Friday, December 3, 2010

~ak serius~!

salam.


pelangi.

suka tengok keindahan ciptaan Allah yang satu.
pelangi kehidupan. orang sekeliling tengok ak sebagai manusia yang murah dengan senyuman, selalu happy, suka buat benda giler. pendek kata, orang yang dekat dengan ak akan sentiasa gelak sampai keluar air mata bila ak buat lawak paling bangang.

TAPI dalam hati tak siapa yang tahu. dalam hati ade taman. oh tidak semudah itu.

dalam kegembiraan ak, terselit perasaan duka di hati. duka dalam gembira.
dalam dunia ni sape yang takde masalah kan??

roda kehidupan. ye. kita tak akan selalu berada di atas.
kadang-kadang kita perlu merasai kehidupan di bawah supaya kita tidak terus menerus rasa bongkak. betul kata mereka. kita akan mula mengingati Dia apabila kita dilanda musibah.



panorama alam yang paling indah ak lihat di bumi sabah secara realiti.bukan khayalan semata-mata.tenang.Allah Maha Besar.credit untuk fon kapcai ak.


alhamdulillah. hidup ak tenang apabila ak mula bentangkan sejadah menghadap Tuhan yang tidak pernah lupakan ak sebagai hambanya yang paling kerdil. malah ak yang selalu lupa akanNya lantaran mudah terpedaya dengan keindahan plastik duniawi ini.

tapi ak sedar. Allah masih sayangkan ak. kerana itu, Dia sengaja memberi ak peluang untuk merasai dugaan hidup yang maha hebat. Dia ingin menguji keimanan ak.
di saat ak susah, hanya Allah tempat ak mengadu, tempat ak berdoa. doa adalah senjata orang mukmin yang tiada tolok bandingnya.

"dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." surah al-Baqarah ayat 155.

benar. kesabaran amat diperlukan di saat menempuh dugaan. mengapa? kerana dengan adanya sifat sabar, kita mampu untuk berfikir jalan penyelesaiannya. setiap masalah mesti ada jalan keluar.

oleh sebab itu, ak sentiasa berfikiran positif di saat ak diuji olehNya. alhamdulillah. hidup ak sentiasa dipermudahkan walau sesukar mana dugaan yang melanda hidup ak. caranya??
amat mudah. cuba amalkan membaca surah al-Fatihah 1x, al-Ikhlas 1x, al-Falaq 3x dan an-Nass 3x setiap kali selesai menunaikan solat asar dan solat subuh. seboleh-bolehnya kita mesti menghadap kiblat dan masih dalam keadaan berwuduk. insyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan hidup kita.


gua amat sentap melihat kek pelangi ni~!


wahai manusia, kamu mesti ingat. walau kamu sehebat mana sekali pun, tapi kamu still insan yang paling kerdil. kita semua serupa. berasal dari tanah. jangan la kamu bermegah-megahan dengan harta dunia~! kereta mewah. banglo mewah. tanah berekor-ekor. ak konpius. benda-benda yang korang dok bangang-bangangkan sangat ni akan bantu korang untuk jawab soalan mukar nakir ke? kalu tak, nape korang buat collection? pahala taknak pulak buat collection. adeyh.

dunia dah akhir zaman. noktah.

8 comments:

mie said...

keindahan tuhan mmg cantik...

buDAK keCIK said...

ye.sgt indah.tp manusia slalu porak-perandakan keadaan.hampesz

n@iem88 said...

uhummmm

Fiq said...

tahu tak....

da lama tak tgk pelangi sbb da lama tak hujan, da lama jugak tak jumpa encik pelangi sbb encik pelangi ada kat sabah!

buDAK keCIK said...

n@iem88: hukhuk...

fiq: ohho...encik pelangi kt sabah?sapekah gerangan si jejaka yg bertuah itu??

anamizu said...

wow kek pelangi!!!
laparrr T___T

buDAK keCIK said...

anamizu: ak pon.sobs.

hamzah ian said...

akhir sudah..