Friday, April 29, 2011

~oh. royal wedding~

salam.

semua orang terutama si gadis telah memasang angan-angan mat jeninnya selepas tengok royal wedding.

oh. ak nak naik kuda jugak masa majlis ak nanti.
oh. ak nak buat rambut macam tu jugak.
oh. ak nak baju macam kate jugak.

oh. sangat seronok tengok kawan-kawan ak yang dah mula berangan entah ke mana.
gara-gara royal wedding!


dan ak?
oh. maaf. royal wedding pun ak jeling-jeling tengok je kat tv.
ak pun tak tahu apa yang akan membuatkan ak rasa teruja.


sedangkan kawan ak kelihatan sangat berseri tengok royal wedding.
lepas tu, "oh. ak pun nak kahwin!"
ah sudah.
tapi siapa yang tak nak kahwin? :)


kawan ak kata, ak ni hati kering.
langsung takde perasaan.
orang dok berangan nak naik kuda, tapi ak kata nanti ak nak jalan kaki je.
orang dok berangan nak rambut macam kate, tapi ak kata nanti ak pakai tudung jugak.
orang dok berangan nak baju macam kate, tapi ak kata nanti flower girl pijak kain ak.

oh. dah memang ak jenis susah nak ekspresikan rasa keterujaan ak.
apa yang ak boleh buat.

kecuali jika kau bagi anak kucing yang muka bulat dan gemuk.
tindakan pertama ak,
ketap gigi menahan geram.

tindakan kedua ak,
ak pegang anak kucing tu sambil cubit-cubit.
suka tengok muka kucing yang tunjuk muka kesian.
oh. sangat kesian.



dan pink juga mampu untuk membuatkan ak rasa teruja.
orang kata pink dan perempuan memang dah sebati.
tapi ada je kawan ak yang sangat benci dengan pink.
tapi itu kawan ak.
kalau tanya ak, wah! pink tu adalah kaler saya!

ak rasa pink memang sesuai dengan diri ak.
sebab pink akan membuatkan ak perasan comel.
sekian.




Saturday, April 23, 2011

~unik~

salam.

sometimes you're trying to be like me.
yes. every single things that i've done, you also want to imitate.




kita adalah unik.
ak ada kelebihan ak. dan kau ada kelebihan kau.
cuba belajar untuk menerima keburukan yang ada dalam diri kau.
bila kau cuba untuk curi identiti orang sekeliling kau, maka keburukan kau makin terserlah.
kenapa perlu berlagak nak jadi orang lain?
sedangkan kau boleh bina identiti kau sendiri.






IMITATE NOT. CREATE!!~



~habis madu, sepah dibuang~

salam.

jujurnya setiap orang ada ceritanya yang tersendiri.
jalan hidup yang tersendiri.
dan terpulang kepada kita untuk pilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkok.

dunia adalah pentas lakonan.
dan kita adalah pelakonnya.

ak memegang watak sebagai attention seeker yang tegar.
makanya ak amat pelik jika ak menjadi seperti halimunan dalam kalangan rakanku.




oh, ak hanya suka menarik perhatian para sahabatku.
bukan jenis attention seeker yang tak tentu hala.
tetiba nak tarik perhatian kaum lelaki.
for what? is it for one night stand?
habis madu, sepah dibuang.
kondom pun dibaling merata-rata.
ya Allah, mintak jauh.
*istighfar.

mungkin ak telah terpinjam kain halimunan doraemon.
maka, mereka tidak sedar akan kewujudan ak di situ.
dan reaksi ak?
membisu tanpa sepatah kata.

setiap kali ak mula untuk bersuara,
gayanya seperti ak melontarkan perkataan tersebut ke dinding.
dan kemudian perkataan itu melantun balik semula ke mulut ak.
lepas tu, ak telan.
itu yang ak rasa.

oh, ak rasa tidak lama lagi bulan akan mengambang.



Thursday, April 21, 2011

~awak berkubang ke mandi?~

salam.

exam dah nak dekat.
idea untuk berblogging pun datang mencurah-curah tang-tang ni jugak la kan.
mungkin sebab otak dah penat sangat nak hafal pasal glycolysis, gluconeogenesis, bla bla dan bla.
so, ak terus on lappy kawan ak dan terus menaip. tup tup tup.

kali ni ak nak bercerita serba sedikit pasal bebudak floor ak.
seramai 72 orang menginap kat blok B200 ni, memang tersangat la banyak ragamnya.
antaranya:

1. pesen yang mandi lambat

sampai sekarang ak tertanya-tanya, kenapa ada spesies yang suka mandi lambat? kadang-kadang tu sampai nak dekat satu jam dok bermandi-manda. ada satu hari tu, dekat setengah jam jugak la kot ak tunggu budak ni mandi. sampaikan ak dah boleh siap basuh muka dengan berus gigi sekali. nasib ak tak syampu rambut kat sink tu. tapi budak tu masih lagi beriang-ria mandi dalam shower feveret ak. tanpa segan silu ak ketuk pintu shower dia, "awak-awak. ni berkubang ke mandi?" tak sampai 2 minit, budak tu terus keluar. ak terus buat muka depan tu jugak. sori la dik. ahkak ni pesen tak boleh sabar. bila budak ni keluar daripada shower tu, takde la pulak bau wangi semerbak. pastu, takde la pulak sampai putih berkilat sehingga ak terpaksa pakai spek hitam. apa benda la budak ni buat dalam shower? sangat misteri.



2. pesen yang suka mandi sambil melalak-lalak

kalau dia nyanyi perlahan takpe la jugak. sebab ak pun pernah buat. tapi spesies ni jenis melalak okayh. bukan menyanyi tu. paham? ada satu hari tu, ak terasa nak mandi tengah malam sebab cuaca panas kot. sebelum sampai pintu toilet tu, ak dah dengar budak ni dok melalak. tetiba datang idea bangang ak...

cindailah mana tidak berkias
jalinnya lalu rentah beribu
bagailah mana hendak berhias
cerminku retak seribu...

tetiba terus budak tu senyap.
kemudian ak dengar terkocoh-kocoh dia bukak pintu shower.
kehkeh.

*ak masuk shower sebelah dia sambil nyanyi lagu cindai.
wahaha. kesian.
tapi ak pun seram jugak sebenarnya nyanyi lagu cindai tengah malam buta.
dalam toilet pulak tu.


3. pesen yang suka buat bising tengah malam buta

agaknya mereka dah bosan dok mengadap buku. lepas tu mereka berjemaah dok stalk abang yang badan ketul-ketul. kemudian gelak ramai-ramai. cuba korang bayang, daripada keadaan yang sunyi sepi tetiba bertukar jadi riuh rendah macam keadaan kat pasar malam. kalau tahun lepas, ex-rumate ak sorongkan surat cinta kat bawah pintu mereka. tak pun, dia ketuk pintu bilik budak tu kuat-kuat, lepas tu lari laju-laju masuk bilik. wahaha. tapi ak tak berapa kisah kalau mereka nak buat bising pun sebab bilik ak pun jenis bilik bising. maklum la geng budak kepoh. tu budak floor ak yang tolong bagi gelaran.


kadang-kadang best jugak kalau dapat sakat bebudak ni.
hilang stress ak.
jom nyanyi lagu cindai malam ni...
hee


Wednesday, April 20, 2011

~kawan kau camne?~

salam.

hai kawan.
walaupun kita tak kenal secara realiti tapi kamu masih boleh jadi kawan ak.
sesiapa boleh jadi kawan ak selagi kamu masih waras dan boleh terima ak sebagai kawan kamu.
senyum sokmo ~_~


ak manusia.
kawan ak pun semestinya manusia.
tapi kadang-kadang best jugak kalau dapat kawan dengan kucing.
sebab bila ak dok membebel-bebel, kucing mampu menjadi pendengar yang baik.
tapi kadang-kadang ada jugak dia mencelah "meow.meow"
mungkin katanya bosan.

kawan kita manusia.
mesti lah banyak ragamnya.
antaranya:

1. kawan yang boleh berkongsi suka dan duka

yang ni ak paling respek. di kala kita bersedih, dia ada di sisi kita. di kala kita bergembira, memang konpem-konpem dia ada di sisi kita. kalau ak sakit, ak suka dengar dia membebel sebab ak tak suka makan ubat. haha. sebab tu la hidup ak tak pernah sunyi walaupun ada orang kata, "ee, mampu ke kau hidup tanpa pakwe?" hello. kawan-kawan ak lah yang selalu menceriakan keadaan. lagipun ak tak nak pakwe. ak nak suami yang boleh bimbing ak ke jalan-Nya.

2. kawan yang tikam dari belakang

owh. yang ni paling bahaya. sebab depan kita, mulut dia manis. pijak semut pun tak mati. tapi belakang kita, dia sembelih kita dengan parang. kaalu tak puas hati, cakap depan-depan tak boleh ke?





3. kawan yang moodnya sukar dijangka

owh. yang ni ak terasa. mood ak memang susah untuk dijangka. ak pun tak paham dengan perangai ak. sampaikan kawan ak pernah berkata, " sangat pelik bila orang yang selalu ceria tetiba bertukar jadi pendiam dalam sekelip mata". kalau tetiba ak jadi bisu , maknanya bulan sedang mengambang la tu. paham?

4. kawan yang sukar untuk berkongsi rasa duka

alhamdulillah. sepanjang 21 tahun ak hidup di bumi Allah ni, kebanyakan kawan ak bersedia untuk mendengar rintihan ak. mereka terlalu sporting! terima kasih kawan. ",
selalunya kawan yang macam ni, dia dengan rela hati bagi pinjam bahu untuk kita menumpahkan air mata.

5. kawan yang ada PHD

PHD adalah singkatan untuk perasaan hasad dengki. dia tak boleh tengok kita ada sesuatu yang dia takde. maksudnya kita tak boleh lebih daripada dia dari segala hal. kalau tak, otomatik mata dia akan berbulu dan hati dia akan sakit yang teramat. PHD ni sangat bahaya. sebab ia berkait rapat dengan kawan yang suka tikam daripada belakang.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

6. kawan yang berperangai pelik

tak ke pelik kalau tetiba dia senyum sorang-sorang. yang ni ak paling takut. ak ada kawan yang suka senyum sorang-sorang. bila ak tanya, dia cakap sebab teringat scene dalam novel yang dia baca. kahkah. kalau dah hantu novel tu, berangan je la keje dia. sebab tu ak kureng sikit nak baca novel. sebab ak tahu ak akan berangan je lebih. nanti masa study pun dok berangan, tak ke parah tu. haish.

7. kawan yang keras kepala

dia memang suka mencabar kesabaran ak. sebab tu ak malas nak layan sangat kalau dapat orang yang keras kepala macam ni. sebab dia memang hati batu. cuba la kau bangkang cakap dia, perkataan akhir yang akan kau lontarkan "DAH LAA!". lepas tu, masam muka. ak adalah orang yang ANTI-GADUH. jadi, kau cakap la sorang-sorang. lebih baik ak tutup mulut ak. layan je la apa yang kau nak, selagi ak rasa perkara tu adalah logik. sekian.


akhir kata,
kita memang perlukan kawan.
kalau takde kawan, maka jadilah kita seperti katak bawah tempurung.
segala benda yang terjadi kat sekeliling kau, kau tak akan tahu langsung.
macam mana kau nak tahu, kalau kau asyik dengan dunia kau?
bak kata mak ak, " kalau dah susah sangat nak berinteraksi dengan manusia. pergilah dok dalam hutan, kawan dengan binatang".

jangan la sombong kawanku.
kita memang perlukan kawan.
nanti kau meninggal dunia, siapa nak ziarah kau??


Tuesday, April 19, 2011

~kb mall dah faymes sebagai tempat bunuh diri~

salam.

hari ni cuaca cerah.
tapi haba daripada sang matahari tu dah memang boleh buat masak telur goreng kat atas jalan raya.
tidur siang ak terganggu disebabkan kepanasannya yang melampau.
*exam dah nak dekat tapi masih ada hati nak tidur di siang hari.

bumi dah semakin tua.
lapisan ozon semakin menipis.
maka kesan rumah hijau juga semakin meningkat.

mungkin disebabkan kepanasan yang melampau ini,
manusia juga amat payah untuk mengawal perasaan amarah.
kalau tidak mana mungkin terjadinya kes pembunuhan yang semakin meningkat dari hari ke hari.

tapi jika mereka tiada kekuatan untuk bunuh orang,
maka keputusan yang paling bijak untuk mereka ialah menamatkan riwayat hidup mereka dengan serta merta.
jom pakat terjun bangunan kb mall beramai-ramai.
*istighfar.



Sunday, April 17, 2011

~lelaki dengan perempuan mana boleh jadi bestfren weyh~

salam.

there must be a distance between a car for safety, as such there must be a distance between male and female for safety... copyright daripada sini.

sebab tu la kot ak tak ramai kawan lelaki yang rapat dengan ak.
ak bukan tak sudi untuk bersahabat dengan mereka.
ak cuma jarakkan sedikit batas pergaulan ak dengan mereka.
ak tidak mungkin akan jadi rapat dengan mereka seperti ak rapat dengan kawan perempuan ak.

waktu zaman sekolah ak dolu-dolu,
ak ada rapat dengan budak laki ni.
tetiba satu hari tu dia nampak lain, dia layan ak seperti tuan puteri.
dan dia mengaku dia sukakan ak. OMG.

sejak daripada tu, ak dah mula renggangkan diri ak daripada dia.
maaf kawan. ak ikhlas untuk berkawan dengan kau.
tapi kenapa kau anggap ak lebih daripada seorang sahabat?

tapi ak tak pernah serik.
ak rapat dengan budak laki lain pulak.
mungkin sebab kami berkongsi hobi yang sama kot.
ak sangat senang berkawan dengan dia.
tapi dia juga lupa bahawa ak hanyalah sahabat dia!
bukan kekasih dia.

jujurnya ak juga pernah ada perasaan lain terhadap kawan lelaki ak.
mungkin sebab mereka layan ak dengan baik maka ak telah tersalah anggap.
ingat! hati perempuan amat mudah untuk ditawan!

ak suka belajar daripada pengalaman.
dan dari situ, ak dah mula jaga pergaulan ak dengan lelaki.

dan betul. pandangan pertama mereka terhadap ak: ak sangat sombong!
itu kata mereka.
dan mungkin jugak air muka ak yang nampak macam berlagak gila.
jujurnya perkataan berlagak tak pernah wujud dalam kehidupan ak. noktah.

biarkan aje pandangan mereka terhadap ak.
ak tak sanggup nak melukakan hati orang.
dan ak juga tak sanggup untuk melukakan hati ak.



Friday, April 15, 2011

~anak saya hilang~

salam.

MyMama
14-apr-2011 9.48pm

saya nak tanya, kenal dop Nur Asyikin Aminuddin?
anak saya hilang. langsung tak dengar khabar berita.
sihat ke tak. tak tahulah...



tindakan pertama:
dahi berkerut sambil berfikir kenapa mak ak hantar mesej macam ni?
mak ak nak buat lawak ke apa?

tindakan kedua:
senyum seribu makna :)
gotcha. ak tahu!!
ni mesti sebab ak tak hantar mesej kat mak ak selama 2 hari je pun.
mak ak pasti tak senang duduk bila tak dengar khabar berita daripada ak.
walaupun selama 2 hari je!


kenapa ak tak mesej mak ak.
sebab dalam masa 2 hari, ak ada rehearsal untuk caklempong performance dekat dtc.
baru 2 hari jadi artis terjun, dah sibuk tahap melampau sampai tak sempat nak mesej mak ak.

ma...
katanya sayangnya pada ak sedikit berbeza berbanding dengan adik ak yang lain.
tapi bukan bermaksud beliau pilih kasih antara kami adik-beradik.
kalau ak buat salah, ak tetap akan dihukum.
waktu kecik, rasa sakit dirotan tu memang dah terlalu biasa untuk ak sebab ak sangat nakal! hee.
kata mak ak lagi, anak sulung ni ada keistimewaannya...
mungkin sebab pengalaman pertama merasa sakit untuk bersalin.
ak pernah tanya sepupu ak yang beranak 3.
beliau pun bersetuju dengan pendapat mak ak.
bila anak sulung tiada di sisi, terasa sedikit kesunyian barangkali.
owh, terasa diriku amat berharga!!

pa...
beliau seorang yang pendiam.
beliau jarang kol ak.
tapi ak yang selalu kol ayah ak di kala kerinduan menerjah.
tapi ak tahu ayah ak pun rindukan ak cuma egonya sedikit tinggi untuk menyatakan kerinduannya pada ak.
kalau dah nama lelaki, ego tu adalah teman paling rapat ^_^






mak dan ayah ak meletakkan 100% kepercayaan pada ak.
alhamdulillah, kedatangan ak ke bandar metropolitan ni tak pernah sedikit pun menggoyahkan jiwa muda ak.
ak masih diri ak yang dulu.
cuma sedikit matang apabila hidup berjauhan daripada keluarga.
matang dengan pengalaman hidup...
experiences is the best teacher in the world!
ak sangat menghormati kepercayaan yang diberikan kepada ak.
ak tak sanggup untuk merobohkan benteng kepercayaan mereka terhadap ak.

apabila ak tengok kawan-kawan ak yang terkena sedikit kejutan budaya,
ak mula tertanya-tanya:
sanggup mereka menipu ibubapa mereka semata-mata kerana darah muda mereka!
pesan ak,
jangan terlalu obses dengan darah muda kita.
nanti badan binasa.
masa depan turut dapat tempiasnya!!


Sunday, April 10, 2011

~ada orang nak masuk meminang~

salam.

selepas terjaga daripada mimpi semalam,
ak mula raba lutut ak. panik.
owh, alhamdulillah, lutut ak masih dalam keadaan baik.
tidak ada luka kesan daripada patukan ular.

okeyh fine. ak mimpi dipatuk ular!
so what?
ada orang nak masuk meminang ak?
nonsense.

ak rasa dah berjuta-juta kali kot ak mimpi dipatuk ular.
tapi mana ada orang nak masuk meminang ak. sekoq pun takde!
masa zaman muda-muda dulu, ada la jugak ak percaya ada orang nak masuk meminang ak.
siap tunggu kat depan muka pintu lagi. bukan muka buku ea. sila percaya...

sekarang, bila dah terlalu matang ni rasa macam lawak pulak nak percaya pada mimpi ni.
tapi sampai sekarang, amalan mengambil wuduk sebelum tidur masih menjadi habit ak.
dan ular masih menjadi peneman setia di alam mimpi ak.
sebab tu sampai sekarang ak alergic dengan ular.
ko jangan la gedik-gedik nak bagi ak ular plastik ke ular ori ke.
konpem ak akan lari pinjam wilcha usop. cepat sikit.

tapi kenapa ular yang dijadikan sebagai hint untuk orang masuk meminang?
kenapa tak ulat bulu ke.
kalau ulat bulu tu logik la jugak kan. sebab dah gatal sangat nak kawen.
tapi ular? kenapa ek?
pening ak nak pikir pasal ular nih. hmm...






Friday, April 8, 2011

~dah tua rupanya ak ni~

salam.

7 APRIL 2011, maka otomatik umur ak bertukar 21 tahun.
erk, bukan 12 tahun ek? hehe. tak nak mengaku tua.
yeay!! dah boleh mengundi.
satu undian membawa sejuta makna untuk rakyat malaysia.

terima kasih untuk mereka-mereka yang berebut nak ucap epi besday kat wall fb ak ea...
i'm really appreciate that! :)

dan tak lupa jugak untuk geng-geng kepoh B200.
pandai ye kamu berlakon.
buat-buat tak taw tarikh kelahiran ak.

tepat jam 12 tengah malam pada 8 april baru korang nak sambut besday ak ea.
anyway, thanx for the cake gurlz!



oopps. cik paan takde dalam gambar la sebab dia yang tukang snap gambar ni. hee.

dan ak sangat terharu dengan video yang dihantar oleh sepupu tercinta ak iaitu miss fiq!!
"born in the winter. beatiful you. clean like snow. you who belongs to me...
born in the winter. my lover. clear like snow. you who belongs to me."
mungkin sebab dia jauh daripada ak, maka ak sangat merindui dia...

happy birthday untuk diri ak...
may Allah bless me. amin.

tarikh kelahiran ak akan mengingatkan ak dengan tarikh kematian ak juga.
sama-sama la kita mengingati akan kematian itu adalah sesuatu yang pasti.




Wednesday, April 6, 2011

~abang, saya nak HORLICK!~

salam.

okeyh. nampaknya ada yang tak puas hati sebab tetiba ak emo kat blog ak sendiri!
hei, blog ak. suka hati ak la nak tulis apa pun.

ak manusia biasa.
sape-sape tak akan paham dengan diri ak.
ak tak pandai untuk berpura-pura.
sekejap happy. sekejap lagi emo.
itulah diri ak...

okeyh fine. tukar topik.

pada hari selasa lepas, ak takde kelas.
bila takde kelas maka otomatik ak akan kebulur sebab kat bilik ak takde makanan.
jadi alkisahnya, tengah hari tu ak turun la bawah dengan niat nak beli makanan je.

gerai tu memang faymes dengan title 'makanan lambat siap'.
tapi ak terjah la jugak sebab yang tu paling dekat dengan kolej ak.
masa ak dok melangok tunggu makanan ak siap, tetiba mata ak terpandang air horlick kat menu makanan.

dan tanpa berfikir panjang, ak terus order air horlick.
yang jadi hot isu bila orang yang datang lambat, tapi dia dapat dulu.
hoi, banyak cantik muka ko!

ak tunggu dah dekat setengah jam tapi air horlick yang ak order masih tak dapat.
nasi dah lama siap.

ak tenung abang yang buat air tu lama-lama.
bukan nak ngorat la weyh.
tapi sebab sakit hati!

tetiba abang tu cakap, "dik, air bali takde la..."
hah?? what the...
"abang, saya nak air horlick. HORLICK. air bali nak buat apa??"



~ak kan kakak~

salam.

ak kakak yang paling sulung.
ak ada sorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki.
sebagai kakak, bebelan memang tak terkecuali dari mulut ak.
ak suka membebel sebab ak kan kakak. hee.

sepanjang 20 tahun ak hidup, dah macam-macam benda ak dapat rasa.
pengalaman merupakan guru yang terbaik!
dan ak suka bagi nasihat kat adik-adik ak pasal perkara yang terbaik untuk masa depan mereka kelak.

dah nama adik-beradik, kalau tak bergaduh, kehidupan kami tak akan lengkap.
dan setiap kali kami gaduh, ak pasti akan mengalah...
terutama dengan adik perempuan ak.

adik perempuan ak ni sangat degil!
kadang-kadang ak pun meluat kalau asyik ak je yang kena mengalah.
sampai satu tahap, kami tak bertegur sapa langsung.
dan sudah menjadi kewajipan seorang kakak agaknya, ak jugak yang akan mengalah.

bila semua dah mula meningkat dewasa,
hubungan ak dengan adik perempuan ak agak renggang.
tapi ak masih rapat dengan kedua-dua adik lelaki ak.
ak pun tak sedar sejak bila ak mula renggang dengan adik perempuan ak.

adik perempuan ak ni ego dia memang tinggi tahap gaban.
kalau dia nak beli sesuatu benda untuk ak, dia tak pernah bagi barang tu by hand kat ak.
tapi dia suruh mak ak yang bagi untuk ak.
adoi adik yang sorang ni...

dan hari ni, ak sangat terkejut sebab dia dah remove ak dari friend list fb dia!!
kenapa dia buat sampai tahap macam tu sekali?

dengan sendirinya air mata ak gugur!
setitik. dua titik. tiga titik. dan lagi...
ye! ak memang seorang yang sensitif!
mungkin sebab ak terlalu sayangkan dia.
dan tanpa sebab dia remove ak dari friend list dia.
tetiba ak terpikir, kalau la secara realitinya ada butang remove, mungkin adik ak sanggup remove ak dari hidup dia...

mungkin betul la kata orang.
kalau kita terlampau sayang seseorang, sekali dia lukakan hati kita,
memang agak susah untuk rawat luka kat hati kita.
betul ke?
tapi sekarang ak memang dah betul-betul dapat rasa.
dia bukan orang lain. dia darah daging ak.
ak kecewa...



Tuesday, April 5, 2011

~demo ore mano?~

salam.

bila ak dikelilingi oleh mat salleh celup...
yeah, i admit that my pronunciation is not bombastic like u ollz.
but is it necessary for u to treat me like a donkey (dumb person)??

yeah. ak mmg paranoid.
dunia kita lain.
ko membesar kat tempat lain. ak membesar kat tempat lain.
mungkin betul lah kata orang.
kondisi persekitaran waktu kecil kita akan memberi impak yang terlalu besar untuk kehidupan kita kelak.
yeah, i'm in that situation.

dolu-dolu, i luv english very much.
i do luv to speak in english.
but...
"eleh, nak cakap omputih. pronunciation pun tak betul, ada hati nak cakap omputih. pehlish!!" typical malaysian!

and again i've found typical malaysian like u! owh no!! not again!
okeyh. fine. i'm typical kelantanese yang memang selalu jadi bahan untuk orang durjana di luar sana. *sinis
pergi je la ceruk mana pun.
konpem dapat pandangan negatif sikit-sikit. sikit je la. tak banyak pun.
kenapa ek?
adakah kerana kami bawah pentadbiran pas, maka korang nak pandang selekeh kat kami?
atau adakah kerana kami dapat makan budu, tapi korang tak dapat makan budu macam kami?
jelesh lettew.

dan ada jugak la certain manusia yang ic nya ada 03... tapi malu nak mengaku kelantanese.
owh pehlish!!
yang ni ak paling benci.
demo tuh bau budu wawa tapi tokse ngaku kelate. gano kiro?
mungkin sebab takut diejek oleh orang yang macam korang la, maka dorang ambil keputusan untuk tidak mengaku ore kelate. owh sekali lagi pehlish!

tolong la hormat kami!
sampai bila ko nak kutuk ak?
sampai ak betul-betul dah jadi bisu (jadi mayat)?
kalau macam ni, bilanya ak nak belajar untuk improve my pronunciation if ak selalu kena jumpa orang macam ko??


ak ore kelate??
maka, apakah first word yang akan terkeluar daripada mulut korang?
ce cite. ce cite.


Saturday, April 2, 2011

~laki psiko!!~

salam.

kenapa perlu nak banding-bandingkan ak dengan adik ak yang lagi cun tu?
yup. ak tak cun.
tapi adik ak memang lagi cun daripada ak.
muka kami memang tak sama.
yang sorang muka macam cina. yang sorang lagi muka macam hindustan.
tapi kami tetap sedarah sedaging!!

tapi ak tak pernah jeles dengan adik ak.
sebab ak tahu di sebalik keburukan ak pasti ade kebaikan ak.

tapi ade la sekor budak laki ni memang sengaja nak cari gadoh dengan ak.
pehal pulak dia nak banding-bandingkan ak dengan adik ak?
dia tu sape??

ak kenal dia sebab dia budak kelas ak masa kat matrik dulu.
ak rapat dengan semua budak laki kelas ak kecuali dia.
sebab?
kerana dia ni memang suka cari masalah dengan ak!
ade je benda yang dia tak puas hati.

dia tu dah la tak hensem.
tapi ade hati nak ngorat kawan ak yang cun melecun.
dah la siap main paksa-paksa lagi suruh kawan ak terima dia.
gila psiko budak laki ni!

lepas tu sekarang ni ade hati nak ngorat adik ak pulak.
ape ko ingat ak ni salesgirl ke?
main jual orang. gila!!
sekarang ak terus block dia daripada fb ak.
padan muka ko!!!!!!!!!!!!!!!!!
boleh berambus daripada hidup ak!




Friday, April 1, 2011

~buat sang gadis~

salam.

pada satu petang yang indah tapi sangat panas...

A: eyh, pandainya negro tu nak belit2 shawl macam budak-budak kita. siap ade kepit-kepit bunga lagi kat shawl dia. pergh, mantap la. negro pun dah ikut budaya kita. wakaka.

B: negro? wei, tu bukan negro la. tu orang melayu kita la. orang kelantan kot! *gelak guling-guling.

A: owh, what?? *rahang gigi jatuh ke bawah.


budak negro celup tu memang terlalu seksi.
bak kata orang, pakai tudung tapi bertelanjang.
tetiba ak terfikir, perlu ke ko nak pakai seksi-meksi bagai ni??

ak jenis pemerhati.
daripada pemerhatian ak,
banyak perempuan yang seksi ni sebenarnya tak cantik pun.
langsung tak hot!!
dorang je yang bajet hot sebab lelaki suka suwwitt2 mereka.
padahalnya mereka ni stok-stok untuk geli-geli je kot.
perasan je lebih!
ingat lelaki nak amek ko buat bini ke.
owh, pehlish.

ak rasa mereka sedar mereka ade kekurangan,
so, mereka kena la buat sesuatu yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.
atau lebih tepat lelaki miang!
sanggup dorang dedahkan badan mereka yang tak berapa nak menarik tu.
lemak bertempek sana-sini. dengan selulit bagai la.
pastu, gelap pulak. adeyh.
itu semua hanya la bisikan syaitan semata-mata.
kalau la mereka mengamalkan baca al-Quran, puasa sunat, sembahyang lima waktu,
pasti mereka tak akan terpedaya dengan bisikan syaitan laknatullah tu.


berbeza dengan perempuan yang auratnya terjaga.
air muka mereka sangat bersih.
dah la bersih, putih pulak tu.
air muka mereka sangat tenang.
masyaAllah.
ade je yang tak berapa lawa tapi air muka dia nampak bersih.
ade tu. tengok tangan pun dah putih. tapi mereka masih pandai untuk jaga aurat.
ni tak. yang gelap tu la nak tayang-tayang kat orang.
ape kes??
takut tak laku ke kak?
jangan bimbang la. kalau kita taat pada perintah Allah, insyaAllah hidup kita akan diberkati.
perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.
wallahualam...

*peringatan untuk sang gadis di luar sana dan juga untuk diri ak yang masih dalam kekurangan



cuba tengok mamat ni.
ak tengok hensem je walaupun gelap.
muka dia siap bersinar-sinar gitu.