Saturday, January 22, 2011

~perasaan cinta hadir dengan izin Allah~

salam.

sepupu: semua dah besar-besar. tinggi-tinggi pulak tu. tapi ko, ak tengok dari kecik sampai
besar, kecik tu je la. asal ko kecik weyh? wakakak.

ak: alhamdulillah. ak bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan badan yang kecik. nanti
boleh la berlagak muda. tak macam ko. badan besar macam kingkong~! usia muda lagi tapi dah macam bapak orang~! kahkah.


dia jeles la tu sebab ak awet muda (erk?). tapi dia dah macam bapak budak okeyh. ngee. tapi dia lelaki. kalu badan macam kingkong pun, masih laku lagi kot. dia pun dah bertunang. tunang dia tu kawan ak.

masa kecik-kecik dulu, ak memang kamceng la dengan sepupu ak sorang ni. mungkin sebab umur kami yang hampir sebaya. pastu, dia takde adik perempuan. ak la yang selalu jadi mangsa buli dia. hampes. dipendekkan cerita, ak ada kenal dengan sorang budak perempuan ni, nama dia XY. tetiba ak rasa XY ni macam sesuai je dengan sepupu ak tu. so, ak pun saje la kenalkan sepupu ak ni dengan XY. sepupu ak pulak bajet malu-malu kucing. padahal perangai dia... nauzubillah. susah untuk ditafsirkan. pendek kata, sangat nakal~!

tapi bila umur dah makin meningkat dari tahun ke tahun, masing-masing sibuk dengan dunia belajar. ak pulak masuk hostel. hubungan kami makin renggang. tapi, ada la jugak ak dengar cerita XY kapel dengan orang tu. pastu putus, kapel dengan orang ni pulak. pergh. senang gila dia dapat pakwe. macam jual beli baju. tapi betul la kot orang kata sekali dah kapel, bila dah putus mesti rasa sunyi. pastu, mula la menggatal dok cari yang lain. erk. ye ke? dunno. konklusinya, single lebih baik dari kapel-kapel bagai ni. kan kan.

okeyh. tu cerita 11 tahun yang lepas. dipendekkan cerita, masa ak kat matrik kot. ak dapat taw yang sepupu ak ni dah kapel dengan XY. ohho. ak sangat terkezut. ekspresi muka ak sukar untuk digambarkan. ak pun tak taw bagaimana dan bila mereka mula kapel. sedar tak sedar, mereka dah kapel. dan sekarang sudah selamat bertunang. hanya tunggu masa untuk kawen je. insyaAllah, raya aidilfitri bulan 9 ni mereka akan kawen. yabedabedu. ooppss. ak pulak yang over. tehee. tumpang gembira untuk sepupu dan kawan ak.




soal jodoh semua di tangan tuhan. cuma tunggu masa dan keadaan je untuk pasangan sejoli tersebut berjumpa. dan dalam kes sepupu ak ni, ak la medium untuk mereka berjumpa. akhirnya, sepupu ak dah jumpa tulang rusuknya yang hilang. padahal, masa kecik lagi dia dah jumpa dengan tulang rusuk dia bila ak tolong perkenalkan. tapi mungkin sebab masih budak. masih belum kenal cinta sejati. mereka hanya taw cinta monyet~! tu yang kapel dengan monyet ni. eh silap. kapel dengan orang ni. kapel dengan orang tu.

akhirnya, mereka jumpa kembali pada waktu dan keadaan yang sesuai. dan perasaan tu hadir kerana Allah. dan insyaAllah mereka akan bersatu bulan 9 ni...


10 comments:

cik_paan said...

hang bila nak kawen?

buDAK keCIK said...

erk. ak kawen? calon pn tgh tercari-cari ni. ko ade calon x?? hee

mie said...

betul tu..
setiap insan akan terbit perasaan cinta

Raji berkata said...

wahhhh kcik btol dunia
pusing2 jer tros sepupu kau kawen dgn kawan kau ;D
jodoh Allah kan? :)

buDAK keCIK said...

mie: yup. perasaan cinta kpd tuhan, cinta kpd ibubapa, cinta kpd adik2, cinta kpd agama dsb...

raji: dunia mmg kecik. punye la merata kapel ngn org ni, ngn org tu. sekali dpt yg dekat je. hee

Mr. Swift said...

Alaamak geng blog pink ah. :0

buDAK keCIK said...

Mr. Swift: nape? ko anti ngn pink ke? maap la yek ak sgt teruja ngn pink. hehe

Khumaera Ismail said...

waa..jadi tukang cari jdh ea ikin? ;)

Fiq Vertigo said...

eh... abe haris ek?


ehhhh..jeles..

buDAK keCIK said...

k.maera: erk. tukang cri jodoh? ngeh3

fiq vertigo: tepat sekali laling~! kamu masih ingt kt beliau ek. cuma pmbetulan, bkn abe haris tp abe arih. hee