Thursday, December 30, 2010

~haru biru di klcc~

salam.

sekarang bila ak tengok je klcc, ak dah rasa JELIK.
sebab?
ak ade peristiwa yang paling bangang kat situ...



alkisahnya bermula apabila ak dengan budak-budak unit tajaan merancang untuk carik tajaan kat taman klcc pada pagi rabu.
korang mesti tergaru-garu kaki yang tengah gatal kat kepala, tajaan untuk ape?

okie. kolej ak akan menganjurkan PESTA PANTUN BESTARI yang bakal berlangsung pada bulan Mac 2011. pesta pantun ni akan disertai oleh pemantun daripada seluruh IPTA negara kita. ak sebagai AJK unit tajaan, wajib berusaha untuk mencari tajaan segempak yang mungkin kerana bakal perasmi pesta pantun ni ialah Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim. kalu sape-sape yang tak kenal, sila terjun bangunan laju-laju. selain itu, Ahmad Fedtri Yahya juga bakal menjadi jurupantun pada hari kejadian. sape-sape yang tak kenal jugak beliau, sila terjun longkang laju-laju.

berbalik kepada cerita bangang di klcc ni:
tyme ak sampai je di klcc, kami terus menuju ke taman klcc.
then, ak ade terserempak dengan pak guard indon meyh.
tyme tu ak dah perasan, dia dok usha-usha geng ak.
ak buat dek je. dah la ak tengah panas lagi dengan isu tuduhan melulu pihak indo terhadap malaysia gara-gara Piala Suzuki AFF tuh.

so, kami gerak je la sekeliling taman klcc tu sambil mata melilau mencari orang untuk didekati.
pastu, ak nampak sebuah family dari jauh.
ak pun try langkah pertama dengan senyuman yang paling menawan. cewahh.
ak bagi dorang tengok kertas kerja kami. zzzuuppp. terus beliau keluarkan duit.
sangat senang woo.


sebaik sahaja kami angkat kaki, tiba-tiba...

pak guard indo terus meluru ke arah kami:
ak yang menonong jalan sampai ke depan, terus berhenti. blur. sebab tetiba dorang jerit suruh berhenti. dalam hati, ala... ape pulak ni?

pak guard: kamu buat ape kat sini dong? kami nampak kamu punya aktiviti tadi dengan cctv~! kalau kamu mau buat onar lagi di sini, kami bisa halau kamu keluar dari sini...

erk. cctv dalam taman?? gila~!
mane dorang gantung benda alah tu?
kat belakang daun ke?
ke di sebalik pokok?
ke kat topi pak guard tu?
ape punye teknologi daa...

gila. ak mintak tajaan kat area taman kot. bukan kat shopping complex.
ingat kami ni penjenayah ke ape?
muka bukan main manis lagi. takde pulak cam penyangak. ak rasa la...

so, ak nak bagi warning kat pasangan yang selalu dating kat taman ni.
kelakuan anda sedang diperhatikan~! ade berani?
hampesz~! buat maksiat, takde pulak nak halau...
entah-entah siap buat video lagi ni. dunia akhir zaman...

lepas tu, kami terus berpindah-randah ke sogo.
alhamdulillah. dalam masa sejam lebih, kami dah dapat seratus lebih.
rezeki kami sangat murah tyme tu.
maknanya ade hikmah la tu si pak guard halau kami dari klcc.
Allah punya rancangan semuanya cantik.

satu lagi pengalaman yang ak dapat daripada pesta pantun ni, ialah ak dapat cakap dengan nik aziz woo... untuk sumbangan peribadi.
mula-mula cam takut gak nak kol beliau.
patot la geng ak pass kat ak tugas ni.
YB yang lain dorang berani kol tapi yang ni...
so, ak buat-buat berani je la ni. hee.
okie je tyme cakap dengan beliau. takde pulak beliau nak makan ak kan.
kecek kelate lagi mudoh kijo ambo... baru mudoh nok wi duit. ko gano??


nanti nak try kol khairul fahmi la pulak... poket beliau tengah penuh tu.
sep kito jugok deh... sep kito jange pecoh. erk...

~keterujaan~

salam.

alhamdulillah. walaupun pancaran laser jadi kawan setia penyokong indonesia pada malam yang penuh keberkatan ni, pasukan Harimau Malaya tetap berjaya merebut Piala Suzuki AFF.
hanya ucapan tahniah yang mampu dihulurkan kepada skuad kebangsaan negara kita ni.
tak lupa juga kepada Rajagopal kerana berjaya mendidik anak buah mereka sehingga berjaya mengharumkan nama negara pada malam ni.

ak sangat bangga dengan mereka~!
terutama hero pujaan ak ni, encik khairul fahmi che mat.

walaupun teruk dibelasah dengan pasukan indon, TAPI kecekapan beliau telah menyebabkan pasukan indon agak susah untuk menjaringkan gol.
persembahan khairul fahmi cukup mantap malam ni~!
ak sangat teruja melihat ketangkasan beliau sebagai penjaga gol.
khairul fahmi sentiasa fokus dengan serangan bola yang bertubi-tubi daripada pihak lawan.



sebijik macam cina~! sangat ensem meyh~! ngee.


sebelum ni, ak langsung tak minat dengan bola... tengok bola pun ak tak selera.
dah la ak fobia dengan bola.
sebab?
kerana budak laki kelas ak telah hentam kepala ak dengan bola. kuat dowh.
naseb ak tak pengsan kat tengah-tengah padang bola.
dia ingat kepala ak ni tempat jaringan gol ke apa?? hampesz~!
tapi silap ak gak. ak ni yang gatal hayunkan kaki ak kat tempat mereka-mereka ni bermain. hee.

TAPI siyes ak teramat fobia dengan bola lepas kejadian tu.
sebut je la sukan bola keranjang ke, bola tampar ke, bola jaring ke...
konpem ak tak akan main sebab kena main bola yang bulat tu kan...

TAPI khairul fahmi telah berjaya mengubah persepsi ak terhadap sukan bola sepak~!
gila kuat aura khairul fahmi tu...
first time ak tengok khairul fahmi, tyme pasukan kelantan lawan pasukan selangor.
tyme tu ak nak beli nasi kat kafe. dah orang-orang kat situ tengah lepak tengok bola, ak layan je la sementara tunggu nasi ak siap.
first impression ak tengok beliau, "WAH~! SANGAT ENSEM"
so, ak usha je la dari jauh.
lepas tu, ak tengok beliau teramat cekap dalam menangkis serangan bola daripada pihak lawan.
pergh, teramat syahdu ea di situ.

tyme ak tengok je beliau beraksi di padang bola, ak memang dah dapat agak beliau bakal menjadi kebanggaan negara kerana kecekapan dan kepantasan beliau sebagai penjaga gol~!

cuba bayang kalu ak terserempak dengan encik khairul fahmi ni, ape tindak balas ak ek??
dah la ak teramat minat dengan beliau ni...
yang pasti, ak tak akan mintak tandatangan beliau~!
pekejadah ak nak mintak tandatangan beliau? nak buat isi borang nikah ke? aiyak...


Wednesday, December 29, 2010

~hero pujaan bakal beraksi malam ni~

salam.



ak baru je sampai di jakarta malam tadi semata-mata untuk memberi sokongan padu buat hero pujaan ak, khairul fahmi che mat yang bakal membawa pulang Piala Suzuki AFF.
harap percaya dengan mimpi ak ni. kahkah.



kepada sesiapa yang tak tahu langsung pasal perkembangan sukan malaysia ni, meh ak nak tolong inform kat korang yang macam katak bawah tempurung ni ea. jangan marah. hee.

sekarang ni, pasukan Harimau Malaya sedang beraksi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk merebut juara Piala Suzuki AFF.




Saturday, December 11, 2010

~kena raba??~

salam.

alhamdulillah. tepat jam 5 petang tadi ak dah merdeka~! untuk sementara waktu je...
masuk semester baru nanti, masuk silibus baru. pastu exam. pastu merdeka balik.
lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar...

ak keluar je dari dewan bangunan peperiksaan, ak terus joget lambak. sangat mantap aksi ak sehingga mampu untuk menarik perhatian mereka-mereka yang berada di situ.
sila percaya...

alhamdulillah. akhirnya ak berjaya melepasi peperangan ni sehingga mata pena dakwatku yang terakhir... setelah mengalami tekanan mental dan fizikal yang maha hebat. sebab?
kerana budak depan bilik ak telah berjaya menggugat konsentrasi pembelajaran ak dengan suara beliau yang melalak-lalak menyanyi lagu ibunda beliau.
ye. ak sedar bahawa beliau sedang meraikan hari kemerdekaan beliau yang terlebih awal dari ak.



masa tu ak rasa macam nak karate je budak tu~!
tapi ak seorang gadis yang sungguh sopan dan ayu... dan yang paling penting comel. cis, koya la pulok.
so, ak tak akan gunakan kekerasan.
tapi...
ak cuma hempas pintu bilik ak sekuat yang mungkin je.
dan ak sangat berbangga kerana cara ak tu amat berkesan.
bilik depan ak terus senyap...
yang kedengaran hanya la bunyi cengkerik yang merdu.
walawesz...


selepas selesai menunaikan solat asar, ak dan cik paan buru-buru mencari bas rapid untuk berkejar ke mid valley semata-mata untuk makan. okie. ak tipu.
sebenarnya tujuan utama kami adalah untuk dating dengan encik teddy bear kerana kami ada photography session dengan beliau~!


ohho. sangat puas hati kerana dapat bergambar dengan teddy bear yang lebih tinggi dari ak~!


tapi...
di sebalik kegumbiraan ak melihat teddy bear-teddy bear ni, ak ada berita sentap.
ye. berita yang sangat sentap.
semasa ak sedang berlumba-lumba untuk masuk ke dalam perut bas rapid, ak ada terperasan sesuatu di belakang ak.
bila ak toleh, ada sorang mamat indon kot sedang cuba untuk merapatkan dirinya dengan badan ak.
bila ak tenung dia, dia boleh buat muka selamba badak dia~! hampesz.
ko ingat ak ni barang free ke? touch and go je~!
then, ak pun guna kelebihan ak yang kecik ni untuk menyelit dalam kalangan mereka yang sedang berebut untuk masuk ke dalam perut bas.
alhamdulillah. ak selamat. nasib baik ak cepat sensitif dengan benda-benda vengong tu.

kalu dalam keadaan sesak, contohnya dalam monorel, lagi teruk~!
kalu tak dompet atau handset yang hilang, barang la pulak yang kena raba.
nasib baik barang tu tak boleh tanggal, kalu tak, barang tu pun hilang jugak kot.



Tuesday, December 7, 2010

~perlu ke??~

salam.



okie. di pagi yang mulia ni, kita kena mulakan dengan kata-kata motivasi. baru semangat sikit nak mulakan kehidupan kita untuk hari ni + gossiping. ngee.

hari ni ak ade benda yang nak share dengan kamu-kamu... jadikan ia teladan untuk diri kamu dan adik-adik kamu yang bakal berhijrah ke dunia baru ok...


masa ak mula-mula jejak kaki kat universiti malaya ni,
ak ade la kenal ngan sorang mamat ni.
gaya memang old school abes la...
muka boleh tahan.
tapi...
ashraf muslim ak lagi ensem la.
aigoo


then, bila masuk sem 2 kot.
ak ade terjumpa ngan beliau kat times square.
pergh. dia boleh bertukar wajah.
dah takde dah gaya old school dia tu.
rambut takyah cakap la.
gaya spike kot.
spek old school dia pun dah ilang.
ganti ngan spek new school pulak.
eh silap.
ganti ngan contact lens der.
kaler? aiseh man. tak sempat la pulak nak pergi tenung mata dia.
memang mantap la mamat ni.
nasib baik dia kenal ak lagi.
kalu dia tak kenal ak, mau je ak smack down dia kat situ.
gila ganas minah nii~!

dan yang ni spesies XX pulak.
tadi tu spesies XY.
okie. kalu yang betina pulak, aiseh sungguh tak sopan ayat tu.
tukar...
kalu yang pompuan pulak.
perghhhhhh...
dulu sopan je ak tengok.
pakai tudung. so sweet~!
tapi...

dia boleh bertukar wajah~!
mantap siot~!
dari sopan teros jadi minah rock kapak.
ak nak tegur pun, pikir 110 kali.
last-last, biarkan dia dengan hidup dia.
ak still sayang pipi tembam ak ni dari kena lempang ngan minah tu.

abes la ak.
kena kecam ngan peminat jantan cik lisa ni.
sori bro.
ak hanya bagi perumpamaan je wei.
lek ar der...
pape pun, cik lisa yang tersangat cun ni memang sangat ayu...


ade lagi wei makhluk yang bertukar wajah ni...





astaghfirullahalazim...
pehal lak minah ni?
sangat mencemarkan maruah pompuan yang bertudung cam kami~!
kalu nak pakai tudung tu,
boleh tak pakai elok-elok sikit.
sadis betul ak ngan kaum ak zaman sekarang ni.
sampai ade terkeluar statement:
pompuan yang tak pakai tudung tu lagi bagus akhlak dia dari pompuan yang pakai tudung~!
gila mantap statement tu...


kesimpulannya:
perlu ke nak tukar personaliti bila mula dapat title 'pelajar universiti'??
PERLU KE?
sila renungkan masalah ni sambil tengok dada langit di waktu malam. bukan dada kaum ak ea.
nak kena smack down??



Monday, December 6, 2010

~gara-gara bas sani~

salam.

alkisahnya bermula bilamana ak gatal-gatal meminta pertolongan daripada kawan ak untuk membeli tiket bas sani.sebab?
kerana gua mau balik kampung meyh setelah sebulan lebih merantau di negeri orang semata-mata demi exam ku yang tercinta.

sebab ak gatal?
kerana ak malas nak pergi hentian putra semata-mata hanya untuk beli tiket. ceit, ye ye oo je nak balik tapi tiket malas beli. hampesz. lagi pun, kalu ak start keluar dari kampus um ni maknanya kaki ak akan bertukar jadi otomatik (no manual) melencong ke lain. gila~! ak ade satu lagi kot paper yang perlu diconteng arang. eh silap. diconteng dengan dakwat pen. heh.

sebab kawan ak rajin?
kerana beliau dah abes exam. tepuk tangan sekali. sekali je wei. yang ko lebih-lebih tu pehal?
ak tersangat jelesh melihat keseronokan beliau yang pergi pusing satu kay el sebaik sahaja berjaya melepasi paper paling last. OMG.


tiket pakcik google

TAPI... ak ade masalah paling kritikal dengan tiket bas ni.
ak dapat seat kat tingkat paling bawah. sobs.
yan pasti ak dapat seat. bukan dapat kat tempat letak beg tu ye. harap maklum.
kalu dapat kat tempat letak beg tu ok jugak. bak kata sepupu ak, siap boleh bentangkan permaidani jenis baldu lagi untuk tidur. kahkah.


amat selesa. kalu berada kat tingkat 2 tu, rasa seperti terawang-awang di udara

tapi ak paling tak suka seat kat tingkat bawah. sebab?
kerana ak rasa macam lemas+sempit. selama ak naik bas sani ni, tak pernah-pernah ak dapat tingkat bawah. walau ade konflik pape pun, ak mesti request tingkat atas.

tapi silap ak jugak. ak lupa nak pesan kat kawan ak suruh request tingkat atas. sobs.
takpe. ak redha je la terima hakikat.
dato sani dengan kereta idaman ak. jutawan muda yang berumur 33 tahun. perghh. muda tu.

pape pun ak balik kelate 12/12/2010 pada jam 9.30 malam.
seperti biasa. before ak balik kelate, ak akan singgah rumah cik bidadari besi comel kat gombak.
sape cik bidadari besi comel?
beliau adelah kawan sedarah sedaging ak~! ak sangat rindu dengan beliau yang berada jauh di bumi anbia. sobs.

sape nak teman ak balik kelate? tiket beli sendiri. harap maklum.



Sunday, December 5, 2010

~benci benda tu~!

salam.

benda tu...
datang kembali.

ak benci benda tu~!
kerana ia bikin ak sengsara.
kerana ia membuatkan ak stress.
kerana ia mampu menghilangkan mood ak.
bila mood ak hilang, muka ak mampu untuk berkedut macam ni...

apa pandang-pandang?ak ade hutang dengan ko ke?


benda tu juga membuatkan ak tersangat sensitif...
senang nak nangis. sobs.
cepat terasa.

benda tu juga bikin ak panas~!
cepat melenting.
setiap saat, ade je benda yang membuatkan ak tak puas hati~!
grrrrrr.

sori kawan...
kerana ak bermasam muka semalam.
tapi nasib baik korang paham dengan keadaan ak.

bila ak tetiba je jadi bisu tanpa sepatah kata, korang paham...
bahawa mood ak tengah swing~!
uwaaaaa.

ak benci benda tu...mood swing~!
sangat benci...



Friday, December 3, 2010

~ak serius~!

salam.


pelangi.

suka tengok keindahan ciptaan Allah yang satu.
pelangi kehidupan. orang sekeliling tengok ak sebagai manusia yang murah dengan senyuman, selalu happy, suka buat benda giler. pendek kata, orang yang dekat dengan ak akan sentiasa gelak sampai keluar air mata bila ak buat lawak paling bangang.

TAPI dalam hati tak siapa yang tahu. dalam hati ade taman. oh tidak semudah itu.

dalam kegembiraan ak, terselit perasaan duka di hati. duka dalam gembira.
dalam dunia ni sape yang takde masalah kan??

roda kehidupan. ye. kita tak akan selalu berada di atas.
kadang-kadang kita perlu merasai kehidupan di bawah supaya kita tidak terus menerus rasa bongkak. betul kata mereka. kita akan mula mengingati Dia apabila kita dilanda musibah.



panorama alam yang paling indah ak lihat di bumi sabah secara realiti.bukan khayalan semata-mata.tenang.Allah Maha Besar.credit untuk fon kapcai ak.


alhamdulillah. hidup ak tenang apabila ak mula bentangkan sejadah menghadap Tuhan yang tidak pernah lupakan ak sebagai hambanya yang paling kerdil. malah ak yang selalu lupa akanNya lantaran mudah terpedaya dengan keindahan plastik duniawi ini.

tapi ak sedar. Allah masih sayangkan ak. kerana itu, Dia sengaja memberi ak peluang untuk merasai dugaan hidup yang maha hebat. Dia ingin menguji keimanan ak.
di saat ak susah, hanya Allah tempat ak mengadu, tempat ak berdoa. doa adalah senjata orang mukmin yang tiada tolok bandingnya.

"dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." surah al-Baqarah ayat 155.

benar. kesabaran amat diperlukan di saat menempuh dugaan. mengapa? kerana dengan adanya sifat sabar, kita mampu untuk berfikir jalan penyelesaiannya. setiap masalah mesti ada jalan keluar.

oleh sebab itu, ak sentiasa berfikiran positif di saat ak diuji olehNya. alhamdulillah. hidup ak sentiasa dipermudahkan walau sesukar mana dugaan yang melanda hidup ak. caranya??
amat mudah. cuba amalkan membaca surah al-Fatihah 1x, al-Ikhlas 1x, al-Falaq 3x dan an-Nass 3x setiap kali selesai menunaikan solat asar dan solat subuh. seboleh-bolehnya kita mesti menghadap kiblat dan masih dalam keadaan berwuduk. insyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan hidup kita.


gua amat sentap melihat kek pelangi ni~!


wahai manusia, kamu mesti ingat. walau kamu sehebat mana sekali pun, tapi kamu still insan yang paling kerdil. kita semua serupa. berasal dari tanah. jangan la kamu bermegah-megahan dengan harta dunia~! kereta mewah. banglo mewah. tanah berekor-ekor. ak konpius. benda-benda yang korang dok bangang-bangangkan sangat ni akan bantu korang untuk jawab soalan mukar nakir ke? kalu tak, nape korang buat collection? pahala taknak pulak buat collection. adeyh.

dunia dah akhir zaman. noktah.

Thursday, December 2, 2010

~lagi sekali??~

salam.

sobs... sedeyh.
mata kanan ak buat hal lagi.
KETUMBIT lagi~!
ye lagi. ak rasa dah 2 kali kena dalam tempoh 3 bulan~!
cuma yang bezanya, ritu ak kena kat bawah mata.
kali ni pulak kena kat atas kelopak mata pulak.
sakit wei. nak stadi pun tak syiok.

apetah lagi nak usha spesies ni~! ngee.
gila~! ngan mata bengkak camni pun ade hati nak usha spesies ni.


DEFINISI KETUMBIT

ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut.
naseb ak tak kena bisul kat bahagian bontot. kalo tak haru la ak nak jawab exam nanti.
duduk pun senget-senget.

ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak.
erk? kanak-kanak? ak ni kategori kanak- kanak lagi kew? ye kot...hoheh.


FAKTOR-FAKTOR:

  • tekanan. owh patot la. penangan exam kot. boipren? ish. konpem tak. sebab boipren pun tak kenal ak. erk??
  • pertukaran hormon. tyme pms kot.
  • guna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria. alat solek? rasanya dah sebulan lebih ak tak bersolek. bakteria pendam ape? sekarang baru ade reaction?
  • diabetis. kencing manis tu takde lagi setakat ni. tapi kencing malam tu ade la.
  • kandungan lemak yang tinggi dalam badan. lemak berkrim disukai ramai. nyum2.
  • kekurangan vitamin dalam badan. sape boleh derma untuk ak??

SIMPTOM-SIMPTOM:

  • bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata. bukan di bahagian bontot ye adik-adik.
  • bengkak di sekeliling kelopak mata. imejku tercalar. sobs ;(
  • sakit. kurang sikit dari sesungut.
  • kelopak mata menjadi merah. untuk hilangkan merah tu, try mekap ala-ala gothic. konpem teros hilang warna merah tu.
  • kelopak mata terasa sakit apabila disentuh. sape suruh sentuh. tiru la cara ak. ak tak sentuh pun tapi teros tenyeh. geram~!
  • mata menjadi pedih. jalan paling selamat. tutup je mata tu. alamatnya sampai pagi esok la ak tido.
  • mata berair. ye ke? tak pun.
  • gatal-gatal di bahagian bisul. yang ni ak paling geram. dah takde istilah garu-garu. terus tenyeh. nikmat gila. tapi... ADOIIIII. sakit. padan muka.
  • tak selesa semasa proses mengelipkan mata. ala, tak boleh nak main kenyit-kenyit mata la ni dengan pakwe-pakwe ensem. gua sangat sentap. grrrrr
  • sensitif kepada cahaya yang cerah. yang ni pun nak kena ajar ke? pakai spek hitam yang bergaya tu la derr.

p/s: jaga mata baik-baik ea koram. petua dari ak, selalu la buat senaman kenyit-kenyit mata. tapi kalo ade bangla yang perasan tu jangan salahkan ak. sape suruh buat senaman mata depan bangla. kan-kan?? 3 lagi paper...