Monday, February 28, 2011

~..?~

salam.

beliau sedih, ak lagi sedih.
tiap kali nama beliau yang muncul di skrin telefon ak, ak resah.
kerana bimbang air matanya tumpah.
ak sentiasa buat-buat ceria. sedangkan tangki air mata ak hampir pecah.

kenapa mereka tak pernah paham dengan perasaan manusia?
apa mereka tu bukan manusia ke?
kalau bukan manusia, habis tu?
ak sentiasa sabar dengan karenah manusia yang pelbagai ragam. pelbagai perangai.
ak sentiasa jaga hati orang. tapi pernah mereka taw apa perasaan ak?
sakit ke. sedih ke. gembira ke.

ak ingin peluk beliau. meredakan kesedihan beliau.
ak rindu beliau~! terlalu rindu...
ma...

Wednesday, February 23, 2011

~perempuan mampu ke??~

salam.

minggu ni sangat menyakitkan hati.
bila dah hormon estrogen & progestrone dah tak berapa nak stabil, benda kecik pun boleh jadi isu besar. silap hari bulan, boleh meletup. kita bako je. kita bako je. (kata usop kak limah).

ak rasa dah berapa juta (erk) orang entah ak mengadu pasal ketidakpuasan hati ak.
kesian mereka. tak pasal-pasal kena tadah telinga untuk dengar bebelan ak.
terima kasih semua~!


*
**
***
****
*****
******
*******

ko dah tugaskan ak kena siapkan benda tu.
tapi asal ko buat benda tu sorang-sorang??
dah tu bila ko dah siapkan benda tu, tetiba ko nak mengungkit?
ape kes?
sape suruh buat sorang-sorang??
ak dah cakap tunggu ak beli barang-barang dulu~! tapi degil!!
lepas tu, pandai pulak mengadu kat ak yang ko sakit pinggang. padan muka.
ak pun sakit pinggang masa buat benda tu. tapi tak kuasa ak nak mengadu benda remeh cenggitu.

haa, satu lagi.
lepas ko dah siap buat benda tu, boleh pulak ko publish kat facebook:

"pompuan mampu ke buat camni?"

sodapnya mulut kak limah ko!! kak limah pun lagi sopan. enjit-enjit semut, sape sakit naik atas...

ak memang sangat hangin satu badan bila nak dibanding-bandingkan dengan gender.
silap hari bulan, angin puting beliung pun boleh singgah kat ak jap.
siap ko! nanti ak hias benda tu sampai nampak menawan!!

"PEREMPUAN TERLEBIH MAMPU BUAT BENDA TU SAMPAI NAMPAK MENAWAN!!"




Monday, February 21, 2011

~keputusannya...~

salam.

alhamdulillah ak dah selamat mengundi pagi tadi.
kaunter mengundi telah pun ditutup tepat jam 5 petang tadi.

lebih kurang pukul 6.30 petang tadi sampai sekarang, ada kedengaran bunyi bising di kawasan kolej ak.
dengar suara orang dok terpekik-pekik dan siren kereta peronda(kot)...

online fesbuk, ak dapat taw semua calon umum dimenangi oleh pro-m.
alhamdulillah. ak rasa mereka memang patot menang~!
kehilangan mastura, salah seorang calon umum pro-m juga ada hikmahnya.
cuba bayang, tepat jam 12 tengah malam tadi mastura telah berjaya ditemui.
memang terang tang tang, orang yang culik mastura tu sengaja nak halang proses kempen pro-m.
terlalu banyak keburukan dan kelemahan yang ditonjolkan oleh pihak yang satu lagi dalam PRK tahun ni.
pihak yang mana??
lu pikir la sendiri~!

okeyh sekarang ni ak nak pikir pasal test physio microbe pulak ni.
pagi esok test tapi stadi nya baru sekerat jalan.
dah nak pecah kepala otak ak dok stadi pasal benda yang susah untuk difahami.
uwaaaaaaaa. dah la sakit perut sangat ni~! sobs...




Sunday, February 20, 2011

~PRK UM~

salam.

pilihan raya kampus um sudah hampir mencapai kemuncaknya apabila hari esok adalah penentuan segala-galanya...
ak hanya memerhati taktik mereka berkempen sambil makan cekedis. sila percaya. angguk.
ada yang berkempen secara kotor. ada yang berkempen secara ikhlas.

jadah ape nak koyak-koyak poster orang.
kenapa? ko takut mereka menang ke?
kenapa perlu takut kalu korang punya calon tu dah betul-betul mantap?
ke korang punya calon tu sebenarnya memang tak layak untuk dipangkah?
ce cite. ce cite.

pagar kolej ak ni siap ditutup rapi. plus ada pak guard tak bertauliah di situ.
kenapa?
semata-mata tak nak bagi geng-geng pembangkang ni berkempen di kolej ak.
ape de hal?
perlu ke sekat-sekat mereka nak berkempen?
pastu, budak kolej ak yang pakai kot labuh pun kena tahan.
sebab?
kerana mereka ingat budak kolej ak ni pun masuk geng-geng pembangkang.
maklum la, geng-geng pembangkang ni banyak yang bertudung labuh.
so, asal nampak alim je, mesti geng-geng pembangkang.
sempitnya pemikiran mereka~!



kita nantikan keputusannya esok...


Wednesday, February 16, 2011

~you, tak rindu i ke?~

salam.


sayang, dah lama kita tak jumpa...
tetiba rasa rindu menmbuak-buak...
you tak rindu i ke??








i ade simpan video yang terhangat dan paling terkini.
taip on dan hantar ke *****



ceitt. samdol punya mesej.
ak punya la excited. ingatkan pakwe lama yang mesej ak...
rupanya suruh langgan video lucah.
ek eleh.
baik ak layan citer kak limah.
lebih terhangat dan terkini daripada video ko tuh~!



you, tak rindu kat i ke?



Thursday, February 10, 2011

~haji bakhil zaman moden~

salam.

adik laki ak dianiaya??
ase cam nak balik kelantan ari ni jugak...sobs.

adik ak dah keje dengan hamba Allah ni hampir 2 bulan kat sebuah shopping complex yang terbesar di kelantan.
dia budak lepasan spm.
dia cakap daripada dok tanam anggur kat rumah, lagi baik kalu dia cari duit. dapat jugak hasilnya.

masalahnya ialah sampai sekarang dia tak dapat gaji~!
jadah ape keje macam nak mati tapi tak dapat gaji.
siyes sangat penat keje dengan hamba Allah ni.
ye la kat shopping complex kan ramai makhluk.
memang tak cukup tangan adik ak layan customer.
ak balik baru-baru ni pun kena curik-curik jumpa adik ak tyme dia break untuk semayang.
cuba bayang adik sendiri pun kena curik-curik untuk jumpa~!
sangat sedih...

ak taw kami ade pertalian saudara dengan hamba Allah ni.
tapi perlu ke buat adik ak cam hamba abdi dia?? perlu ke?
dunia sekarang semua benda nak pakai duit.
ko masuk jamban nak berak pun kena bayar.

haji bakhil zaman moden. semua benda dia nak berkira.
dengan anak sendiri pun camtu.
patut la semua anak dia lari kl, carik keje kat sini.

awak tu dah tua. kumpul duit banyak-banyak pun, bukan boleh bawak masuk dalam liang lahad.
bukan boleh tolong awak untuk tempah syurga.
tiap-tiap hari dok bagi syarahan agama kat orang TAPI...
diri sendiri pun masih belum sempurna.
duit dah bertimbun, badan pun masih sihat walafiat tapi belum terbuka hati untuk mengerjakan haji. semoga Allah buka hati kamu sebelum kamu pergi mengahadap Dia. amin.

mungkin ade hikmah untuk adik ak di sebalik kejadian ni.
semoga dia makin matang dalam mengharungi dugaan hidup ni...
abe, be strong~!

Tuesday, February 8, 2011

~ak controller?~

salam.

ari ni ak dapat belajar untuk kenal diri ak...
walaupun dah hampir 21 tahun ak hidup tapi ak masih belum kenal diri ak sepenuhnya.

okeyh first impression, ak ni memang jenis yang pendiam.
siyes. semua kawan ak cakap ak ni pendiam masa mula-mula kenal.
TAPI bila dah lama kenal ak baru korang taw betapa gilanya perangai ak.
macam kejadian petang tadi. masa kat lab, boleh pulak ak dengan yakinnya mengatakan benda tu adelah spore.
bila lab assistant tengok, rupanya bukan spore tapi contamination. kahkah.
patot la masa ak tengok guna mikroskop, kawan ak tak nampak pape pun. ak sorang je yang nampak. ak siap lukis lagi benda tu. sekali bila lab asisstant tengok, "aiyaa, itu bukan spore meyh, tu contaminate la". kawan-kawan ak dok gelak gila-gila. hampesz.

ak memang jenis susah sikit nak sesuaikan diri ak dengan orang baru ni.
agak lama untuk ak mengekspresikan perangai sebenar ak. jeng jeng jeng...

ari ni ak ade belajar communication skills.
pastu mr. mike dari australia tu ajar kita orang cara-cara untuk kenal manusia dari segi cara communication mereka.

rupa-rupanya ak ni seorang CONTROLLER. gagaga.
patut la kadang-kadang ak ase cam suka sangat guna kuasa diktator ak terutama kat adik-adik ak. sori ye adik-adikku.

controller vs queen control.
erk, queen control tu ape weyh??

Thursday, February 3, 2011

~masih di kelate~

salam.

hampir seminggu ak berhibernasi di rumah.
dan setiap hari ak sentiasa mengadap berita pergolakan mesir.

ape kena dengan hosni mubarak sebenarnya?
dah buta ke? dah pekak ke?
dah memang terang-terangan rakyat mesir benci dia.
tapi dia?
masih dengan kepala batu dia.
masih gila kuasa untuk jadi pemerintah mesir.

dan pelajar malaysia masih di sana.
sedang membuat persiapan untuk pulang ke tanah air.

bidadari besi, kami sedang tunggu kepulangan kamu~!
semoga Allah permudahkan segala urusan kamu. amin...