Friday, January 28, 2011

~pagi yang sangat menawan~

salam.

pagi jumaat yang kalut.
baru je pikir nak rilek-rilek. nak bangun lambat. mentang-mentang lab cancel. pastu malam ni nak balik kan. yeay. malam ni balik~!

TAPI ak bangun pagi malas-malas sebab nak print resume, nak print surat YB. ye surat YB.
ak balik bukan dok goyang kaki kat rumah sambil menambahkan lemak yang sedia ada.
ak balik dengan visi dan misi yang perlu dilaksanakan.
cehh. ayat sangat palsu. kehkeh.
tapi ak siyes la. ak balik ni kena jumpa YB atas urusan pesta pantun bestari yang bakal berlangsung pada bulan Mac bertempat di Dewan Tunku Cancelor UM.
lagi sekali ak promote pesta pantun bestari okeyh.





dan alhamdulillah. surat latihan industri + resume sudah selamat sampai di tangan lecturer ak pagi tadi.
lulus ke tak lulus, tu lain cerita la pulak kan.

yang pasti, ak dah selesaikan resume bagai tuh.
tinggal nak jumpa YB je bila balik kelate.
harap semuanya berjalan lancar. insyaAllah.

bas malam ni pukul 9.30 malam...
tak pernah-pernah ak naik bas cepat ekspres.
gara-gara tiket bas feveret ak dah habis.
makanya, ak rembat je la segala tiket bas yang ada kat depan mata ak. ngeh3.

erk. bas cepat ekspres? cepat sangat ke bas tuh? sampai diekspreskan.
macam menakutkan je.


Wednesday, January 26, 2011

~erk. jual air mani?~

salam.

okeyh. tajuk entry kali ni bakal mencetuskan kontroversi. wahaha.
jual air mani? apekah?
oit2. ni air mani binatang okeyh.
ak ulang, AIR MANI BINATANG~! bukan manusia punya.


sem ni ak ade amek subjek animal biotech.
kami diajar pasal artificial insemination (AI) of animal. NOT for human.
nama pun ANIMAL BIOTECHNOLOGY.
ia merangkumi cara-cara untuk mendapatkan air mani daripada baka yang boleh menghasilkan trait yang baik.
contohnya macam lembu yang besar gedabak ni. siyes besar giler lembu nih.
saiznya amat luar biasa daripada lembu-lembu yang biasa kita tengok kat kampung kita.


sebab?
kerana baka ini datang dari luar negara.
so, kalu kita nak baka lembu yang besar gedabak macam ni, kita boleh beli je air mani lembu ni daripada sana.
tak perlu nak susah-susah import lembu besar gedabak ni datang malaysia. kan kan.
lagi mudah.

bila dah dapat beli air mani tu, kita senyawakan je la air mani tu dengan telur daripada lembu malaysia.
bila dah jadi embryo, kita transfer embryo tu ke badan ibu tumpang atau lebih dikenali sebagai surrogate mother.
maaflah. ak ni dari tingkatan satu sampai sekarang belajar bio in english okeyh.
first batch kot yang belajar science & math in english.
so, agak janggal nak guna perkataan ibu tumpang tu. aigoo.

dan kami juga diajar cara-cara untuk mengumpul air mani.
cara yang paling ak ingat ialah dengan menggunakan sponge bob. eh silap. guna sponge.
cara ni paling terkesan di hati ak. cewahh.
sebab?
kerana bila kita dah dapat air mani tu, kita kena absorb air mani dengan sponge.
lepas tu, kita kena perah sponge tu untuk dapatkan air mani tersebut.
erk. lepas ni, tiap-tiap hari ak kena makan nasi dengan sudu garpu. geli weyh~!
tapi cara ni merupakan cara lama dan yang paling tak sesuai.
sebab?
kerana bila kita perah sponge tu sekuat hati, konpem la sperm-sperm yang lincah itu akan mati.

tapi zaman sekarang dah makin advance.
ade yang guna elektrik je untuk stimulate binatang tu keluarkan air mani.
tapi kita kena guna voltan yang rendah je la, around 30 volts.
kalu guna voltan yang tinggi, konpem la air mani pun tak dapat.
ye la, kalu binatang tu mati, camne nak dapatkan bekalan air mani. ye dok??

sebenarnya ade banyak lagi cara. tapi.................


cam segan je nak cakap lebih-lebih.


kalu korang nak taw lebih-lebih, jom ikut ak masuk kelas animal biotechnology.
konpem korang teruja nak tadah telinga pasal lecture ni.
nak-nak yang lelaki...

Monday, January 24, 2011

~jangan terlalu puas dengan apa yang jadi milik kita sekarang~

salam.

2006:

pakwe adik ak: akak, percaya la. hubungan kami akan kekal hingga ke jinjang pelamin. nanti kalu saya dah kawen dengan adik akak, akak nak ape? kalu akak nak kereta BMW pun saya boleh bagi.

ak: what the......... ko ingat ko tu tuhan ke ape? sesuka hati ko je nak tentukan jodoh ko! sori la. ak tak percaya dengan cinta monyet korang. cinta monyet tak ke mana pun. bila korang dah keluar daripada dunia persekolahan korang, macam-macam jenis orang yang korang akan jumpa. percaya la. lagipun, ak tengok cinta ko tu hanya berdasarkan nafsu semata-mata. maklum la, adik ak kan cun. cuba ko tengok muka dia edisi tua nanti, konpem ko lari!! pehlish la. korang tu budak lagi. PMS taw??






2011:

mereka sudah menginjak dewasa.
tamat sekolah, mereka sudah membawa haluan masing-masing.

si lelaki dah selamat diijabkabulkan. tapi bukan dengan adik ak.
adik ak? dia bahagia dengan dunia dia sendiri. yang pasti, dia dah jumpa dengan yang lain.
haish adik ak ni. tak pernah putus dari cinta sang kumbang.
oit, pastikan ak kawen dulu okeyh. ngee.

dan ak? ak semakin dewasa dengan pengalaman diri dan pengalaman orang sekeliling ak.
walau kita dah kenal dengan si dia beribu tahun sekali pun, tapi si dia tidak semestinya akan sah jadi milik kita.
kita hanya mampu merancang, tapi segala-segalanya ketentuan Ilahi.
so, perhatian kepada mereka-mereka yang sedang ralit dibuai perasaan cinta yang masih tidak sah, korang harus bersedia dengan perpisahan yang tidak dijangka. jika itu bukan jodoh korang...

erk. asal ak asyik cerita pasal cinta ni?
ada apa dengan cinta??


Saturday, January 22, 2011

~perasaan cinta hadir dengan izin Allah~

salam.

sepupu: semua dah besar-besar. tinggi-tinggi pulak tu. tapi ko, ak tengok dari kecik sampai
besar, kecik tu je la. asal ko kecik weyh? wakakak.

ak: alhamdulillah. ak bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan badan yang kecik. nanti
boleh la berlagak muda. tak macam ko. badan besar macam kingkong~! usia muda lagi tapi dah macam bapak orang~! kahkah.


dia jeles la tu sebab ak awet muda (erk?). tapi dia dah macam bapak budak okeyh. ngee. tapi dia lelaki. kalu badan macam kingkong pun, masih laku lagi kot. dia pun dah bertunang. tunang dia tu kawan ak.

masa kecik-kecik dulu, ak memang kamceng la dengan sepupu ak sorang ni. mungkin sebab umur kami yang hampir sebaya. pastu, dia takde adik perempuan. ak la yang selalu jadi mangsa buli dia. hampes. dipendekkan cerita, ak ada kenal dengan sorang budak perempuan ni, nama dia XY. tetiba ak rasa XY ni macam sesuai je dengan sepupu ak tu. so, ak pun saje la kenalkan sepupu ak ni dengan XY. sepupu ak pulak bajet malu-malu kucing. padahal perangai dia... nauzubillah. susah untuk ditafsirkan. pendek kata, sangat nakal~!

tapi bila umur dah makin meningkat dari tahun ke tahun, masing-masing sibuk dengan dunia belajar. ak pulak masuk hostel. hubungan kami makin renggang. tapi, ada la jugak ak dengar cerita XY kapel dengan orang tu. pastu putus, kapel dengan orang ni pulak. pergh. senang gila dia dapat pakwe. macam jual beli baju. tapi betul la kot orang kata sekali dah kapel, bila dah putus mesti rasa sunyi. pastu, mula la menggatal dok cari yang lain. erk. ye ke? dunno. konklusinya, single lebih baik dari kapel-kapel bagai ni. kan kan.

okeyh. tu cerita 11 tahun yang lepas. dipendekkan cerita, masa ak kat matrik kot. ak dapat taw yang sepupu ak ni dah kapel dengan XY. ohho. ak sangat terkezut. ekspresi muka ak sukar untuk digambarkan. ak pun tak taw bagaimana dan bila mereka mula kapel. sedar tak sedar, mereka dah kapel. dan sekarang sudah selamat bertunang. hanya tunggu masa untuk kawen je. insyaAllah, raya aidilfitri bulan 9 ni mereka akan kawen. yabedabedu. ooppss. ak pulak yang over. tehee. tumpang gembira untuk sepupu dan kawan ak.




soal jodoh semua di tangan tuhan. cuma tunggu masa dan keadaan je untuk pasangan sejoli tersebut berjumpa. dan dalam kes sepupu ak ni, ak la medium untuk mereka berjumpa. akhirnya, sepupu ak dah jumpa tulang rusuknya yang hilang. padahal, masa kecik lagi dia dah jumpa dengan tulang rusuk dia bila ak tolong perkenalkan. tapi mungkin sebab masih budak. masih belum kenal cinta sejati. mereka hanya taw cinta monyet~! tu yang kapel dengan monyet ni. eh silap. kapel dengan orang ni. kapel dengan orang tu.

akhirnya, mereka jumpa kembali pada waktu dan keadaan yang sesuai. dan perasaan tu hadir kerana Allah. dan insyaAllah mereka akan bersatu bulan 9 ni...


Thursday, January 20, 2011

~cubaan meraba bra~

salam.

pada suatu petang yang tenang, ak berjalan balik ke kolej dengan kawan-kawan ak lepas tamat kelas biochemistry.
macam biasa la, tyme petang-petang cenggitu mesti ramai yang jogging.
kami berjalan dengan penuh riang-ria kerana boleh cuci mata sikit-sikit.
ape? ingat lelaki je ke yang boleh cuci mata? kami pun boleh laa der. apedehal??

pastu, bila sampai kat satu simpang tu, kawan-kawan ak yang lain dah jalan sampai ke depan.
ak je la yang terkedek sorang-sorang kat belakang.
sebab khusyuk reply mesej kawan ak.

tetiba, ak rasa ada orang sentuh bra ak~!
ak tergamam.
ak terpaku.

kurang ajar punya lahanat~!
sepantas kilat ak pusing sambil mengingati teknik tae-kwon-do yang telah ak pelajari 7 tahun lepas. erk.

TAPI langsung takde kelibat orang mahupun bayang.
pelik.
ajaib.
sape yang berani pegang bra ak tadi?

bila ak pusing ke depan semula, sekali lagi ak rasa bra ak disentuh.
sekali lagi ak pusing.
kosong. pandangan ak tetap tak nampak kelibat orang di belakang ak.


cepat-cepat ak pusing ke depan semula dan berlari mendapatkan kawan ak.
lepas tu, baru ak perasan...



rupanya goody bag yang ak sangkut kat bahu kanan ak ni yang gatal tersentuh bra ak.
ak baru sedar, hari tu ak pakai goody bag je sebab kelas ak ade 2 je.
ak malas nak pakai beg kuliah yang selalu ak guna. hee.



nasib baik ak tak cepat panik~!
kalu tak, maunya ak jerit kat tepi jalan tu: TOLONG. PEROGOL BERSIRI.


Wednesday, January 19, 2011

~jogging ketawa~

salam.

seperti biasa, lepas abes kelas TDR pagi tadi, kami akan gerak ramai-ramai pergi kafe untuk makan.
kan kami hidup untuk makan. bukan makan untuk hidup. erk??
kadang-kadang rasa cam pergi kuliah semata-mata untuk makan. bukan untuk menadah telinga dengar lecturer bam bum bam boom, blabla... haish~!


bila dah berkumpul ramai-ramai kat kafe tu, paham-paham je la.
dah jadi cam warung kak yah.
sambil makan, sambil borak. ade jugak la selitkan gosip-gosip sikit. sikit je. tak banyak pun. hee.
tapi kalu ak tak bergosip untuk satu hari pun, ak mampu untuk hidup lagi. percayalah...

bila dah semua mulut nak prang pung pang, mula la terkeluar lawak antarabangsa.
setengah jam kami dok ketawa sampai perut rasa senak.
nasib baik ak tak ketawa sampai terguling-guling kat situ. nanti jadi free show pulak. ke guane?




fakta ketawa:

  1. ketawa selama 10-15 minit mampu untuk membakar kalori. ini bermakna, ketawa juga mampu untuk mengurangkan berat badan. yeay~!
  2. ketawa juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  3. perasan tak kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding dengan orang dewasa. gila ko kalu ak yang dah tua bangka ni (sedar diri) tetiba nak ketawa berdekah-dekah sampai terguling-guling ke tanah. buang tabiat ape?
  4. bayi tidak ketawa hingga mereka berusia 3 bulan. ape perasaan korang kalu tetiba baby yang baru lahir dah join kita ketawa sekali??
  5. senyum dan ketawa merupakan stress yang baik~!
  6. ketawa merupakan senaman yang baik kerana membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki, dan otot belakang badan.
  7. ketawa juga merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman... erk. jogging?

wah~! berita baik untuk ak yang memang malas untuk jogging.
mungkin petang ni ak boleh cuba untuk ketawa berdekah-dekah di tepi tasik varsiti selama setengah jam ke? kan kan.

ape kelas dok jogging pusing keliling tasik varsiti tu?
ak yang dok ketawa berdekah-dekah kat tepi tasik tu pun boleh bakar kalori okeyh...


Tuesday, January 18, 2011

~ak rindu beliau!~

salam.

petang 18/1/2007, ak baru balik dari lab kerana sedang menyiapkan eksperimen tunas saintis ak. seperti biasa, bila ak sampai kat dorm, ak terus bukak loker dan hidupkan handset.
maklum la, orang bawak handset secara haram ke hostel, kena pandai cover.

tetiba, ak dapat berbelas-belas missed call daripada mak ak.
ak mula rasa tak sedap hati.
tak sampai lima minit ak hidupkan handset, sekali lagi mak ak call.
"che dah tenat!"
ak terpempan.



2.30 petang, 5/1/2007

"ikin, jange la balik lagi. teman che kat sini dulu deh"

"tapi che, ikin tok kemah baghe lagi nih. esok nok g mrsm doh" -(ikin tak kemas barang lagi ni. esok dah nak balik mrsm.)

dan ak tengok che senyum je...
sebelum ak balik, ak peluk cium che ketat-ketat.

ak sangat rapat dengan che bila ak mula jaga che selepas ak habis PMR.
che dah tak larat nak jalan disebabkan lututnya tak dapat nak menampung badannya yang besar.
so, ak la yang mandikan che, tolong che amek wudhu, basuh berak kencing che.
tapi ak tak pernah rasa terbeban sebab ak sangat sayang che~!

ak masih ingat, che sangat suka tengok citer sembilu bersiri tu, lakonan hetty sarlene dan zed zaidi. langsung tak pernah miss.
terpaksa la ak ngadap citer sembilu tu gak. dah la ak tak berapa nak ngam dengan citer jiwang cam sembilu tu. hee. lawak je che ni.


18/1/2007

waktu maghrib, che telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah hampir seminggu berada di hospital kerana keadaan jantungnya yang lemah. che dijangka akan menjalani pembedahan untuk menukar pacemarker supaya dapat initiate degupan jantungnya seperti sedia kala.

tapi Allah lebih sayangkan che...
kita datang daripada Allah, dan kita kembali kepada Allah jua...



sekarang baru ak mengerti makna senyuman che yang terakhir pada petang 5/1/2007...
petanda senyuman yang terakhir. salam yang terakhir.

semoga arwah che ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin.
al-Fatihah...


Saturday, January 15, 2011

~perokok tegar&ibu mengandung~

salam.


ak teringin untuk berkongsi sebuah kajian yang telah dilakukan oleh seorang housemanship yang bertajuk "MENGAPA YAHUDI BIJAK??"

kita mulakan dengan persiapan awal untuk melahirkan zuriat. di Israel, bila sang ibu tahu bahawa dirinya mengandung, si ibu akan cuba untuk menyanyi dan bermain piano. dan si ibu dan si bapa juga akan cuba untuk menyelesaikan soalan matematik. mengapa? hal ini adalah untuk membantu perkembangan otak baby yang masih dalam kandungan supaya baby tersebut akan jadi seorang genius pada suatu hari kelak. kalu orang kita, mungkin sebaik sahaja si ibu tahu dirinya pregnant, cepat-cepat pergi ushar baju baby kat shopping kompleks. ape ade hal?

dan mereka juga mengamalkan kacang badam, kurma, dan susu sejak di peringkat awal mengandung. dan juga pengambilan pil minyak ikan sudah seperti kewajipan untuk para ibu yang mengandung di israel. seperti kita ketahui, minyak ikan sangat membantu untuk perkembangan otak manusia. so, ia amat berguna untuk sang baby yang masih dalam kandungan kerana organ baby akan berkembang di peringkat fetus. so, bakal ibu dan bakal bapa sekalian, sila ambil perhatian ea. dan perhatian juga kepada para ibu yang sedang mengandung anak luar nikah, sila jaga baby anda sejak dalam kandungan lagi. baby anda tidak bersalah. tapi korang yang bersalah kerana terlampau mengikut hawa nafsu tanpa sempadan. diharap anak-anak Malaysia pun akan jadi lebih bijak daripada Yahudi~! amin.


berkenaan menu makan mereka, biasanya hidangan daging tidak akan ada bersama dengan hidangan ikan. menurut mereka, daging dan ikan tak elok dimakan bersama. seperti kita ketahui, Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah makan daging dan ikan secara bersama. menurut pakar pemakanan juga, kombinasi ikan dan daging adalah kurang baik. orang Yahudi pun tahu mengenai amalan Rasulullah s.a.w. dan turut mengamalkan cara pemakanan baginda. TAPI kita sebagai orang Islam??

seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan hidangan utama. menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, hal ini akan menyebabkan rasa mengantuk, lemah dan payah untuk menerima ilmu di sekolah. seperti kita ketahui baginda juga mengamalkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang berat. sebenarnya setiap amalan pemakanan baginda ada kebaikan untuk badan manusia.

dan berkenaan dengan rokok. jangan sesekali korang merokok dalam rumah orang Yahudi. kalu korang cuba-cuba untuk merokok dalam rumah mereka, tanpa segan silu mereka akan menghalau korang supaya merokok di luar rumah mereka. menurut saintis di Universiti Israel, penyelidikan mereka telah membuktikan bahawa nikotin akan merosakkan sel utama pada sel otak dan nikotin juga akan melekat pada gene. maknanya, perokok tegar ini bakal melahirkan generasi yang cacat otak a.k.a BODOH. tapi yang peliknya pengeluar rokok terbesar adalah dalam kalangan orang Yahudi juga. memang terang lagi bersuluh dengan cahaya dari torchlight bahawa mereka memang SENGAJA nak bangsa yang selain daripada bangsa mereka JADI BODOH. mengapa? supaya mudah untuk mereka menguasai dunia ini~! tapi kita yang bahlul + bangang sebab pergi beli rokok sampai berkartun-kartun. konon nampak macho sikit bila sedut rokok depan aweks-aweks. orang kita...

kesimpulannya, ak ase tak susah pun untuk melahirkan generasi yang bijak pandai.
perkara pertama yang harus dititik beratkan ialah penjagaan baby di awal kandungan.
dan yang paling penting, pilih pasangan hidup yang tidak merokok. jika teringin sangat nak generasi yang bodoh, anda dinasihatkan untuk sedut asap rokok sampai bibir berkilat kehitaman okeyh.

pesanan untuk perokok tegar: jangan salahkan anak korang jika mereka bodoh. tapi tepuk dada anda yang bidang tu, tanyalah selera anda...


Friday, January 14, 2011

~nak main gitar boleh?~

salam.

hari ni, kelas ak abes pukul 8 malam. kelas caklempong~!
yeay. ak sangat suka kelas ni sebab tak memberatkan otak ak.
kami hanya perlu main ketuk-ketuk je.
di samping, lecturer yang sangat hensem dan muda. phewwwiiitt.
makin la bertambah semangat untuk ak pergi kelas ni. wakakak.

ak baru nak berjinak-jinak dengan caklempong okeyh.
tapi ak lagi suka kalu dapat main gitar weyh.


ade sesiapa yang sudi nak ajar ak main gitar tak??


Wednesday, January 12, 2011

~kalu dah janji melayu tu~

salam.

ak ni jenis orang yang sangat menepati masa. betul. siyes ak tak tipu. ak benci bila dengar perkataan " alah, janji melayu"...
sebab tu, ak kalu boleh tak nak kena tulah " janji melayu" tu.

sebagai contoh, masa field trip ke johor sem lepas.
budak-budak kos ak punya la happy-go-lucky janji dengan lecturer pukul 7.00 pagi tepat-tepat kena berkumpul kat bus stop depan library. ak memang dah berkobar-kobar sebelum tidur, nak bangun pukul 5.30 pagi.
TAPI ak terlajak tidur sampai pukul 6.30 pagi.
gilos ape nak bertolak pukul 7 pagi tapi pukul 6.30 pagi baru nak bukak mata.
tanpa berfikiran waras, ak sanggup berlari pergi ke bus stop depan library tu tepat pukul 7 pagi tanpa mandi~! ak sanggup weyh demi janji untuk dikotakan.
TAPI macam biasa la. janji melayu kite ni.
ko taw, pukul 8 lebih-lebih baru bertolak pergi johor disebabkan menunggu ketibaan sorang budak laki nih. nak je ak telan beliau hidup-hidup waktu tuh~! wadefakk.
kalo la ak taw camtu, awal-awal lagi ak amik masa untuk mandi sambil bernyanyi-nyanyi riang dalam shower. biar dorang tunggu ak kat bus stop tu sampai matahari dah tercegat elok je atas kepala dorang.



kalu ade blind date dengan saya, sila tepati masa anda. kalu tidak, anda akan saya telan hidup-hidup. ade berani??




tapi hari ni, ak telah terkena tulah "janji melayu" tu.
alkisahnya petang tadi ade briefing pasal latihan industri untuk budak-budak kos ak.
sepatotnya pukul 2.30 petang.
ak dah malas sebenarnya nak jadi budak on time ni.
alah, janji melayu~!
so, 2.30 tepat la ak baru nak gerak daripada kolej ak. 2. 30 tepat jugak kan. kehkeh.
tetiba kawan ak kol cakap lecturer dah nak start bagi briefing. erk??
untuk pengetahuan korang, jarak fakulti ak dengan kolej ak takde la jauh sangat pun.
tapi kalu dah tiap-tiap hari jalan tu, bisa membakar kalori jugak la kan.
sangat baik untuk kesihatan + takde transport sendiri. hee.
so, kami lebih senang untuk jalan kaki saje laa.

berdesup ak dengan kawan ak lari ala-ala clark kent. sila percaya.
then, kawan ak bagi cadangan supaya amek jalan short cut.
ak pun ikut je la walaupun ak taw jalan short cut tu telah menyebabkan sebilangan pelajar kehilangan maruah diri di situ~!
erk. kehilangan maruah diri? sebab?
kerana jalan short cut yang berbukit curam lagi licin itu telah menyebabkan mereka jatuh terguling-guling. kahkah.

tyme ak jalan kat situ, tetiba ak rasa ak pun bakal kehilangan maruah diri di situ.
ahha. tekaan ak sangat tepat~!
dengan comelnya ak jatuh terduduk je di tebing bukit yang curam. takde la sampai terguling-guling.
dan kawan ak sangat la baik.
sebab beliau dengan pantas menghulurkan pertolongannya dengan hilai tawa yang tiada penamatnya. sangat caring...
nasib baik jalan kat situ tak ramai yang guna.
so, ak bangun dengan slumber je la.
bila ak jalan kat depan sikit, tetiba ak dengar ade orang panggil.
erk. ade orang nampak ke tadi? dush dush.
ak buat donno je sambil menonong meneruskan perjalanan ak.

moral of the story, ak memang tak nak mengamalkan konsep janji melayu tu~!
SAY NO TO JANJI MELAYU~!




Monday, January 10, 2011

~ana rafali menang, ak sakit hati~

salam.

Tolong ingatkan ak
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi ak
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa...


ak tengah marah ni~!
memang betul la yang part "bila marah merasuk minda" tu.
memang minda ak kena rasuk.
weyh, mane kerongsang kesayangan ak nih??
ee, sakitnya hati ak~! geram giler~!
kelas pukul 8 pagi, tetiba brooch yang paling ak sayang hilang.
demm~!
terus hilang mood.
uwaaaaa. mane la pulak ak campak benda alah nih...


berpura-pura happy, tapi dalam hati takde taman pun





Saturday, January 8, 2011

~kesian bakal suami dia~

salam.

setelah kolej ak dengan rasminya menutup dewan makan, maka ak akan jadi pengunjung setia kafe untuk mengisi perut ak yang sentiasa kosong.

after maghrib tadi ak terus pergi beli makanan kerana perut ak sudah mula untuk berdangdut. okeyh. ak benci dangdut.

dalam dok tunggu makanan ak siap dimasak, ak dah terperasan ade geng-geng red lady di penjuru kafe. mereka melahap makanan sambil bergelak ketawa gedik-gedik. adoi. saje nak tarik perhatian ke cik kak?

usai makanan ak siap dibungkus, tanpa melengahkan masa ak terus menuju ke kaunter bayaran.
ye. ak tapau je.
tak kuasa ak nak lepaking kat kafe yang sentiasa penuh dengan kepulan asap rokok.
ak tengok asap rokok pun bangga je berlegar-legar di ruang udara sambil mencari mangsa untuk menyerang paru-paru.
ak masih sayangkan paru-paru ak~!

masa ak kat kaunter bayaran, ak terperasan geng-geng red lady tu pun ade kat situ.
lah, melayu rupanya. tapi gedik-gedik berlagak macam gaya omputih.
adeyh. pedih mata ak tengok pakaian mereka yang tersembul sana-sini.

ade sorang minah yang daripada geng-geng tu la jugak, pakai baju adik yang bertali halus.
dah la bertali halus, pakai bra kaler pink pulak tuh.
warna yang sangat terang-terangan untuk dilihat.
ak tengok abang yang jaga kaunter tu pun dah tersembul bijik mata menengoknya.
hampesz. kalu dah ade gene XY tu, memang syiok je tengok benda-benda alah camtu.
ye la. orang bagi free, kita tengok. kan kan...
ak tengok takde la gebu sangat kulit minah tuh. sawo matang je kot. parut pun belambak.
dengan parut BCG nya besar gedabak. ohho. sangat memalukan.
entah ape yang nak dibanggakan sangat dengan berpakaian cenggitu.
tetiba ak rasa takde selera nak makan.

kesian bakal suami dia.
semua orang dah tengok kulit bakal bininya yang tak berapa nak gebu ni.
semua orang dah taw parut-parut kat badan bakal bininya ni.

kesian bakal suami dia...


Wednesday, January 5, 2011

~perempuan akan kelihatan cantik bila...~

salam.

semester ni sekali lagi jumpe dengan dr.aida dan dr.K bila ak daftar subjek animal biotech. kalu semester lepas, mereka ajar kami animal breeding. mereka sangat sporting sebab mereka telah bawa kami pergi field trip ke johor, langkawi, perlis, dan perak. pergh dalam satu semester je, banyak tempat telah kami jejak.

dan untuk semester ni, dr.aida telah membuat perancangan untuk pergi ke gua musang, kota bharu, dan negeri sembilan. jalan lagi ek.
TAPI kami jalan sambil belajar okeyh. konon laa... ngee.

dalam dok khusyuk dr.aida dok berkongsi cerita masuk ladang kambing,
tetiba beliau teringat kisah kena kejar dengan kambing.
sebab??
kerana waktu tu beliau tengah period.
ape kaitannya?



okie. ak nak share benda baru yang ak taw dari lecturer ak nih.
perempuan akan kelihatan cantik bila mereka tengah period.
kan kita semua taw bahawa perempuan akan mengeluarkan banyak hormon waktu menstrual cycle contohnya estrogen dan progestron.
so, disebabkan hormon-hormon ni, kaum hawa akan kelihatan sangat menarik di mata kaum adam termasuk la kambing jantan. ohho.
oleh sebab itu, kambing tersebut telah mengejar dr.aida.
konon kambing tu ingat dr.aida adalah pasangan yang sesuai untuk mengawan. OMG.


walaupun ak budak bio tapi ak tak pernah taw la pulak yang kaum perempuan akan kelihatan menawan bila tengah period. ini adelah fakta baru... hee.

baru ak taw kenapa kambing-kambing asyik dok kenyit mata kat ak waktu ak pergi ladang kambing tahun lepas.
nasib baik kambing-kambing tu dikurung dalam kandang.
rupanya ade tarikan pada diri ak waktu tu ea.
aiyyyooo. ak bukan pasangan mengawan ko la kambing.
haila...

Tuesday, January 4, 2011

~cucu yg dahagakan kasih sayang seorang nenek~

salam.

daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

sekitar pukul 8 pagi, nenek ak telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
al-Fatihah...

ketika itu, beliau ingin pergi ke tandas.
namun, hajat beliau tidak kesampaian apabila beliau telah terjatuh dan terus meninggal tanpa sempat menerima rawatan doktor.
sungguh senang beliau meninggalkan dunia tanpa perlu menderita kesakitan bertahun-tahun lamanya seperti yang dialami oleh orang tua yang lain.

secara jujurnya, ak tidak begitu rapat dengan arwah nenek ak yang sorang ni...
sebab?
kerana mak ak telah dibela oleh adik kepada arwah nenek ak sejak dari kecil lagi.
jadi, ak amat rapat dengan adik arwah nenek ak.
walaupun, adik arwah nenek ak telah meninggal dunia sejak 6 tahun yang lepas namun ak masih merindui beliau kerana kehangatan kasih sayang yang dibajainya kepada kami masih lagi terasa. masih...

walaupun ak tidak begitu rapat dengan beliau, namun kehilangan beliau tetap meninggalkan kesan dalam diri ak.
sebab?
kerana beliau satu-satunya nenek yang ak masih ade.
kerana beliau satu-satunya nenek yang ak boleh bermanja-manjaan.
kerana beliau satu-satunya orang tua yang terlebih dulu makan garam daripada kami, yang boleh memberi nasihat berguna kepada kami.



ak redha dengan pemergian beliau.
kerana ak tahu ak juga bakal menuruti beliau. yang merupakan calon seterusnya yang bakal kembali kepada Allah. siapa tahu??
kematian tidak pernah peduli pasal usia kita.
golongan muda, golongan tua pasti akan kembali kepada Allah.
tidak hari ni, mungkin hari esok.
tidak esok, mungkin lusa.
tidak lusa, mungkin hari seterusnya.
persoalannya:
sempatkah kita menghabiskan sisa hidup kita pada tahun 2011 ini?
masihkah ade peluang untuk kita menebus dosa-dosa yang lama sebelum pergi menghadap Ilahi?


Monday, January 3, 2011

~klon khairul fahmi~

salam.

pukul 6.10 pagi, alarm alert 4 minute dah memekak kat tepi telinga ak.
ak terus tekan snooze.
tarik selimut, sambung tidur.
dah la sejuk. best whoa tidur.

pukul 6.25 pagi, sekali lagi alarm alert memekak.
alamak, subuh tak semayang lagi.
terkocoh-kocoh ak bangkit menuju ke toilet, amek air semayang.
nak mandi, sejuk sangat meyh.

usai selesai semayang, tetiba ak teringat.
ALAMAK. ARI NI KELAS AK PUKUL 8~!
uwaaaaa. malasnya nak pergi kelas.

TAPI, pagi ni kelas technology recombinant DNA.
sebut je recombinant DNA, terus pergi mandi. pedulikan rasa sejuk itu. ngee.





kalu korang ingat la kan, pada tahun 1996 ade sorang saintis ni (Ian Wilmut) telah berjaya membuat klon biri-biri. klon biri-biri ni telah diberi nama sebagai Dolly. tapi Dolly tak dapat hidup lama. maklum la, kan manusia yang buat.
hasil tangan manusia takkan sama dengan hasil tangan Allah...

TETIBA... idea paling mantap muncul dari kepala genius ak.
toink toink toink.



ape kata kalu ak buat klon khairul fahmi... wakaka
mungkin bila dah siap proses pengkloning nih, ak boleh jual kepada sesape yang berminat. ohho.
nanti tak yah mereka-mereka (ak tak termasuk okeyhh) ni nak berebut dengan cik elia tuh.
boleh buat bisnes la pulak. ade sesape yang berminat untuk jadi partner ak??

tapi sape yang nak tolong ak amekkan sel si khairul fahmi?????????


Saturday, January 1, 2011

~mesin masa@pintu suka hati?~

salam.

pejam celik. pejam celik. dah masuk tahun 2011...
nasib baik mata ak masih celik lepas pejam mata.
kalu pejam celik, pejam celik, pejam tak celik-celik. tak ke haru tu.
masih banyak pahala yang perlu ak tambah untuk memberatkan timbangan ak di padang mahsyar kelak.

bila dah bermula tahun baru, maknanya tahun kematian kita jugak dah semakin dekat.
dalam bergembira menyambut tahun baru dengan percikan bunga api bam bum bem...
TAPI kita harus ingat akan hari kematian kita yang bakal terjadi. mungkin esok, mungkin lusa.
sape taw kan... hanya Dia Yang Maha Berkuasa.
seperti digembar-gemburkan melalui media massa, pelakon yang telah membawa watak sebagai dani dalam cerita adam maya iaitu faizal yusuf telah pun meninggal dunia akibat serangan sakit jantung... al-Fatihah.


okie. segala nostalgia suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2010 wajib diketepikan.
perkara yang dah berlaku memang dah tak boleh diundur lagi.
melainkan jika kita guna "mesin masa" dan "pintu suka hati" doraemon...
tapi yang tu teramat mustahil untuk berlaku.

tapi siyes citer doraemon telah banyak mempengaruhi ak masa zaman hingusan dolu-dolu.
dah nama pun budak, senang untuk dipengaruhi.
kalu ak dah terbuat perkara yang salah, boleh pulak ak terfikir nak guna "mesin masa" atau "pintu suka hati" untuk mengubah keadaan. aiseh.
perkara ni amat bertentangan dengan qada' dan qadar.
bila dah tua bangka camni, baru ak sedar bahawa kehidupan di dunia ni hanya Dia yang berkuasa.
no "mesin masa". no "pintu suka hati".



ak malas nak citer azam tahun baru ak yang tinggi menggunung tuh. biarlah rahsia. cewahh. gagaga.
yang pasti, azam untuk merampas khairul fahmi daripada cik elia memang langsung tak akan wujud dalam azam baru ak okeyhh. ngee.


mungkin tahun ni ak boleh memberanikan diri untuk sarungkan cincin riben di jari ak.
ak bercita-cita untuk jadikan ia sebagai trend terbaru tahun ni. erk. tu pun azam ke??