Saturday, April 23, 2011

~habis madu, sepah dibuang~

salam.

jujurnya setiap orang ada ceritanya yang tersendiri.
jalan hidup yang tersendiri.
dan terpulang kepada kita untuk pilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkok.

dunia adalah pentas lakonan.
dan kita adalah pelakonnya.

ak memegang watak sebagai attention seeker yang tegar.
makanya ak amat pelik jika ak menjadi seperti halimunan dalam kalangan rakanku.




oh, ak hanya suka menarik perhatian para sahabatku.
bukan jenis attention seeker yang tak tentu hala.
tetiba nak tarik perhatian kaum lelaki.
for what? is it for one night stand?
habis madu, sepah dibuang.
kondom pun dibaling merata-rata.
ya Allah, mintak jauh.
*istighfar.

mungkin ak telah terpinjam kain halimunan doraemon.
maka, mereka tidak sedar akan kewujudan ak di situ.
dan reaksi ak?
membisu tanpa sepatah kata.

setiap kali ak mula untuk bersuara,
gayanya seperti ak melontarkan perkataan tersebut ke dinding.
dan kemudian perkataan itu melantun balik semula ke mulut ak.
lepas tu, ak telan.
itu yang ak rasa.

oh, ak rasa tidak lama lagi bulan akan mengambang.



5 comments:

naz said...

tudiaaa sendiri kena haha

Khuzrin Kamarudin said...

Ah sudah..hahhaha..

buDAK keCIK said...

aiyo. x taw... mmuahaha

mie said...

tengah membelek kamus ni..
buat2 xpaham..
hahaaaa

buDAK keCIK said...

mie: owh. lg bgs kalo ko xphm. wahaha