Thursday, April 21, 2011

~awak berkubang ke mandi?~

salam.

exam dah nak dekat.
idea untuk berblogging pun datang mencurah-curah tang-tang ni jugak la kan.
mungkin sebab otak dah penat sangat nak hafal pasal glycolysis, gluconeogenesis, bla bla dan bla.
so, ak terus on lappy kawan ak dan terus menaip. tup tup tup.

kali ni ak nak bercerita serba sedikit pasal bebudak floor ak.
seramai 72 orang menginap kat blok B200 ni, memang tersangat la banyak ragamnya.
antaranya:

1. pesen yang mandi lambat

sampai sekarang ak tertanya-tanya, kenapa ada spesies yang suka mandi lambat? kadang-kadang tu sampai nak dekat satu jam dok bermandi-manda. ada satu hari tu, dekat setengah jam jugak la kot ak tunggu budak ni mandi. sampaikan ak dah boleh siap basuh muka dengan berus gigi sekali. nasib ak tak syampu rambut kat sink tu. tapi budak tu masih lagi beriang-ria mandi dalam shower feveret ak. tanpa segan silu ak ketuk pintu shower dia, "awak-awak. ni berkubang ke mandi?" tak sampai 2 minit, budak tu terus keluar. ak terus buat muka depan tu jugak. sori la dik. ahkak ni pesen tak boleh sabar. bila budak ni keluar daripada shower tu, takde la pulak bau wangi semerbak. pastu, takde la pulak sampai putih berkilat sehingga ak terpaksa pakai spek hitam. apa benda la budak ni buat dalam shower? sangat misteri.



2. pesen yang suka mandi sambil melalak-lalak

kalau dia nyanyi perlahan takpe la jugak. sebab ak pun pernah buat. tapi spesies ni jenis melalak okayh. bukan menyanyi tu. paham? ada satu hari tu, ak terasa nak mandi tengah malam sebab cuaca panas kot. sebelum sampai pintu toilet tu, ak dah dengar budak ni dok melalak. tetiba datang idea bangang ak...

cindailah mana tidak berkias
jalinnya lalu rentah beribu
bagailah mana hendak berhias
cerminku retak seribu...

tetiba terus budak tu senyap.
kemudian ak dengar terkocoh-kocoh dia bukak pintu shower.
kehkeh.

*ak masuk shower sebelah dia sambil nyanyi lagu cindai.
wahaha. kesian.
tapi ak pun seram jugak sebenarnya nyanyi lagu cindai tengah malam buta.
dalam toilet pulak tu.


3. pesen yang suka buat bising tengah malam buta

agaknya mereka dah bosan dok mengadap buku. lepas tu mereka berjemaah dok stalk abang yang badan ketul-ketul. kemudian gelak ramai-ramai. cuba korang bayang, daripada keadaan yang sunyi sepi tetiba bertukar jadi riuh rendah macam keadaan kat pasar malam. kalau tahun lepas, ex-rumate ak sorongkan surat cinta kat bawah pintu mereka. tak pun, dia ketuk pintu bilik budak tu kuat-kuat, lepas tu lari laju-laju masuk bilik. wahaha. tapi ak tak berapa kisah kalau mereka nak buat bising pun sebab bilik ak pun jenis bilik bising. maklum la geng budak kepoh. tu budak floor ak yang tolong bagi gelaran.


kadang-kadang best jugak kalau dapat sakat bebudak ni.
hilang stress ak.
jom nyanyi lagu cindai malam ni...
hee


5 comments:

Anati Soki said...

heee.. jenis memekak tuh yg tak bleyh blah.. banyak junior baru masuk.. duk gelak menjerit time malam2 buta.. time org study, tensyen assgnment.. hehehe.. then ada la diorng nk kena tempik balik. waakakakaka... ekali tempik suruh diam.. baru nk reti bahasa.. waakakka

cik_paan said...

mandi lame la...
gila berenang2 ape dlm shower

buDAK keCIK said...

anat: taw xpe. mybe dorang excited sgt kot dpt msk u. tu yg kecoh semacam je. kehkeh

cik paan: owh mndi lama. hee. dorang berenang dlm bldi kecik yg dorang basuh baju tu ke? wahaha

dindingkosong said...

hahahaha!!!aku suka part kau nyanyi lagu cindai tu...=P

buDAK keCIK said...

dinding kosong: owh. feveret ak tuh. haha