Saturday, January 1, 2011

~mesin masa@pintu suka hati?~

salam.

pejam celik. pejam celik. dah masuk tahun 2011...
nasib baik mata ak masih celik lepas pejam mata.
kalu pejam celik, pejam celik, pejam tak celik-celik. tak ke haru tu.
masih banyak pahala yang perlu ak tambah untuk memberatkan timbangan ak di padang mahsyar kelak.

bila dah bermula tahun baru, maknanya tahun kematian kita jugak dah semakin dekat.
dalam bergembira menyambut tahun baru dengan percikan bunga api bam bum bem...
TAPI kita harus ingat akan hari kematian kita yang bakal terjadi. mungkin esok, mungkin lusa.
sape taw kan... hanya Dia Yang Maha Berkuasa.
seperti digembar-gemburkan melalui media massa, pelakon yang telah membawa watak sebagai dani dalam cerita adam maya iaitu faizal yusuf telah pun meninggal dunia akibat serangan sakit jantung... al-Fatihah.


okie. segala nostalgia suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2010 wajib diketepikan.
perkara yang dah berlaku memang dah tak boleh diundur lagi.
melainkan jika kita guna "mesin masa" dan "pintu suka hati" doraemon...
tapi yang tu teramat mustahil untuk berlaku.

tapi siyes citer doraemon telah banyak mempengaruhi ak masa zaman hingusan dolu-dolu.
dah nama pun budak, senang untuk dipengaruhi.
kalu ak dah terbuat perkara yang salah, boleh pulak ak terfikir nak guna "mesin masa" atau "pintu suka hati" untuk mengubah keadaan. aiseh.
perkara ni amat bertentangan dengan qada' dan qadar.
bila dah tua bangka camni, baru ak sedar bahawa kehidupan di dunia ni hanya Dia yang berkuasa.
no "mesin masa". no "pintu suka hati".



ak malas nak citer azam tahun baru ak yang tinggi menggunung tuh. biarlah rahsia. cewahh. gagaga.
yang pasti, azam untuk merampas khairul fahmi daripada cik elia memang langsung tak akan wujud dalam azam baru ak okeyhh. ngee.


mungkin tahun ni ak boleh memberanikan diri untuk sarungkan cincin riben di jari ak.
ak bercita-cita untuk jadikan ia sebagai trend terbaru tahun ni. erk. tu pun azam ke??

10 comments:

Cik Akma said...

happy new yearr :)

letak riben kat jari, style baru hihi :D

ANATI SOKI said...

hapy new year!!! hehe..ckp pasal azam. anat nk smbung je azam anat tahun lepas. sb azam tahun lepas pun tak tercapai lg. muahaha

Heidi Shafiq said...

happy new year beb! :)

mie said...

uihh!!!
kenapa nak letak riben?
xserabut ke nanti

buDAK keCIK said...

cik akma: style yg plg gempak.wakaka

anati soki: bgs2. teruskan perjuangan anda.hehe

heidi shafiq: slmt gak weyh.

mie: x serabut kot.kan lbh stylo.kahkah

adrinaqamarina said...

haha teringin jugak nak sarung reben, t nak pegi beli la~

buDAK keCIK said...

adrinaqamarina: jom.kite g bli reben sama2.wahaha

hiro said...

nk satu cincin

buDAK keCIK said...

hiro: bley2...jom g kedai habib jewels.wahhaha

alfa_sh said...

terus pkai cincin la..lg senang.hehhee
dh x lm dh tu..
lps tu duduk 4,5 bln..ada orng masuk pinang..