Tuesday, January 4, 2011

~cucu yg dahagakan kasih sayang seorang nenek~

salam.

daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

sekitar pukul 8 pagi, nenek ak telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
al-Fatihah...

ketika itu, beliau ingin pergi ke tandas.
namun, hajat beliau tidak kesampaian apabila beliau telah terjatuh dan terus meninggal tanpa sempat menerima rawatan doktor.
sungguh senang beliau meninggalkan dunia tanpa perlu menderita kesakitan bertahun-tahun lamanya seperti yang dialami oleh orang tua yang lain.

secara jujurnya, ak tidak begitu rapat dengan arwah nenek ak yang sorang ni...
sebab?
kerana mak ak telah dibela oleh adik kepada arwah nenek ak sejak dari kecil lagi.
jadi, ak amat rapat dengan adik arwah nenek ak.
walaupun, adik arwah nenek ak telah meninggal dunia sejak 6 tahun yang lepas namun ak masih merindui beliau kerana kehangatan kasih sayang yang dibajainya kepada kami masih lagi terasa. masih...

walaupun ak tidak begitu rapat dengan beliau, namun kehilangan beliau tetap meninggalkan kesan dalam diri ak.
sebab?
kerana beliau satu-satunya nenek yang ak masih ade.
kerana beliau satu-satunya nenek yang ak boleh bermanja-manjaan.
kerana beliau satu-satunya orang tua yang terlebih dulu makan garam daripada kami, yang boleh memberi nasihat berguna kepada kami.



ak redha dengan pemergian beliau.
kerana ak tahu ak juga bakal menuruti beliau. yang merupakan calon seterusnya yang bakal kembali kepada Allah. siapa tahu??
kematian tidak pernah peduli pasal usia kita.
golongan muda, golongan tua pasti akan kembali kepada Allah.
tidak hari ni, mungkin hari esok.
tidak esok, mungkin lusa.
tidak lusa, mungkin hari seterusnya.
persoalannya:
sempatkah kita menghabiskan sisa hidup kita pada tahun 2011 ini?
masihkah ade peluang untuk kita menebus dosa-dosa yang lama sebelum pergi menghadap Ilahi?


12 comments:

adrinaqamarina said...

mudahnya kan?

kalau ALLAH nak tarik nyawa kte, anytime je.

pa pe pon kena sedia setiap saat la.

takziah buat kamu sekeluarga :)

cik_paan said...

inalillah...

bila2 masa je kita boleh pergi

buDAK keCIK said...

adrinaqamarina: kita kna sntiasa ingt akan kematian kite yg bakal berlaku x lama lg...terima kasih...

cik paan: kalu x rini, mgkin esok.sape taw kan??

ASaDa RyutaRo said...

innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..

semoga nenek kamu d tempatkan di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah SWT.

sama-sama beringat.. perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati. :)

Seri said...

salam takziah dari Seri. semoga terus tabah

mie said...

salam takziah...
alfatihah...

buDAK keCIK said...

terima kasih kawan2...

Bijen M. said...

Takziah.
Mereka sudah pergi.
Turn kita bila lagi?

ANATI SOKI said...

takziah... alftihah buat beliau.. allah lebih sygkan beliau :)

Raji berkata said...

innalillah..
teringt kt nenek arwah nenek aku juga owh..
sekarang pun dh xde nenek lagi T.T
semoga mereka ditempatkan dikalangan golongan yg beriman amin..

Fiq said...

triple for yu (arwah che', tok mek and tok nab) and twice for me..

at some point we're gonna lost em all..

al fatihah buat mereka tersayang dari makam Husin,cucunda nabi Muhammad. i prayed for them at the makam.

hug and kisses for u my dear..

buDAK keCIK said...

fiq: thanx my dear~! thanx a lotz...