Saturday, January 15, 2011

~perokok tegar&ibu mengandung~

salam.


ak teringin untuk berkongsi sebuah kajian yang telah dilakukan oleh seorang housemanship yang bertajuk "MENGAPA YAHUDI BIJAK??"

kita mulakan dengan persiapan awal untuk melahirkan zuriat. di Israel, bila sang ibu tahu bahawa dirinya mengandung, si ibu akan cuba untuk menyanyi dan bermain piano. dan si ibu dan si bapa juga akan cuba untuk menyelesaikan soalan matematik. mengapa? hal ini adalah untuk membantu perkembangan otak baby yang masih dalam kandungan supaya baby tersebut akan jadi seorang genius pada suatu hari kelak. kalu orang kita, mungkin sebaik sahaja si ibu tahu dirinya pregnant, cepat-cepat pergi ushar baju baby kat shopping kompleks. ape ade hal?

dan mereka juga mengamalkan kacang badam, kurma, dan susu sejak di peringkat awal mengandung. dan juga pengambilan pil minyak ikan sudah seperti kewajipan untuk para ibu yang mengandung di israel. seperti kita ketahui, minyak ikan sangat membantu untuk perkembangan otak manusia. so, ia amat berguna untuk sang baby yang masih dalam kandungan kerana organ baby akan berkembang di peringkat fetus. so, bakal ibu dan bakal bapa sekalian, sila ambil perhatian ea. dan perhatian juga kepada para ibu yang sedang mengandung anak luar nikah, sila jaga baby anda sejak dalam kandungan lagi. baby anda tidak bersalah. tapi korang yang bersalah kerana terlampau mengikut hawa nafsu tanpa sempadan. diharap anak-anak Malaysia pun akan jadi lebih bijak daripada Yahudi~! amin.


berkenaan menu makan mereka, biasanya hidangan daging tidak akan ada bersama dengan hidangan ikan. menurut mereka, daging dan ikan tak elok dimakan bersama. seperti kita ketahui, Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah makan daging dan ikan secara bersama. menurut pakar pemakanan juga, kombinasi ikan dan daging adalah kurang baik. orang Yahudi pun tahu mengenai amalan Rasulullah s.a.w. dan turut mengamalkan cara pemakanan baginda. TAPI kita sebagai orang Islam??

seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan hidangan utama. menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, hal ini akan menyebabkan rasa mengantuk, lemah dan payah untuk menerima ilmu di sekolah. seperti kita ketahui baginda juga mengamalkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang berat. sebenarnya setiap amalan pemakanan baginda ada kebaikan untuk badan manusia.

dan berkenaan dengan rokok. jangan sesekali korang merokok dalam rumah orang Yahudi. kalu korang cuba-cuba untuk merokok dalam rumah mereka, tanpa segan silu mereka akan menghalau korang supaya merokok di luar rumah mereka. menurut saintis di Universiti Israel, penyelidikan mereka telah membuktikan bahawa nikotin akan merosakkan sel utama pada sel otak dan nikotin juga akan melekat pada gene. maknanya, perokok tegar ini bakal melahirkan generasi yang cacat otak a.k.a BODOH. tapi yang peliknya pengeluar rokok terbesar adalah dalam kalangan orang Yahudi juga. memang terang lagi bersuluh dengan cahaya dari torchlight bahawa mereka memang SENGAJA nak bangsa yang selain daripada bangsa mereka JADI BODOH. mengapa? supaya mudah untuk mereka menguasai dunia ini~! tapi kita yang bahlul + bangang sebab pergi beli rokok sampai berkartun-kartun. konon nampak macho sikit bila sedut rokok depan aweks-aweks. orang kita...

kesimpulannya, ak ase tak susah pun untuk melahirkan generasi yang bijak pandai.
perkara pertama yang harus dititik beratkan ialah penjagaan baby di awal kandungan.
dan yang paling penting, pilih pasangan hidup yang tidak merokok. jika teringin sangat nak generasi yang bodoh, anda dinasihatkan untuk sedut asap rokok sampai bibir berkilat kehitaman okeyh.

pesanan untuk perokok tegar: jangan salahkan anak korang jika mereka bodoh. tapi tepuk dada anda yang bidang tu, tanyalah selera anda...


6 comments:

hamzah ian said...

bapa gua merokok luar rumah sebab kena halau ngan mak gua.. keh keh

Bijen M. said...

Haa.
Btw kan, gua pernah bacakan ekcelikan tesis tu kan tipu saje.
Cuba gugel-gugel.
Sebab dia dah kaji balik tesis tu, tak jumpa versi English blablabla.
Adalah point-point dia yang mengatakan tesis tu tipu saje.
Tapi point-point dalam tesis tu ada betulnya.
Ambil yang baik, buang yang buruk.

buDAK keCIK said...

hamzah ian:kan dh kna halau tu. ngeh3

Bijen M.:kalu tipu pn, tp ade logik gak kan??

Linglung said...

lu bila nak pregnant?

buDAK keCIK said...

linglung: soklan lu gile gampang~! weyh, ak kan bdk kecik lg. mne bley pregnant2 ag. ape la lu ni

Raji berkata said...

owh nnti ak nk suh bini ak buat cmtu juga masa tgh mengandung ;P
aku pun nk anak yg bijak xD