Wednesday, April 6, 2011

~ak kan kakak~

salam.

ak kakak yang paling sulung.
ak ada sorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki.
sebagai kakak, bebelan memang tak terkecuali dari mulut ak.
ak suka membebel sebab ak kan kakak. hee.

sepanjang 20 tahun ak hidup, dah macam-macam benda ak dapat rasa.
pengalaman merupakan guru yang terbaik!
dan ak suka bagi nasihat kat adik-adik ak pasal perkara yang terbaik untuk masa depan mereka kelak.

dah nama adik-beradik, kalau tak bergaduh, kehidupan kami tak akan lengkap.
dan setiap kali kami gaduh, ak pasti akan mengalah...
terutama dengan adik perempuan ak.

adik perempuan ak ni sangat degil!
kadang-kadang ak pun meluat kalau asyik ak je yang kena mengalah.
sampai satu tahap, kami tak bertegur sapa langsung.
dan sudah menjadi kewajipan seorang kakak agaknya, ak jugak yang akan mengalah.

bila semua dah mula meningkat dewasa,
hubungan ak dengan adik perempuan ak agak renggang.
tapi ak masih rapat dengan kedua-dua adik lelaki ak.
ak pun tak sedar sejak bila ak mula renggang dengan adik perempuan ak.

adik perempuan ak ni ego dia memang tinggi tahap gaban.
kalau dia nak beli sesuatu benda untuk ak, dia tak pernah bagi barang tu by hand kat ak.
tapi dia suruh mak ak yang bagi untuk ak.
adoi adik yang sorang ni...

dan hari ni, ak sangat terkejut sebab dia dah remove ak dari friend list fb dia!!
kenapa dia buat sampai tahap macam tu sekali?

dengan sendirinya air mata ak gugur!
setitik. dua titik. tiga titik. dan lagi...
ye! ak memang seorang yang sensitif!
mungkin sebab ak terlalu sayangkan dia.
dan tanpa sebab dia remove ak dari friend list dia.
tetiba ak terpikir, kalau la secara realitinya ada butang remove, mungkin adik ak sanggup remove ak dari hidup dia...

mungkin betul la kata orang.
kalau kita terlampau sayang seseorang, sekali dia lukakan hati kita,
memang agak susah untuk rawat luka kat hati kita.
betul ke?
tapi sekarang ak memang dah betul-betul dapat rasa.
dia bukan orang lain. dia darah daging ak.
ak kecewa...



3 comments:

cik_paan said...

hang sabo la ye..
budak tak matang, gitulah gamaknye....

Fiq Vertigo said...

ade la tu dia nak sorok..

[tangan gatal rasa nak piat budak..]

buDAK keCIK said...

fiq: betul2. ase cam nk cubit2 je bdk tuh. huh