Tuesday, March 29, 2011

~arabian nite~

salam.

alhamdulillah. majlis anugerah bestari (MAB) 2010/2011 telah selamat berlangsung pada 27 mac 2011 iaitu pada hari ahad lepas di Hotel Legend.

kali ni MAB bertemakan arabian night.
tapi ak rasa tahun ni terlalu ramai yang buat tema arabian ni.
kalau on je fesbuk, koleksi foto yang masuk wall ak mesti pakai style pak arab dan mak arab.
yang tu semestinya.

tak kisah la.
sebab ak suka tema ni.
at least, budak-budak kolej ak yang jenis 'on off ' tu reti la jugak nak tutup rambut pada hari kejadian.
taw tak 'on off ' tu menatang ape?
kalau tak taw, sila bertanyakan perkara ini kepada gadis-gadis yang jenis pakai tudung mengikut mood mereka. harap maklum.



makanannya terlalu sedap. sangat puas hati.
berbaloi la jugak ak bayar mahal-mahal nih!!
*tetiba rasa lapar.



perkara pertama yang kami wajib lakukan: sesi fotografi!!



shisha perasa durian. *sila percaya.
siapa mau cuba??


bergambar dengan banner pun boleh laa...



kami dah siap makan!! tadaa
sebelum angkat kaki daripada dewan, amek gambar adalah satu kewajipan!


bersama rumate tercinta!!
saya mau sebilik dengan kamu lagi tahun depan.
mampukah untuk kita bersama lagi??
mungkin...


bergambar dengan piala projek terbaik kami!!
PESTA PANTUN BESTARI.
terlalu banyak dugaan sepanjang pertandingan pantun berlangsung.
tapi akhirnya projek kami berjaya merangkul anugerah projek terbaik untuk tahun ni.
alhamdulillah...

bila piala kami disatukan dengan benda pink!!
sangat comel!


sekian saja laporan daripada saya...
*jumaat ni ade dinner biotech pulak.
siapa yang berani untuk meminjamkan DSLR nya kepada ak??
ade berani?


Sunday, March 27, 2011

~homesick~

salam.

hari ni sepanjang hari ak moody.
sebab?
kerana ak homesick!! sobs ;(

ak nak balik tapi jauh.
ak nak balik tapi kekangan masa.
ak nak balik tapi duit dah semakin susut.
pendek kata banyak tapi laa.

semalam ak telefon adik bongsu ak sebab semalam besday dia.
tetiba dia tanya ak, "kak, bila nak balik?"
sunyi. ak kehilangan kata-kata.
ak tak tahu nak jawab apa.

ak tahu dia sunyi tanpa ak di rumah.
kerana selalunya ak yang selalu buat bising kat rumah.
ak yang selalu usik dia sebelum dia tidur.
ak yang selalu panggil dia gendut sebab dia gemuk tapi yang pasti dia lagi tinggi daripada ak!!

ak kakaknya yang sulung yang tak pernah matang walaupun umur dah 20-an. wahaha.
adib, kakak pun rindu sama kamu!


Thursday, March 24, 2011

~ak faymes~

salam.

semalam result spm dah selamat diumumkan.
tetiba teringat zaman muda-mudi dulu. *sekarang LAGI muda. mmmuahaha.
ak masuk mrsm kuala terengganu masa form 4.
waktu tu dah mula belajar untuk hidup berdikari.

masa mula-mula daftar masuk hostel, ayah dengan mak ak yang tolong ak pasangkan cadar.
waktu tu ak dah mula rasa sebak sikit-sikit.
ayah dengan mak ak sanggup buat apa saja demi ak, anak sulung mereka.
so, ak pun kena korbankan segala benda demi mak ayah ak yang tercinta...

masa form 4 ak nerdy sikit. wahaha.
follow the rules...
lepas tu, boleh pulak ade sorang warden ni macam nak bermusuh je dengan ak.
asal nampak je ak, mesti ade je benda yang dia nak tegur ak.
semua benda yang ak buat mesti salah.
mungkin sebab muka ak ni ade iras-iras musuh dia ke apa. ak pun tak taw. T_T
ak pedulik ape. yang ak taw ak memang tak pernah bangkang peraturan hostel.
sampai la masuk form 5...

ak dah jadi senior!! yeay!
ak dah mula tunjuk warna kulit ak yang sebenar. erk. warna kulit?
silap. tunjuk belang la. (ak ade belang ke?) tapi sikit je. tak banyak pun. *ketawa guling-guling.
orang semayang maghrib dengan isyak kat surau. ak semayang kat bilik.
lepas tu, bila warden buat spot check, mula la ak kelam kabut lari masuk bilik kosong dengan telekong. selamat kawan-kawan ak tak jerit tengok ak dengan telekong bagai kan.
lepas tu, prep pun ak dah mula berani ponteng.
ak kan senior. *berlagak.
ade satu petang tu ak terkantoi.
kena la jugak penyepak dengan warden. okey ak tipu.
bukan rasa penyepak tapi rasa rotan.
ak yang mula-mula jadi leader untuk dirotan. ala rotan je pun. *berlagak. lagi.
kemudian berjemaah ikut ak. *nampak sangat ramai yang ponteng prep. hee.

lepas kuala terengganu, ak dicampak ke hujung negeri kedah pulak.
mane lagi kalau bukan kolej mara matrikulasi kuala nerang.
ohho. zaman matrik ak paling suka sebab ak jadi pelajar kesayangan. *fakta. bukan auta.
betul la orang kata : ekspresi pertama teramat penting untuk dinilai oleh orang sekeliling.

cuba bayang, baru je 2 minggu kot belajar kimia. tetiba lecturer ak buat test. mengejut pulak tu.
ak pun jawab je la. antara rela dengan tidak. ak jawab mengikut kefahaman ak sepanjang kuliah 2 minggu je.
then, bila dapat markah test, lecturer ak umum dalam kelas yang ak dapat full mark. *terkejut.
ak pun tak taw keajaiban ape yang berlaku kat ak waktu tu.
bermula dari situ, lecturer dah mula bagi perhatian lebih kat ak. konon ak budak bijak. *konon la. anugerah Tuhan... alhamdulillah.
budak kelas ak pun dah mula dekat dengan ak.
sekelip mata. jadi tumpuan ramai.
lepas tu, berjemaah la dapat mesej daripada orang yang tidak diketahui.
lepas tu, dah mula pandai nak missed kol ak.
heh. ingat ak layan benda-benda remeh cenggitu.
banyak lagi benda penting yang ak kena layan. zaman matrik kot. zaman perjuangan ak.
kalau nak sangat kenal dengan ak, face to face la dengan ak.
tak romantik langsung la korang. haila.


dalam banyak-banyak zaman, zaman matrik ak paling suka. dan zaman yang paling ak rindu.
sebab ak kan faymes zaman TU JE. *fakta. bukan auta.




Thursday, March 17, 2011

~ak yang tak cantik~

salam.

ak hanya insan biasa.
ak tak bijak.
ak tak cantik.
ak tak kaya.
ak juga tak sombong tapi sikap pemalu ak telah membuat mereka tersalah tafsir tentang diri ak.
entah. ak pun tak tahu ke mana menghilangnya keyakinan diri ak.
hilang dibawa angin mungkin.
tapi hanya satu yang ak mintak...
tolong hormat diri ak sama seperti anda hormat manusia lain.

barangkali anda fikir ak ni bukan manusia.
hah? bukan manusia? kalau bukan manusia, habis ak ni ape?
hantu kak limah??
"enjit-enjit semut, sape sakit naik atas"

argh. persetankan mereka.
mereka yang suka memandang rendah pada diri ak.
mereka yang suka mencalarkan hati ak.
barangkali mereka fikir hati ak keras seperti batu! yang takde perasaan. langsung!
hah? keras seperti batu? haha.
ye. memang keras seperti batu. tapi bukan sebarangan batu. seperti air batu!
nama pun air batu.
suhu rendah ia keras.
suhu tinggi, ia akan mula mencair.
apa yang pasti hati yang keras tak akan selamanya keras. tahu?

ak manusia. ade perasaan.
gembira. sedih. kecewa. marah.
tapi selalunya marah ak tak akan bertahan lama.
tak akan sampai ke tahap berdendam.
ak mudah untuk memaafkan orang. sangat mudah!
dan mereka juga mudah untuk sakitkan hati ak sekali lagi.dan mungkin lebih dari sekali!!
patutlah senang sangat nak "buli" ak.
mereka fikir hati ak senang untuk dijual beli. murah seperti harga bundle! hah?

ak manusia. tidak sempurna.
ak tak mampu nak puaskan hati semua pihak.
kadang-kadang ade hati yang ak terlepas pandang. maaf.
yeah. manusia. tidak pernah sempurna. dan tidak akan sempurna.
di sebalik kebaikan, pasti ade keburukan...

ape yang ak tahu, ak memang seorang manusia.
yang hina. yang punya perasaan. yang tidak sempurna.
dan paling penting, manusia yang sentiasa mengharapkan keredhaan dari-Nya.

tolong ak.
tolong hormat ak sama seperti anda hormat manusia lain.
ak pun manusia!


Wednesday, March 16, 2011

~hujan sexy~

salam.

hari ni, pagi-pagi buta hujan turun mencurah-curah dengan lebat sekali.
200 kali (dan mungkin lebih) ak cuba untuk berfikir tentang kelas ak yang bakal bermula setengah jam kemudian.

bisikan jahat dah berkumandang kat telinga ak : ponteng je. ponteng je. hahaha...
kemudian bisikan baik : jangan ponteng sebab ni adelah kelas feveret ko. kelas DNA + politiking.

akhirnya ak ambil kata putus untuk redah hujan yang lebatnya semakin menggila.
sampai di pertengahan jalan, seluar ak memang basah sepenuhnya.
tetiba ak baru perasan, wei ak pakai seluar kaler putih ni.
habis la terserlah spender pink ak~!
erk...

Monday, March 14, 2011

~ak kecik~

salam.

di kala sinar mentari kian membutakan mata ak,
lantas ak terus berselindung di sebalik dia yang tinggi.
ohho, di sinilah kegunaan mereka yang tinggi untuk orang yang kecik (tak nak mengaku pendek!) seperti ak!! wee~~

di saat sinar mentari semakin galak terpancar sehingga menyilaukan pandangan,
ak bahagia menyembunyikan diri di sebalik dia yang tinggi.
kamu, terima kasih kerana membenarkan ak berlindung di belakang kamu walaupun kamu tak pernah sedar akan kewujudan ak yang kecik ni. hee.

whoa, tinggi sangat tuh!

Sunday, March 13, 2011

~takut dengan masa itu~

salam.

bila masa itu makin menghampiri,
ak takut.
takut memikirkan diri yang masih belum suci dari dosa silam.
setiap kali bangun dari tidur,
sentiasa berazam untuk dekatkan diri kepada-Nya.
kerana ak tahu,
masa kian suntuk.

bila masa itu makin menghampiri,
orang selalu kaitkan masa itu dengan tarikh 26 haribulan.
kenapa dengan angka 26??
kerana sangka mereka,
kiamat bakal terjadi pada tarikh 26 haribulan.

inilah manusia.
terlampau bijak untuk memanipulasikan keadaan.
seolah-olah tidak menyedari akan kewujudan Sang Pencipta.
bila Dia kata jadilah, maka perkara itu benar-benar akan terjadi.
tanpa mengira masa dan keadaan.
kerana Dia lagi Maha Mengetahui.
siapalah kita untuk mendominasikan keadaan?


Tuesday, March 8, 2011

~qadha tidur??~

salam.

whoa!!! pesta pantun bestari tahun ni paling gempak.
sangat gumbira sebab datuk rais yatim telah bermurah hati untuk menyumbangkan duit untuk projek kami. banyak pulak tu~!
projek ni memang layak dinobatkan sebagai projek terbaik untuk tahun ni~!!!
kalu bukan projek ni yang dapat anugerah tu, kita orang bako je. bako je.


rasanya hujung minggu ni yang paling bercelaru.
tapi puas hati sebab dapat handle pesta pantun bestari (PPB) untuk tahun ni.
tahun lepas tak dapat join sebab terlibat dengan projek lain.
tahun ni, terus ak rembat projek ni. hee.
sangat best sebab dapat jumpa para pemantun daripada 16 buah ipt.
mereka hensem. mereka comel. mereka jelita...


dan yang paling penting, ajk PPB dah macam famili.
banyak ragam tapi satu kepala.


pagi petang, ak urus bilik saringan pemantun.
malam pulak pergi dtc, tolong budak protokol hias dewan tunku canselor (dtc).
waktu tidur ak pun dah tak tentu akibat keletihan yang amat.
pape pun, semuanya sudaa berakhir...
pihak usm pun telah berjaya merebut gelaran juara untuk tahun ni. tahniah!!!

tapi...
kelas pagi isnin dah terkantoi. tettttttt.
kelas petang pulak membuatkan mata ak semakin berat. adeyh.
lecturer ak sangat memahami jiwa ak sebab beri peluang untuk kami balik awal.
ohho. apa lagi. ak lari balik bilik, terus tidur. zzzzzzzzzzzzzzzzz.
qadha tidur yang lepas-lepas.

erk. qadha tidur??


Thursday, March 3, 2011

~jom pakat meriahkan PPB~

salam.


cak cak cak.
akhirnya masa yang dinanti-nantikan pun telah tiba~!
PESTA PANTUN BESTARI2011 telah kembali dengan bertemakan "Pelestarian Pantun Wadah Keagungan Bangsa".


PPB akan berlangsung mulai 3-6 Mac.

Antara 14 IPT yang akan menyertai gelanggang Pesta Pantun Bestari 2011 ialah:

1. Universiti Malaya
2. Universiti Sains Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Sultan Zainal Abidin
5. Universiti Malaysia Perlis
6. Universiti Malaysia Sabah
7. Universiti Teknologi Mara Melaka (2 Team)
8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9. Malaysia Airlines Academy
10. IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani Kedah
11. IPG Kampus Gaya, Sabah
12. IPG Kampus Bahasa Melayu, KL (2 Team)
13. IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu
14. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut

malam ni merupakan malam pengenalan untuk para peserta.
dan bermula esok, 4 Mac akan bermulanya proses saringan sehingga petang ahad, 6 Mac.
proses saringan akan berlangsung di kolej ak iaitu kolej 4, kolej kediaman bestari.
korang dijemput hadir ke kolej 4 bagi menyaksikan proses saringan tersebut.

dan malam yang paling gempak ialah 6 Mac iaitu malam final yang akan berlangsung di DTC.
malam tersebut akan dirasmikan oleh Dr. Rais Yatim.
MASUK ADALAH PERCUMA~!
jom-jom meriahkan malam final tersebut.
sape-sape nak tengok pemantun yang hot, hensem, comel, jelita, pakat ramai-ramai datang DTC okeyh. terima kasih...

datang jangan tak datang...