Thursday, December 2, 2010

~lagi sekali??~

salam.

sobs... sedeyh.
mata kanan ak buat hal lagi.
KETUMBIT lagi~!
ye lagi. ak rasa dah 2 kali kena dalam tempoh 3 bulan~!
cuma yang bezanya, ritu ak kena kat bawah mata.
kali ni pulak kena kat atas kelopak mata pulak.
sakit wei. nak stadi pun tak syiok.

apetah lagi nak usha spesies ni~! ngee.
gila~! ngan mata bengkak camni pun ade hati nak usha spesies ni.


DEFINISI KETUMBIT

ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut.
naseb ak tak kena bisul kat bahagian bontot. kalo tak haru la ak nak jawab exam nanti.
duduk pun senget-senget.

ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak.
erk? kanak-kanak? ak ni kategori kanak- kanak lagi kew? ye kot...hoheh.


FAKTOR-FAKTOR:

  • tekanan. owh patot la. penangan exam kot. boipren? ish. konpem tak. sebab boipren pun tak kenal ak. erk??
  • pertukaran hormon. tyme pms kot.
  • guna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria. alat solek? rasanya dah sebulan lebih ak tak bersolek. bakteria pendam ape? sekarang baru ade reaction?
  • diabetis. kencing manis tu takde lagi setakat ni. tapi kencing malam tu ade la.
  • kandungan lemak yang tinggi dalam badan. lemak berkrim disukai ramai. nyum2.
  • kekurangan vitamin dalam badan. sape boleh derma untuk ak??

SIMPTOM-SIMPTOM:

  • bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata. bukan di bahagian bontot ye adik-adik.
  • bengkak di sekeliling kelopak mata. imejku tercalar. sobs ;(
  • sakit. kurang sikit dari sesungut.
  • kelopak mata menjadi merah. untuk hilangkan merah tu, try mekap ala-ala gothic. konpem teros hilang warna merah tu.
  • kelopak mata terasa sakit apabila disentuh. sape suruh sentuh. tiru la cara ak. ak tak sentuh pun tapi teros tenyeh. geram~!
  • mata menjadi pedih. jalan paling selamat. tutup je mata tu. alamatnya sampai pagi esok la ak tido.
  • mata berair. ye ke? tak pun.
  • gatal-gatal di bahagian bisul. yang ni ak paling geram. dah takde istilah garu-garu. terus tenyeh. nikmat gila. tapi... ADOIIIII. sakit. padan muka.
  • tak selesa semasa proses mengelipkan mata. ala, tak boleh nak main kenyit-kenyit mata la ni dengan pakwe-pakwe ensem. gua sangat sentap. grrrrr
  • sensitif kepada cahaya yang cerah. yang ni pun nak kena ajar ke? pakai spek hitam yang bergaya tu la derr.

p/s: jaga mata baik-baik ea koram. petua dari ak, selalu la buat senaman kenyit-kenyit mata. tapi kalo ade bangla yang perasan tu jangan salahkan ak. sape suruh buat senaman mata depan bangla. kan-kan?? 3 lagi paper...

19 comments:

mie said...

ketumbit!!!
kadang2 nak gelak..
tapi takut terkena diri sendiri..
hehee

buDAK keCIK said...

haa, gelak la byk2.kalo kna kt ko,ak plk bley tlg gelakkan.harhar

cik_paan said...

kalau mata dah start berair memg teruk arr jadinye

Bijen M. said...

Kuat skodeng kau ni.
Hish.
Insaflah.
Ha ha ha.

buDAK keCIK said...

paan: tp mata ak x berair pn.cuma sakit. sobs.

bijen: asal ketumbit je msti ade kaitan ngn skodeng kn. otak ak masih suci weh~! ngee

d.A.o.U.z said...

makin sepet la mata~
:p

buDAK keCIK said...

daousz: amat sentap ngn ayat ko tuh. tp mmg btul pn. kahkah

+d.O.Y.A.h+ said...

malu kot kena ketumbit. arrr :P

nursarah puteri biru said...

dulu masa skola rendah kerap kena.. huhu. malu nak p skolah. tapi ketumbit ni lama kot mana bleh mintak m.c. haha

cik tipikal said...

kesian kat ko.. takpe.. lepas ni jangan intai orang lagi.

naz said...

haha gerun jugak rasa nya

AyuE SurihanyOt said...

aku tak penah kena lg kot..huhu dan mintak dijauhkan macam sakit je..

buDAK keCIK said...

doyah & nursarah: dh malu tahap cipan ni weh.ase cam nk pakai purdah je.eh silap.ase cam nk tutup muka ngn hitam nih.uwaaa.sobs...

cik tipikal: xpe.lps ni ak ngintai pakai binokular plk.wee~~

naz: bkn setakat gerun.trauma dh ni~!

buDAK keCIK said...

ayue: sakit weh.ase cam nk tenyeh je ni bg ilang tros bengkak tu.geram~!

cik_paan said...

nak pakai purdah pun still nampak mata kot...
pakai shades la, lgi bergaye...

buDAK keCIK said...

paan: ngeh3.xpe.ak bangga dgn ketumbit ak.kahkah

cik_paan said...

aku harap aku dah tak kena lagi...

Fiq said...

tgk HYun Joong aii mmg la yuu kena ketumbit yang..!
hyun joong aii punye okie..!

:P

*betul ke kena ketumbit..? adus...

buDAK keCIK said...

betul~!makin bengkak nih~!sobs...tp dh g jumpe dr