Wednesday, April 20, 2011

~kawan kau camne?~

salam.

hai kawan.
walaupun kita tak kenal secara realiti tapi kamu masih boleh jadi kawan ak.
sesiapa boleh jadi kawan ak selagi kamu masih waras dan boleh terima ak sebagai kawan kamu.
senyum sokmo ~_~


ak manusia.
kawan ak pun semestinya manusia.
tapi kadang-kadang best jugak kalau dapat kawan dengan kucing.
sebab bila ak dok membebel-bebel, kucing mampu menjadi pendengar yang baik.
tapi kadang-kadang ada jugak dia mencelah "meow.meow"
mungkin katanya bosan.

kawan kita manusia.
mesti lah banyak ragamnya.
antaranya:

1. kawan yang boleh berkongsi suka dan duka

yang ni ak paling respek. di kala kita bersedih, dia ada di sisi kita. di kala kita bergembira, memang konpem-konpem dia ada di sisi kita. kalau ak sakit, ak suka dengar dia membebel sebab ak tak suka makan ubat. haha. sebab tu la hidup ak tak pernah sunyi walaupun ada orang kata, "ee, mampu ke kau hidup tanpa pakwe?" hello. kawan-kawan ak lah yang selalu menceriakan keadaan. lagipun ak tak nak pakwe. ak nak suami yang boleh bimbing ak ke jalan-Nya.

2. kawan yang tikam dari belakang

owh. yang ni paling bahaya. sebab depan kita, mulut dia manis. pijak semut pun tak mati. tapi belakang kita, dia sembelih kita dengan parang. kaalu tak puas hati, cakap depan-depan tak boleh ke?





3. kawan yang moodnya sukar dijangka

owh. yang ni ak terasa. mood ak memang susah untuk dijangka. ak pun tak paham dengan perangai ak. sampaikan kawan ak pernah berkata, " sangat pelik bila orang yang selalu ceria tetiba bertukar jadi pendiam dalam sekelip mata". kalau tetiba ak jadi bisu , maknanya bulan sedang mengambang la tu. paham?

4. kawan yang sukar untuk berkongsi rasa duka

alhamdulillah. sepanjang 21 tahun ak hidup di bumi Allah ni, kebanyakan kawan ak bersedia untuk mendengar rintihan ak. mereka terlalu sporting! terima kasih kawan. ",
selalunya kawan yang macam ni, dia dengan rela hati bagi pinjam bahu untuk kita menumpahkan air mata.

5. kawan yang ada PHD

PHD adalah singkatan untuk perasaan hasad dengki. dia tak boleh tengok kita ada sesuatu yang dia takde. maksudnya kita tak boleh lebih daripada dia dari segala hal. kalau tak, otomatik mata dia akan berbulu dan hati dia akan sakit yang teramat. PHD ni sangat bahaya. sebab ia berkait rapat dengan kawan yang suka tikam daripada belakang.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

6. kawan yang berperangai pelik

tak ke pelik kalau tetiba dia senyum sorang-sorang. yang ni ak paling takut. ak ada kawan yang suka senyum sorang-sorang. bila ak tanya, dia cakap sebab teringat scene dalam novel yang dia baca. kahkah. kalau dah hantu novel tu, berangan je la keje dia. sebab tu ak kureng sikit nak baca novel. sebab ak tahu ak akan berangan je lebih. nanti masa study pun dok berangan, tak ke parah tu. haish.

7. kawan yang keras kepala

dia memang suka mencabar kesabaran ak. sebab tu ak malas nak layan sangat kalau dapat orang yang keras kepala macam ni. sebab dia memang hati batu. cuba la kau bangkang cakap dia, perkataan akhir yang akan kau lontarkan "DAH LAA!". lepas tu, masam muka. ak adalah orang yang ANTI-GADUH. jadi, kau cakap la sorang-sorang. lebih baik ak tutup mulut ak. layan je la apa yang kau nak, selagi ak rasa perkara tu adalah logik. sekian.


akhir kata,
kita memang perlukan kawan.
kalau takde kawan, maka jadilah kita seperti katak bawah tempurung.
segala benda yang terjadi kat sekeliling kau, kau tak akan tahu langsung.
macam mana kau nak tahu, kalau kau asyik dengan dunia kau?
bak kata mak ak, " kalau dah susah sangat nak berinteraksi dengan manusia. pergilah dok dalam hutan, kawan dengan binatang".

jangan la sombong kawanku.
kita memang perlukan kawan.
nanti kau meninggal dunia, siapa nak ziarah kau??


7 comments:

dindingkosong said...

kawan...
bisalah tu...
aku banyak kena...

buDAK keCIK said...

sabar ea dinding kosong...

dh nama pun manusia. byk la ragamnya
:)

cik_paan said...

yg no 6 tu aku tak nak ckp pape...

buDAK keCIK said...

cik paan terasa lettew. ngeh3

Raji berkata said...

huhu ak takde kawan baik sekarang..
tapi spe2 nk ak jdi kawan baik dier ak janji ak akan jadi seorang kawan yg setia..
(mcm komen promote lak)

mie said...

macam2 kawan kalau nak diikutkan..
so, berhati-hati memilih rakan..
ehheeeee

buDAK keCIK said...

raji: owh, ak nk jd kwn ko. haha :)

mie: yup2. kwn plg senang nk influence kite