Friday, April 15, 2011

~anak saya hilang~

salam.

MyMama
14-apr-2011 9.48pm

saya nak tanya, kenal dop Nur Asyikin Aminuddin?
anak saya hilang. langsung tak dengar khabar berita.
sihat ke tak. tak tahulah...



tindakan pertama:
dahi berkerut sambil berfikir kenapa mak ak hantar mesej macam ni?
mak ak nak buat lawak ke apa?

tindakan kedua:
senyum seribu makna :)
gotcha. ak tahu!!
ni mesti sebab ak tak hantar mesej kat mak ak selama 2 hari je pun.
mak ak pasti tak senang duduk bila tak dengar khabar berita daripada ak.
walaupun selama 2 hari je!


kenapa ak tak mesej mak ak.
sebab dalam masa 2 hari, ak ada rehearsal untuk caklempong performance dekat dtc.
baru 2 hari jadi artis terjun, dah sibuk tahap melampau sampai tak sempat nak mesej mak ak.

ma...
katanya sayangnya pada ak sedikit berbeza berbanding dengan adik ak yang lain.
tapi bukan bermaksud beliau pilih kasih antara kami adik-beradik.
kalau ak buat salah, ak tetap akan dihukum.
waktu kecik, rasa sakit dirotan tu memang dah terlalu biasa untuk ak sebab ak sangat nakal! hee.
kata mak ak lagi, anak sulung ni ada keistimewaannya...
mungkin sebab pengalaman pertama merasa sakit untuk bersalin.
ak pernah tanya sepupu ak yang beranak 3.
beliau pun bersetuju dengan pendapat mak ak.
bila anak sulung tiada di sisi, terasa sedikit kesunyian barangkali.
owh, terasa diriku amat berharga!!

pa...
beliau seorang yang pendiam.
beliau jarang kol ak.
tapi ak yang selalu kol ayah ak di kala kerinduan menerjah.
tapi ak tahu ayah ak pun rindukan ak cuma egonya sedikit tinggi untuk menyatakan kerinduannya pada ak.
kalau dah nama lelaki, ego tu adalah teman paling rapat ^_^






mak dan ayah ak meletakkan 100% kepercayaan pada ak.
alhamdulillah, kedatangan ak ke bandar metropolitan ni tak pernah sedikit pun menggoyahkan jiwa muda ak.
ak masih diri ak yang dulu.
cuma sedikit matang apabila hidup berjauhan daripada keluarga.
matang dengan pengalaman hidup...
experiences is the best teacher in the world!
ak sangat menghormati kepercayaan yang diberikan kepada ak.
ak tak sanggup untuk merobohkan benteng kepercayaan mereka terhadap ak.

apabila ak tengok kawan-kawan ak yang terkena sedikit kejutan budaya,
ak mula tertanya-tanya:
sanggup mereka menipu ibubapa mereka semata-mata kerana darah muda mereka!
pesan ak,
jangan terlalu obses dengan darah muda kita.
nanti badan binasa.
masa depan turut dapat tempiasnya!!


7 comments:

naz said...

jangan guna kepercayaan untuk kejutan kebudayaan hahaha :) senang hati bila ibu bapa percaya. jangan pula kita yang menganiaya :)

buDAK keCIK said...

mmg sgt senang hati bila parents ak percaya ngn diri ak...

sbb mereka kenal ak. ak kan anak mereka yg baik! hee :)

mie said...

kejutan dimana pun ada..
cuma kesesuain diri la yang menyelesaikan..
eehheheee

Fiq Vertigo said...

ok jeles.

babah n mak tak balas mesej dua minggu berturut-turut..


darah saya berumur 20 tahun, sudah tua yang amat. :P

buDAK keCIK said...

mie: kita yg kna bijak control diri

fiq: awk tu lain la. dok jauh. asenya kalu k.kin dok oversea pn, contact ngn family sbulan kali kot. lg merana...

cik_paan said...

ko memang tak layak jd artis,,heh

buDAK keCIK said...

owh no... ak pn mmg x nk jd artis

maap la ye