Thursday, December 30, 2010

~haru biru di klcc~

salam.

sekarang bila ak tengok je klcc, ak dah rasa JELIK.
sebab?
ak ade peristiwa yang paling bangang kat situ...



alkisahnya bermula apabila ak dengan budak-budak unit tajaan merancang untuk carik tajaan kat taman klcc pada pagi rabu.
korang mesti tergaru-garu kaki yang tengah gatal kat kepala, tajaan untuk ape?

okie. kolej ak akan menganjurkan PESTA PANTUN BESTARI yang bakal berlangsung pada bulan Mac 2011. pesta pantun ni akan disertai oleh pemantun daripada seluruh IPTA negara kita. ak sebagai AJK unit tajaan, wajib berusaha untuk mencari tajaan segempak yang mungkin kerana bakal perasmi pesta pantun ni ialah Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim. kalu sape-sape yang tak kenal, sila terjun bangunan laju-laju. selain itu, Ahmad Fedtri Yahya juga bakal menjadi jurupantun pada hari kejadian. sape-sape yang tak kenal jugak beliau, sila terjun longkang laju-laju.

berbalik kepada cerita bangang di klcc ni:
tyme ak sampai je di klcc, kami terus menuju ke taman klcc.
then, ak ade terserempak dengan pak guard indon meyh.
tyme tu ak dah perasan, dia dok usha-usha geng ak.
ak buat dek je. dah la ak tengah panas lagi dengan isu tuduhan melulu pihak indo terhadap malaysia gara-gara Piala Suzuki AFF tuh.

so, kami gerak je la sekeliling taman klcc tu sambil mata melilau mencari orang untuk didekati.
pastu, ak nampak sebuah family dari jauh.
ak pun try langkah pertama dengan senyuman yang paling menawan. cewahh.
ak bagi dorang tengok kertas kerja kami. zzzuuppp. terus beliau keluarkan duit.
sangat senang woo.


sebaik sahaja kami angkat kaki, tiba-tiba...

pak guard indo terus meluru ke arah kami:
ak yang menonong jalan sampai ke depan, terus berhenti. blur. sebab tetiba dorang jerit suruh berhenti. dalam hati, ala... ape pulak ni?

pak guard: kamu buat ape kat sini dong? kami nampak kamu punya aktiviti tadi dengan cctv~! kalau kamu mau buat onar lagi di sini, kami bisa halau kamu keluar dari sini...

erk. cctv dalam taman?? gila~!
mane dorang gantung benda alah tu?
kat belakang daun ke?
ke di sebalik pokok?
ke kat topi pak guard tu?
ape punye teknologi daa...

gila. ak mintak tajaan kat area taman kot. bukan kat shopping complex.
ingat kami ni penjenayah ke ape?
muka bukan main manis lagi. takde pulak cam penyangak. ak rasa la...

so, ak nak bagi warning kat pasangan yang selalu dating kat taman ni.
kelakuan anda sedang diperhatikan~! ade berani?
hampesz~! buat maksiat, takde pulak nak halau...
entah-entah siap buat video lagi ni. dunia akhir zaman...

lepas tu, kami terus berpindah-randah ke sogo.
alhamdulillah. dalam masa sejam lebih, kami dah dapat seratus lebih.
rezeki kami sangat murah tyme tu.
maknanya ade hikmah la tu si pak guard halau kami dari klcc.
Allah punya rancangan semuanya cantik.

satu lagi pengalaman yang ak dapat daripada pesta pantun ni, ialah ak dapat cakap dengan nik aziz woo... untuk sumbangan peribadi.
mula-mula cam takut gak nak kol beliau.
patot la geng ak pass kat ak tugas ni.
YB yang lain dorang berani kol tapi yang ni...
so, ak buat-buat berani je la ni. hee.
okie je tyme cakap dengan beliau. takde pulak beliau nak makan ak kan.
kecek kelate lagi mudoh kijo ambo... baru mudoh nok wi duit. ko gano??


nanti nak try kol khairul fahmi la pulak... poket beliau tengah penuh tu.
sep kito jugok deh... sep kito jange pecoh. erk...

12 comments:

cik_paan said...

try la kol..pengarah mesti bangga seyh...
s/u pun tumpg sekaki..nghehhehehe

buDAK keCIK said...

gatal ye ko cik paan~!

mie said...

bagus2!!
minta je tajaan pasukan Malaysia.
kan baru menang...
heheeee

Fiq said...

terbaiklah Qin Unnie ~(^;^)~

hakhak!!!

suka2.. i love ur writing la yang.. it's like magical spirit hugging me . it's so warm..and senstivie.

terbaiklah dpt ckp nge tok guru kito! hebak sep2 kito nieh..banggo wehh!

buDAK keCIK said...

mie: ak tgh nk berkompromi ngn mkwe khairul fahmi la ni, nk mntak no fon bf dia. ngee...

fiq: tq cik fiq~! hee...
sep2 kito meme hebak. ohho

-MsGoodNite- said...

awat minta tajaan kecik2... pila kat company2... lagi byk dpt!

buDAK keCIK said...

MsGoodnite: yg company tu dh fax bagai dh. tnggu kelulusan dri pihak dorang je la... yg kecik2 ni bnda sampingan la...

dri melangut tnggu kelulusan dorang tu, baik ktorang berusaha wat sesuatu dulu. at least ade hasil sket. ye dak??

naz said...

haha apa kata lelong sarung tangan dia. banyak dapat tu

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

kalau aku la,, bende pertama aku buat,,

ko nampak tangan aku ni?? haha,,tp xpukul pun,,

perrhh ckp ngan TGNA,,,,kirim salam weh

piNky LuCiA said...

hahaha. kelakar pakguard tu.. adeh. tak pernah dengar plak org kena halau. lalala~

sabar jela. best of luck.

buDAK keCIK said...

naz: owh, kalu ak dpt sarung tgn dia, ak xkn sesekali lelong... kalu xdpt inchik apex tu, dpt sarung tgn beliau pn jadi la. wakaka

lokmanhakimkamarudin: ko peminat setia tok guru eyh? insyaAllah, nnti bila ak kol beliau skali lg, ak try sampaikan salam ko kt beliau. okie??

pinky lucia: thanx sgt2... ngee

alfa_sh said...

huhuhuhuhh..
x nk pergi dh minta kat klcc tu..
tkut
...
bila dgr cctv..
dh mula ketakutan..

tp apa2 pun...pergi sogo..ada rezeki....
ikin..nnti msukkn gmbr klcc hr tu,..