Saturday, December 11, 2010

~kena raba??~

salam.

alhamdulillah. tepat jam 5 petang tadi ak dah merdeka~! untuk sementara waktu je...
masuk semester baru nanti, masuk silibus baru. pastu exam. pastu merdeka balik.
lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar...

ak keluar je dari dewan bangunan peperiksaan, ak terus joget lambak. sangat mantap aksi ak sehingga mampu untuk menarik perhatian mereka-mereka yang berada di situ.
sila percaya...

alhamdulillah. akhirnya ak berjaya melepasi peperangan ni sehingga mata pena dakwatku yang terakhir... setelah mengalami tekanan mental dan fizikal yang maha hebat. sebab?
kerana budak depan bilik ak telah berjaya menggugat konsentrasi pembelajaran ak dengan suara beliau yang melalak-lalak menyanyi lagu ibunda beliau.
ye. ak sedar bahawa beliau sedang meraikan hari kemerdekaan beliau yang terlebih awal dari ak.



masa tu ak rasa macam nak karate je budak tu~!
tapi ak seorang gadis yang sungguh sopan dan ayu... dan yang paling penting comel. cis, koya la pulok.
so, ak tak akan gunakan kekerasan.
tapi...
ak cuma hempas pintu bilik ak sekuat yang mungkin je.
dan ak sangat berbangga kerana cara ak tu amat berkesan.
bilik depan ak terus senyap...
yang kedengaran hanya la bunyi cengkerik yang merdu.
walawesz...


selepas selesai menunaikan solat asar, ak dan cik paan buru-buru mencari bas rapid untuk berkejar ke mid valley semata-mata untuk makan. okie. ak tipu.
sebenarnya tujuan utama kami adalah untuk dating dengan encik teddy bear kerana kami ada photography session dengan beliau~!


ohho. sangat puas hati kerana dapat bergambar dengan teddy bear yang lebih tinggi dari ak~!


tapi...
di sebalik kegumbiraan ak melihat teddy bear-teddy bear ni, ak ada berita sentap.
ye. berita yang sangat sentap.
semasa ak sedang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam perut bas rapid, ak ada terperasan sesuatu di belakang ak.
bila ak toleh, ada sorang mamat indon kot sedang cuba untuk merapatkan dirinya dengan badan ak.
bila ak tenung dia, dia boleh buat muka selamba badak dia~! hampesz.
ko ingat ak ni barang free ke? touch and go je~!
then, ak pun guna kelebihan ak yang kecik ni untuk menyelit dalam kalangan mereka yang sedang berebut untuk masuk ke dalam perut bas.
alhamdulillah. ak selamat. nasib baik ak cepat sensitif dengan benda-benda vengong tu.

kalu dalam keadaan sesak, contohnya dalam monorel, lagi teruk~!
kalu tak dompet atau handset yang hilang, barang la pulak yang kena raba.
nasib baik barang tu tak boleh tanggal, kalu tak, barang tu pun hilang jugak kot.



12 comments:

adrinaqamarina said...

haha! selamat bermerdeka la :)

Fakhrur Razi berkata said...

woahhh
teruk betul mereka o.O"
selamat aku xpernah kena mcm tuh
err dia pun xsnggup buat kt aku =.="

hohoho best tgk teddy bear yg besau2 nih xD

buDAK keCIK said...

adrinaqamarina: thanx~! ;D

fakhrur razi: wakaka...ak ase kalo dia sanggup buat kt ko pn,tu yg pasti species gay~!tetttttt

sgt teruja tgk teddy bear bsr2 nih~!hee

Fiq said...

kahkahkah!!!!

seb beki barang tu takleyh tanggal kan kan kan..!!!

buDAK keCIK said...

fiq: mmg nasib sungguh baik sbb barang tu x bley tanggal~!
ngeh3

zahra pazim said...

wah ngerinya. kne blaja karate kasi dia sedas dua baru best. :p

argunbdg said...

kunjungan perdana,

salam kenal dari bandung,
mohon sudi untuk berkunjung balik http://argunbdg.com
semoga aktivitas mengajarnya sukses selalu,
terima kasih :-)

Encik Tikus said...

ang lempang jea bila jumpa mamat macam tue, keh keh

mie said...

ye ha!!!
merdeka..
merdeka...
merdeka...

moshi_boo said...

anda di tag~~~

^^

Bijen M. said...

Eh.
Kan Rapid dah provide bas untuk wanita saja.
Kan kan kan?

Azmie Ab said...

maner gamba ko raba bear.. xde pom???