.
and also for spare part. lemak bertampal-tampal. erk.
but amino acid, protein?
oh. demm. you make me sick.

kenapa paper biochemistry ada banyak soalan protein?
kenapa?

apa nak jadi dengan protein ak?





Sunday, May 1, 2011

~kecik itu indah. beauty~

salam.

dia tengok ak.
ak pandang bawah.

ak tengok dia.
dia tengok ak.
terasa jarum jam terhenti berdetik untuk seketika.

oh. baru tersedar dia pun pandang ak.
kantoi.

setiap manusia suka melihat benda yang cantik.
tapi cantik itu adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap manusia.

ada yang kata mata bulat tu superb.
ada yang kata mata sepet tu comel.

ada yang kata muka bujur tu cantik.
ada yang kata muka bulat tu cute.

ada yang kata kulit putih tu gebu.
ada yang kata kulit hitam tu menawan.

kiranya semua jadi adil.
kau suka yang ni, maka kau amek yang ni.
ak suka yang tu, maka ak amek yang tu.
adil bukan?
beauty.



ak tetap kata yang kecik itu indah.
sebab ak budak kecik.

any objection??