Thursday, March 24, 2011

~ak faymes~

salam.

semalam result spm dah selamat diumumkan.
tetiba teringat zaman muda-mudi dulu. *sekarang LAGI muda. mmmuahaha.
ak masuk mrsm kuala terengganu masa form 4.
waktu tu dah mula belajar untuk hidup berdikari.

masa mula-mula daftar masuk hostel, ayah dengan mak ak yang tolong ak pasangkan cadar.
waktu tu ak dah mula rasa sebak sikit-sikit.
ayah dengan mak ak sanggup buat apa saja demi ak, anak sulung mereka.
so, ak pun kena korbankan segala benda demi mak ayah ak yang tercinta...

masa form 4 ak nerdy sikit. wahaha.
follow the rules...
lepas tu, boleh pulak ade sorang warden ni macam nak bermusuh je dengan ak.
asal nampak je ak, mesti ade je benda yang dia nak tegur ak.
semua benda yang ak buat mesti salah.
mungkin sebab muka ak ni ade iras-iras musuh dia ke apa. ak pun tak taw. T_T
ak pedulik ape. yang ak taw ak memang tak pernah bangkang peraturan hostel.
sampai la masuk form 5...

ak dah jadi senior!! yeay!
ak dah mula tunjuk warna kulit ak yang sebenar. erk. warna kulit?
silap. tunjuk belang la. (ak ade belang ke?) tapi sikit je. tak banyak pun. *ketawa guling-guling.
orang semayang maghrib dengan isyak kat surau. ak semayang kat bilik.
lepas tu, bila warden buat spot check, mula la ak kelam kabut lari masuk bilik kosong dengan telekong. selamat kawan-kawan ak tak jerit tengok ak dengan telekong bagai kan.
lepas tu, prep pun ak dah mula berani ponteng.
ak kan senior. *berlagak.
ade satu petang tu ak terkantoi.
kena la jugak penyepak dengan warden. okey ak tipu.
bukan rasa penyepak tapi rasa rotan.
ak yang mula-mula jadi leader untuk dirotan. ala rotan je pun. *berlagak. lagi.
kemudian berjemaah ikut ak. *nampak sangat ramai yang ponteng prep. hee.

lepas kuala terengganu, ak dicampak ke hujung negeri kedah pulak.
mane lagi kalau bukan kolej mara matrikulasi kuala nerang.
ohho. zaman matrik ak paling suka sebab ak jadi pelajar kesayangan. *fakta. bukan auta.
betul la orang kata : ekspresi pertama teramat penting untuk dinilai oleh orang sekeliling.

cuba bayang, baru je 2 minggu kot belajar kimia. tetiba lecturer ak buat test. mengejut pulak tu.
ak pun jawab je la. antara rela dengan tidak. ak jawab mengikut kefahaman ak sepanjang kuliah 2 minggu je.
then, bila dapat markah test, lecturer ak umum dalam kelas yang ak dapat full mark. *terkejut.
ak pun tak taw keajaiban ape yang berlaku kat ak waktu tu.
bermula dari situ, lecturer dah mula bagi perhatian lebih kat ak. konon ak budak bijak. *konon la. anugerah Tuhan... alhamdulillah.
budak kelas ak pun dah mula dekat dengan ak.
sekelip mata. jadi tumpuan ramai.
lepas tu, berjemaah la dapat mesej daripada orang yang tidak diketahui.
lepas tu, dah mula pandai nak missed kol ak.
heh. ingat ak layan benda-benda remeh cenggitu.
banyak lagi benda penting yang ak kena layan. zaman matrik kot. zaman perjuangan ak.
kalau nak sangat kenal dengan ak, face to face la dengan ak.
tak romantik langsung la korang. haila.


dalam banyak-banyak zaman, zaman matrik ak paling suka. dan zaman yang paling ak rindu.
sebab ak kan faymes zaman TU JE. *fakta. bukan auta.




4 comments:

Raji berkata said...

woahhh bgus nih kau budak pandai ;D

naz said...

cemburu weyyy haha

mie said...

budak bijak ni..
ada peluang jadi pemimpin..
eheheee

buDAK keCIK said...

raji: erk. bdk pandai? x jgk. anugerah Allah... ko pn pandai kan. kan.

naz: ak pn jelesh ngn ko!! hee

mie: kan kita mmg dilahirkan utk jd pemimpin. insyaAllah. ak nk jd pemimpin yg adil. ak takut sesi soal jwb di akhirat kelak kalu jd pemimpin yg x adil...