Wednesday, January 19, 2011

~jogging ketawa~

salam.

seperti biasa, lepas abes kelas TDR pagi tadi, kami akan gerak ramai-ramai pergi kafe untuk makan.
kan kami hidup untuk makan. bukan makan untuk hidup. erk??
kadang-kadang rasa cam pergi kuliah semata-mata untuk makan. bukan untuk menadah telinga dengar lecturer bam bum bam boom, blabla... haish~!


bila dah berkumpul ramai-ramai kat kafe tu, paham-paham je la.
dah jadi cam warung kak yah.
sambil makan, sambil borak. ade jugak la selitkan gosip-gosip sikit. sikit je. tak banyak pun. hee.
tapi kalu ak tak bergosip untuk satu hari pun, ak mampu untuk hidup lagi. percayalah...

bila dah semua mulut nak prang pung pang, mula la terkeluar lawak antarabangsa.
setengah jam kami dok ketawa sampai perut rasa senak.
nasib baik ak tak ketawa sampai terguling-guling kat situ. nanti jadi free show pulak. ke guane?




fakta ketawa:

  1. ketawa selama 10-15 minit mampu untuk membakar kalori. ini bermakna, ketawa juga mampu untuk mengurangkan berat badan. yeay~!
  2. ketawa juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  3. perasan tak kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding dengan orang dewasa. gila ko kalu ak yang dah tua bangka ni (sedar diri) tetiba nak ketawa berdekah-dekah sampai terguling-guling ke tanah. buang tabiat ape?
  4. bayi tidak ketawa hingga mereka berusia 3 bulan. ape perasaan korang kalu tetiba baby yang baru lahir dah join kita ketawa sekali??
  5. senyum dan ketawa merupakan stress yang baik~!
  6. ketawa merupakan senaman yang baik kerana membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki, dan otot belakang badan.
  7. ketawa juga merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman... erk. jogging?

wah~! berita baik untuk ak yang memang malas untuk jogging.
mungkin petang ni ak boleh cuba untuk ketawa berdekah-dekah di tepi tasik varsiti selama setengah jam ke? kan kan.

ape kelas dok jogging pusing keliling tasik varsiti tu?
ak yang dok ketawa berdekah-dekah kat tepi tasik tu pun boleh bakar kalori okeyh...


6 comments:

NOOR FATIN said...

yeay! nak gelak banyak2! ehhehe

mie said...

ketawa itu adalah senaman muka..
ehehee

cik_paan said...

habis semua yang aku belajar kat TDR semalam keluar dr kepala

Bijen M. said...

Hue hue hue. (Gelak sopan)

buDAK keCIK said...

jom gelak sama2. bhhahhhahaha tp bijen gelak lg sopan. mcm lelaki melayu terakhir. ohho

Raji berkata said...

aku nk control ketawa aku
baru nmpk sopan dan ayu
ad xistilah cmtu utk lelaki? ;D