Sunday, March 13, 2011

~takut dengan masa itu~

salam.

bila masa itu makin menghampiri,
ak takut.
takut memikirkan diri yang masih belum suci dari dosa silam.
setiap kali bangun dari tidur,
sentiasa berazam untuk dekatkan diri kepada-Nya.
kerana ak tahu,
masa kian suntuk.

bila masa itu makin menghampiri,
orang selalu kaitkan masa itu dengan tarikh 26 haribulan.
kenapa dengan angka 26??
kerana sangka mereka,
kiamat bakal terjadi pada tarikh 26 haribulan.

inilah manusia.
terlampau bijak untuk memanipulasikan keadaan.
seolah-olah tidak menyedari akan kewujudan Sang Pencipta.
bila Dia kata jadilah, maka perkara itu benar-benar akan terjadi.
tanpa mengira masa dan keadaan.
kerana Dia lagi Maha Mengetahui.
siapalah kita untuk mendominasikan keadaan?


4 comments:

cik ubi said...

26 disember ke?..

buDAK keCIK said...

cik ubi: bkn 26 disember je. tp lps kejadian gempa bumi kt jepun, semua ckp every month, on 26th we should beware~!! adeyh

Bijen M. said...

Lambat laun masa itu akan datang juga.
Sama ada kita bersedia atau tidak.
Jadi terpulang kepada kita, apa kita nak buat sekarang.
Atau kita masih sibuk mengkaji dan mengkaji.

Raji berkata said...

semakin kita hanyut dgn kemewahan
semakin kita lupakan asal usul kita >.< btul tuh..