Wednesday, January 12, 2011

~kalu dah janji melayu tu~

salam.

ak ni jenis orang yang sangat menepati masa. betul. siyes ak tak tipu. ak benci bila dengar perkataan " alah, janji melayu"...
sebab tu, ak kalu boleh tak nak kena tulah " janji melayu" tu.

sebagai contoh, masa field trip ke johor sem lepas.
budak-budak kos ak punya la happy-go-lucky janji dengan lecturer pukul 7.00 pagi tepat-tepat kena berkumpul kat bus stop depan library. ak memang dah berkobar-kobar sebelum tidur, nak bangun pukul 5.30 pagi.
TAPI ak terlajak tidur sampai pukul 6.30 pagi.
gilos ape nak bertolak pukul 7 pagi tapi pukul 6.30 pagi baru nak bukak mata.
tanpa berfikiran waras, ak sanggup berlari pergi ke bus stop depan library tu tepat pukul 7 pagi tanpa mandi~! ak sanggup weyh demi janji untuk dikotakan.
TAPI macam biasa la. janji melayu kite ni.
ko taw, pukul 8 lebih-lebih baru bertolak pergi johor disebabkan menunggu ketibaan sorang budak laki nih. nak je ak telan beliau hidup-hidup waktu tuh~! wadefakk.
kalo la ak taw camtu, awal-awal lagi ak amik masa untuk mandi sambil bernyanyi-nyanyi riang dalam shower. biar dorang tunggu ak kat bus stop tu sampai matahari dah tercegat elok je atas kepala dorang.



kalu ade blind date dengan saya, sila tepati masa anda. kalu tidak, anda akan saya telan hidup-hidup. ade berani??




tapi hari ni, ak telah terkena tulah "janji melayu" tu.
alkisahnya petang tadi ade briefing pasal latihan industri untuk budak-budak kos ak.
sepatotnya pukul 2.30 petang.
ak dah malas sebenarnya nak jadi budak on time ni.
alah, janji melayu~!
so, 2.30 tepat la ak baru nak gerak daripada kolej ak. 2. 30 tepat jugak kan. kehkeh.
tetiba kawan ak kol cakap lecturer dah nak start bagi briefing. erk??
untuk pengetahuan korang, jarak fakulti ak dengan kolej ak takde la jauh sangat pun.
tapi kalu dah tiap-tiap hari jalan tu, bisa membakar kalori jugak la kan.
sangat baik untuk kesihatan + takde transport sendiri. hee.
so, kami lebih senang untuk jalan kaki saje laa.

berdesup ak dengan kawan ak lari ala-ala clark kent. sila percaya.
then, kawan ak bagi cadangan supaya amek jalan short cut.
ak pun ikut je la walaupun ak taw jalan short cut tu telah menyebabkan sebilangan pelajar kehilangan maruah diri di situ~!
erk. kehilangan maruah diri? sebab?
kerana jalan short cut yang berbukit curam lagi licin itu telah menyebabkan mereka jatuh terguling-guling. kahkah.

tyme ak jalan kat situ, tetiba ak rasa ak pun bakal kehilangan maruah diri di situ.
ahha. tekaan ak sangat tepat~!
dengan comelnya ak jatuh terduduk je di tebing bukit yang curam. takde la sampai terguling-guling.
dan kawan ak sangat la baik.
sebab beliau dengan pantas menghulurkan pertolongannya dengan hilai tawa yang tiada penamatnya. sangat caring...
nasib baik jalan kat situ tak ramai yang guna.
so, ak bangun dengan slumber je la.
bila ak jalan kat depan sikit, tetiba ak dengar ade orang panggil.
erk. ade orang nampak ke tadi? dush dush.
ak buat donno je sambil menonong meneruskan perjalanan ak.

moral of the story, ak memang tak nak mengamalkan konsep janji melayu tu~!
SAY NO TO JANJI MELAYU~!




13 comments:

Fiq Vertigo said...

kak kin jatuh ke?

ekekekkekekkee siannyew dierr...

ehem! gambo tu letak sebab nk pomot diri kan kan kan kan??!!

eleh!

Fiq Vertigo said...

kak kin jatuh ke?

ekekekkekekkee siannyew dierr...

ehem! gambo tu letak sebab nk pomot diri kan kan kan kan??!!

eleh!

buDAK keCIK said...

erk pomot diri? ekeke

sbnrnya, saje je letak gmbr tu sbb tyme tu k.kin tgh bengang kna tegur ngn salesgurl kt situ, no camera2.

sbb tu la senyum cam trpaksa. ngee

konon x mrh, tp dlm hati cam nk meletup~!

cik_paan said...

kahkahkahkahakakahakah..
kem salam kat kwn ko yg jd tukang gelak tu, mesti comey budaknye,,
hahhahahahhahhahahha

Bijen M. said...

Seb bek ada CCTV situ.
Boleh juga gua ushar balik.

buDAK keCIK said...

cik paan: owh. pas2 kan, tyme lecture td ak dgr perut kwn ak yg baik hati + comel tuh berbunyi2. kahkah

Bijen M.: erk. cctv?? nape lu x sebar dlm youtube teros? femes sket ak nnti. ekeke

hans said...

owh
den kalau janji melayu memang awal 30 minit

Jom Baca Kisah Aksi Wheelie Terbaik Di Hadapan Lampu Isyarat Pintu Pagar Belakang Uitm Sebentar Tadi! Hahahahaha!

mie said...

patut la bau semacam je masa tu
hehehee

buDAK keCIK said...

hans: a'ah. ak pn kalu dh jnji tu, mmg 30 minit lg ak dh ready kot.

mie: oit. sblm tido ak dh mndi okeyh. sbb tu bgn dri tidur je ase dh cukup wangi. ngeh3

ANATI SOKI said...

kalau dah jnji melayu... hehehe. jnaji pkul1. pukul1.30 tak tentu smpai lg. heheheh

hans said...

hahaha
tu la pasal
tapi lepas tu aku kena tunggu diorang
malas betul tunggu orang

P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan

dayu_myself said...

laaaa....shekeen jtuh ke????cian die...hiihihih.....xpe2...psni kene lompat tnggi2 ckit...hehe

Raji berkata said...

time really envy us ;D
aah la ak pun xsuka juga kita dikonsepkan begitu
segan oh segan...
kita pun punctual juga
(sebenarnya)

ps: xpe2 kalau org nmpk kau jatuh pun xde org yg bani ckp dpn2 kan?
huahua