Tuesday, January 18, 2011

~ak rindu beliau!~

salam.

petang 18/1/2007, ak baru balik dari lab kerana sedang menyiapkan eksperimen tunas saintis ak. seperti biasa, bila ak sampai kat dorm, ak terus bukak loker dan hidupkan handset.
maklum la, orang bawak handset secara haram ke hostel, kena pandai cover.

tetiba, ak dapat berbelas-belas missed call daripada mak ak.
ak mula rasa tak sedap hati.
tak sampai lima minit ak hidupkan handset, sekali lagi mak ak call.
"che dah tenat!"
ak terpempan.



2.30 petang, 5/1/2007

"ikin, jange la balik lagi. teman che kat sini dulu deh"

"tapi che, ikin tok kemah baghe lagi nih. esok nok g mrsm doh" -(ikin tak kemas barang lagi ni. esok dah nak balik mrsm.)

dan ak tengok che senyum je...
sebelum ak balik, ak peluk cium che ketat-ketat.

ak sangat rapat dengan che bila ak mula jaga che selepas ak habis PMR.
che dah tak larat nak jalan disebabkan lututnya tak dapat nak menampung badannya yang besar.
so, ak la yang mandikan che, tolong che amek wudhu, basuh berak kencing che.
tapi ak tak pernah rasa terbeban sebab ak sangat sayang che~!

ak masih ingat, che sangat suka tengok citer sembilu bersiri tu, lakonan hetty sarlene dan zed zaidi. langsung tak pernah miss.
terpaksa la ak ngadap citer sembilu tu gak. dah la ak tak berapa nak ngam dengan citer jiwang cam sembilu tu. hee. lawak je che ni.


18/1/2007

waktu maghrib, che telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah hampir seminggu berada di hospital kerana keadaan jantungnya yang lemah. che dijangka akan menjalani pembedahan untuk menukar pacemarker supaya dapat initiate degupan jantungnya seperti sedia kala.

tapi Allah lebih sayangkan che...
kita datang daripada Allah, dan kita kembali kepada Allah jua...



sekarang baru ak mengerti makna senyuman che yang terakhir pada petang 5/1/2007...
petanda senyuman yang terakhir. salam yang terakhir.

semoga arwah che ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin.
al-Fatihah...


7 comments:

cik_paan said...

ni opah hang yang muka cam kita nye lecturer ke???

buDAK keCIK said...

x. bkn nenek ak yg ni. nenek ak yg lg sorang...

alfa_sh said...

terasa rindu dkt nenek di kmpng..
kak hawa x sbr nk blik umh nk jmpa dia.
selalu call..
and bila nk blik...

mie said...

alfatihah!!
setiap yang datang..
pati akan pergi..

Raji berkata said...

innalillah terharu nyer ak baca T.T

Fiq Vertigo said...

takde gamba digital tok mek.



hurmmmmmmmmmmmmm

buDAK keCIK said...

fiq vertigo: masa tu bkn zmn kamera digital lg kan?? sedeyh. kalu x, dh ade gmbr arwah tok mek~!