Thursday, December 30, 2010

~keterujaan~

salam.

alhamdulillah. walaupun pancaran laser jadi kawan setia penyokong indonesia pada malam yang penuh keberkatan ni, pasukan Harimau Malaya tetap berjaya merebut Piala Suzuki AFF.
hanya ucapan tahniah yang mampu dihulurkan kepada skuad kebangsaan negara kita ni.
tak lupa juga kepada Rajagopal kerana berjaya mendidik anak buah mereka sehingga berjaya mengharumkan nama negara pada malam ni.

ak sangat bangga dengan mereka~!
terutama hero pujaan ak ni, encik khairul fahmi che mat.

walaupun teruk dibelasah dengan pasukan indon, TAPI kecekapan beliau telah menyebabkan pasukan indon agak susah untuk menjaringkan gol.
persembahan khairul fahmi cukup mantap malam ni~!
ak sangat teruja melihat ketangkasan beliau sebagai penjaga gol.
khairul fahmi sentiasa fokus dengan serangan bola yang bertubi-tubi daripada pihak lawan.



sebijik macam cina~! sangat ensem meyh~! ngee.


sebelum ni, ak langsung tak minat dengan bola... tengok bola pun ak tak selera.
dah la ak fobia dengan bola.
sebab?
kerana budak laki kelas ak telah hentam kepala ak dengan bola. kuat dowh.
naseb ak tak pengsan kat tengah-tengah padang bola.
dia ingat kepala ak ni tempat jaringan gol ke apa?? hampesz~!
tapi silap ak gak. ak ni yang gatal hayunkan kaki ak kat tempat mereka-mereka ni bermain. hee.

TAPI siyes ak teramat fobia dengan bola lepas kejadian tu.
sebut je la sukan bola keranjang ke, bola tampar ke, bola jaring ke...
konpem ak tak akan main sebab kena main bola yang bulat tu kan...

TAPI khairul fahmi telah berjaya mengubah persepsi ak terhadap sukan bola sepak~!
gila kuat aura khairul fahmi tu...
first time ak tengok khairul fahmi, tyme pasukan kelantan lawan pasukan selangor.
tyme tu ak nak beli nasi kat kafe. dah orang-orang kat situ tengah lepak tengok bola, ak layan je la sementara tunggu nasi ak siap.
first impression ak tengok beliau, "WAH~! SANGAT ENSEM"
so, ak usha je la dari jauh.
lepas tu, ak tengok beliau teramat cekap dalam menangkis serangan bola daripada pihak lawan.
pergh, teramat syahdu ea di situ.

tyme ak tengok je beliau beraksi di padang bola, ak memang dah dapat agak beliau bakal menjadi kebanggaan negara kerana kecekapan dan kepantasan beliau sebagai penjaga gol~!

cuba bayang kalu ak terserempak dengan encik khairul fahmi ni, ape tindak balas ak ek??
dah la ak teramat minat dengan beliau ni...
yang pasti, ak tak akan mintak tandatangan beliau~!
pekejadah ak nak mintak tandatangan beliau? nak buat isi borang nikah ke? aiyak...


7 comments:

Fiq said...

da ada gewe okeyhh...

aii ni dia nk campak mana???
uweeeeeeeeksssssss

eeyyy..dia encem kan kan kan kan..!!
ngaaaaaa nk balik klate kumpul mamat ensem gini gak!!

cik_paan said...

er, dye dah ade gf la...
baru taw td....

Kuwe said...

dah lama takda orang minat dekat player bola.
selalunya orang perempuan ni. minat kat pelakon korea ja. kehkeh.

buDAK keCIK said...

fiq&paan: aiyoo.dye ade awek meyh.bdk machang...
muka cam cina gak kot.amoy comel.ohho

kuwe: ak kureng sket ngn korea nih...dh geng2 ak sume giler korea,ak lyn je la sket2.adeyh

hiro said...

sep kelate ni.

buDAK keCIK said...

hiro: mesti doh...sep kito jange pecoh~!

liyanaziz said...

sep tu apa??? maksudnya macam gu eh?? kikiki.. xpe2, Kuna ada.. boleh mintak cop.. kikikikiki