Tuesday, November 30, 2010

salam.

SEJUK~!
asal petang je hujan. asal hujan je petang.
ape yang ak merapu ni?
penangan exam. ngeh3.



ak ni pun dah macam orang dalam pantang.
berbalut dengan sweater la. dengan stokin lagi.
nasib ak tak pakai kain batik. sebenarnya ak tak reti nak pakai kain batik. kehkeh.
bila pakai je mesti terlucut. daripada ak buat free show depan kawan-kawan ak, baik ak pakai seluar ke, skirt ke. terjaga sket maruah ak. hee.

kalo pekena teh tarik+roti canai kat kolej sebelah ni pun best jugak ni.
TAPI... malam pun hujan.
bila masa pulak la ak nak makan roti canai ni.
adeyh. ak ni kalo tyme malam selera makan ak ni lain.
dah macam kebulur...
kalo ak tahan lapar, bangun pagi tu dah macam zombie carik makanan.

zombie ke ni?? lantak laa. ade ak kesah. secara faktanya, ak akan bertukar jadi pink kalo ak lapar~! percaya la.

p/s: 6-2=4. maknanya lagi 4 paper. chaiyok2.

Friday, November 26, 2010

~pilihan ibubapa paling berkat~

salam.

baru-baru ni ak ikut rombongan pertunangan sepupu ak.
sepupu ak ni laki. baru balik dari mesir.
ustaz woo. tapi beliau ni takde la skema sangat.
sampai nak berserban 24 jam.
kawan-kawan dia panggil ustaz rock. heh.

sebenarnya yang ak dengar dari mak ak la, tunang beliau tu pilihan mak beliau yang kebetulan mengajar satu tempat dengan mak tunang beliau.
senang cerita, bakal besan ni rakan sekerja la.

yang bestnya tunang beliau ni seorang doktor~!
pergh... untung la makcik ak ni dapat bermenantukan doktor.

okie. fine. straight to the point.
yang pasti pilihan ibubapa adalah yang terbaik.
ye la. takkan mak ayah kite nak menantu yang kerja dia mat rempit profesional.
mak ayah kite mesti nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.

macam kes sepupu ak ni.
dia hensem je.
tapi kita boleh beza antara lelaki yang berpengetahuan agama tinggi dengan lelaki yang cincai-cincai ni.
takde maknanya dorang nak angkut anak dara orang ke hulu ke hilir.
maybe dorang lebih senang dengan pilihan ibubapa.
sekali dapat doktor~! cun pulak tu. putih melepak wa cakap lu.



tapi yang ak herannya budak-budak zaman sekarang semuanya berlumba-lumba nak ade pakwe makwe.
budak darjah 2 pun dah ade beb.
ciss. period pun belum, ade hati nak bercinta.
taw tak PMS tu ape??

sekarang ni pulak, tiap-tiap hari ade kes remaja lari dari rumah.
sebab: ikut pakwe lari~!
remaja mesti berumur antara 14-17 tahun.
ape ni dik? tak kesian kat ibubapa korang ke?
pakwe pulak jenis yang menganggur plus penagih dadah.
lelaki camtu ke korang nak carik untuk jadik suami korang?
mampu ke bangsiot tu nak bimbing korang ke jalan Allah?
diri sendiri pun tak berapa nak terurus...

pastu, pilihan dorang memang pecah pinggan mangkuk kat umah kalo mak dorang taw.
muka dah ensem, tapi penyangak rupanya.
adeyh. lebihkan faktor rupa paras la pulak.
cenggitu??

bila masuk soal kawen, mak ayah tak setuju pulak.
dah ko punye pakwe asyik hisap gam 24 jam (tapi muka ensem), mana la mak ayah ko nak lepaskan ko kat tangan budak laki tu.
dia pilih klcc dowwhhhh~!
sadis betul ak dengan budak zaman sekarang.

papa!mama! tolong carikkan kakak bakal suami boleyyhh??
yang penting berduit. no money no talk!!
erk. materialistik la pulak.

p/s: pape pun pegangan agama 'dia' yang penting. 'dia' bakal bimbing isteri dan anak-anak menuju ke syurga...

~budak merah vs ak?~

salam.

haish. tyme ni jugak la dia nak terkenang zaman muda-mudi dulu.
tapi siyes rindu zaman budak-budak~!
tyme tu suka ati ak je ak nak buat ape pun.
kalo ak tetiba je pergi cubit bontot akak yang pakai seluar sampai nampak garisan underwear tu pun dorang boleh senyum je.
"takpe. dia masih budak". ngeh3.

sape suruh pakai seluar ketat-ketat.
ak dengan innesen nye pergi la tarik benda garisan tu.
maklum la budak. semua benda dia nak taw.
kahkah.

pastu, suka main masak-masak la. biasa la budak pompuan. mainan ni memang dah sebati dengan diri kami.
sebab mak selalu cerita, kalo tak pandai masak, nanti suami lari.
so, kami pun start la praktis sejak dari kecik lagi.
dengar tu kaum adam. kami start praktis masak-masak sejak dari kecik lagi~! kihkih
main kejar-kejar la.
main ossom la. ala yang main guna tangan tu, ade batu, burung, air, pistol.
main nyorok-nyorok la.
part nyorok-nyorok ni la yang ak paling suka.
pernah gak sekali ak nyorok sampai ak tertido sebab budak-budak tu tak dapat nak carik ak.
terer tak port nyorok ak...



pastu kalo masuk bab citer kartun, ak suka layan citer teletubbies ni~!
tak pernah miss la wa cakap lu.
suka bila tengok part dorang nak makan.
dorang akan guna mesin untuk keluarkan kek (kalo tak silap).
tyme dorang nak makan je, dorang pun mula la beratur kat mesin tu nak amek makanan masing-masing.
pastu, ak mula la meleleh air liur sebab teruja tengok kek dorang.
pastu, merengek gedix-gedix kat mak ayah ak nak kek jugak.
aiseh. budak senang je terpengaruh~!



pastu, boleh pulak kawan ak cakap muka ak cam teletubbies merah ni~!
sila JANGAN bayangkan bontot dia macam bontot ak~!
erk??


ak dah terkena sumpah ke?
ke mak ak pun suka layan citer teletubbies masa ngandungkan ak dulu?


ke disebabkan paras ketinggian kami hampir sama?
uwaaa. taw la ak kecik. jangan la nak perli-perli ak dengan budak merah ni.
sob3.

Thursday, November 25, 2010

~joget lambak mcChicken~

salam.


hey you~! i dh abes 1 paper.
ceh. baru abes 1 paper dah nk canang satu m'sia. gila kentang~!


okie. satu paper dah abes.
tutup nota yang tu, kita bukak nota plant physio untuk esok pulak ea.


tetiba teringat plan giler rumate ak.

A: yeay~! ak abes exam 3hb~!
B: ade ak kesah.
A: memang la ko tak kesah sebab ko abes 10hb. kehkeh.
B: pastu???
A: nanti masa 3hb, lepas dorang kutip je ak punye paper, ak nak joget lambak kat situ jugak. woohooo.
B: erk???

bernas jugak idea tu...
ade sape-sape nak join ak joget lambak 10hb ni kat dalam dewan?
anyone??
tak pun kite buat joget lambak tyme pergi makan mcChicken~!
kahkah

p/s: 5 lagi paper...

Wednesday, November 24, 2010

~malam yg berkat~

salam.

gadis tu bagaikan malaikat kecil yg dipinjamkan oleh Allah untuk tolong ak pada malam tu.


malam tu ak sampai hentian putra pukul 8 p.m.
turun je daripada bas, ak terus meluru ke mcD sebab lapar dah tahap gaban~!


credit untuk sepupu ak sebab beliau belanja ak mcChicken.
hei mcChicken...
teringat iklan kt tv. gedix nk mampus. nak makan burger pun, siap nyanyi-nyanyi...
patotnya baca la basmallah dulu. hampesz~!


lepas siap tapau burger nak bawak balik kolej, ak terus berjalan sendirian menuju ke stesen pwtc.
ak cuak jugak masa tu sebab first time kot jalan sorang-sorang kat tengah-tengah bandar. malam pulak tu.
kl ni bukan boleh caye sangat.
orang dengan setan pun dah tak boleh nak beza.


dengan kepala yang masih tingtong, boleh pulak ak konpius laluan untuk ke masjid jamek.
tetiba ak ternampak seorang gadis.
comel~! putih. pakai spek. pakaiannya amat sopan. muka pun suci bersih je. orangnya kecik je.
rupanya gadis tu pun belajar kat um jugak.
yang menariknya, beliau senior ak. budak master.


kakak tu la yang tolong ak angkat bagasi ak yang nak sama berat dengan anak gajah ni.
berat wei. dan beliau juga belanja tiket lrt untuk ak.
ak memang segan giler dengan kakak tu.
dah la baru kenal ak tapi siap belanja tiket lrt lagi.
mulanya ak was-was jugak dengan kakak ni.
tapi bila tengok raut wajah beliau yang tenang, ak jadi kelu.
siyes, kakak tu amat baik. kak mumtaz...


sampai je stesen u, ak teros cari teksi.
gila nak naik bas masuk um~!
dah la bagasi ak ni ringan giler. alamatnya tak sampai kolej la ak malam tu sebab tercabut pinggang tengah jalan. hee.

takot jugak naik teksi malam-malam. single pulak tu.
muka pakcik teksi pulak ade iras-iras gangster.
tawakal je la jawabnya.
naseb la stesen u dengan pintu masuk um tu dekat je.


alhamdulillah. malam tu, ak selamat sampai um.
pakcik teksi tu pun baik. siap bagi nasihat lagi untuk ak sempena minggu exam ni.


ye~! budak-budak um baru nak start exam. harap maklum.


p/s: don't judge a book by its cover~!

Thursday, November 4, 2010

~last but not least~

salam.

ak tengah mengidam nasi lemak mapley ni~!
nyum3.



okie. fine. minggu ni merupakan minggu stadi week.
TAPI ak tak stadi pun. langsung tak.
sbb ak pulun nak siapkan esemen. dah macam zombie.
waktu tido ak pun tak tetap.
sampai la ak jatuh sakit. demam.
even due date after raya haji. tapi ak tak nak buat keje last minit.
ak memang dah set goal, nak siapkan esemen minggu ni jugak.


ANNOUNCEMENT:
ak akan bersara dari dunia alam maya buat seketika.
back to reality: i'm a student~!
final exam dah nak dekat woii...
asyik bukak muka buku pastu blogging. bila ak nak stadi nyer??
hampess.
camni la ak.
jangan la bagi ak berukband ke, wiFi ke.
kalu tak memang memanjang je nak online. ape kes?


ak amat terharu sbb ade bloggers yg sudi untuk datang terjah blog picisan ak yang serba pinky ni. terima kasih!!! mmmuuuaaahhhh. gedix. aiyakk.
maaf la ye kepada sesape yang dah berbulu mata dia sampai boleh guna sikat apabila melihat blog pink ak ni.
ngeh3.

YE... AK MEMANG HANTU PINK. harap maklum. hee.


kepada bidadari besi,
k.kin mungkin akan rindu dengan blog kamu (yang selalu gado2 manja dengan en mofasad anda).
dengan cerita musim salji kamu.
pastikan kamu upload gambar kamu tengah main dengan ketulan ais di sana ea~!
nanti bila k.kin dah ade berukband, boleh la skype dengan pa n ma k.kin.
mereka pun tengah merindui keceriaan kamu yang tak pernah pudar~!
kamu memang seorang yang kuat seperti bonda kamu~!



tenung gambar ni ketat-ketat di saat kamu merindui kami di Malaysia~!
credit to photographer yang tak bertauliah. hee.
suke gambar ni sbb tengok mimik muka dibah yang sangat2 comel+gaya baby yang bersahaja.
and k.kin pulak, muka tengah koya. kihkih.



kepada bloggers yang bakal merindui ak (bongkak giler), ak ade hadiah paling menawan kat u olls...
yg pasti bukan gambar ak pakai bra terbalik ea. dusshhh2.
...
....
......
........
..........
.............
.................
....................
.........................
............................
................................
...................................
.......................................
...........................................




TADAA...


PERGH... SANGAT MENAWAN~!
bisa meruntun hati sape2 yang melihatnya. wakaka.
kalu u olls rindu sama beruk yang jelita ni, jangan malu2, jangan segan2 datang jenguk blog pink ak ni.
thanx a lotzz... sayang kamoo semua. hee.

kenangan dari ak: buDAk kecik aka Nur Asyikin.

p/s: yeay~! akhirnya ak dapat jugak jamah nasi lemak mapley. erkkk. alhamdulillah. kenyang.

~dara ke?~

salam.

panas.sejuk.panas.sejuk.
pastu panas lagi.
macam tu la keadaan ak masa nak tidur semalam.
tambah sakit kepala yg berdenyut macam nak pecah.

konpem~!
DEMAM~!
tapi ak suka kalu ak demam sbb orang kata,
"bila kita sakit, dosa kita akan terhapus"
alhamdulillah, kalu betul.

ak kat malaysia pun dah demam.
camne la dengan sepupu ak yg tersayang (bidadari besi) kat bumi anbia tu?
beliau kata kat sana sekarang dah masuk musim salji~!
shuke-shuke...
take care ea sayang~!

dalam pukul 4.30 pagi, ak dah terjaga sbb sakit kepala lebih mengatasi nafsu tidur ak.
pastu, ak makin tak boleh tidur bila tengok katil rumateku kosong plus burger kepsi beliau yg tidak terusik sejak dari malam tadi~!
hah? mana beliau?
ak taw beliau pergi buat kerja surat-menyurat dengan cik paan malam tadi.
tapi dah pukul 4.30 pagi kot. takkan tak siap-siap lagi??
jiwa ak mula resah.
adeyh. mana nak cari rumateku yg comeyy tyme pagi-pagi buta camni?
kepala ak makin pusing~!

tak lama kemudian, ak dengar suara mereka di luar bilik ak.
fuh, lega~!
beliau bukak je pintu, ak terus serang hendap. ngee.

rupa-rupanya beliau jadi burung hantu sbb nak siapkan surat-menyurat untuk projek kolej kami, PESTA PANTUN BESTARI yg akan bermula pada bulan 2, tahun 2011.

nanti ak pulak yg bakal jadi burung hantu untuk menguruskan tajaan projek ni.
kepada sesiapa yg sudi untuk menyumbangkan tajaan untuk projek kolej kami ni, anda dipersilakan untuk meninggalkan mesej pada entry ni. terima kasih.


lepas semayang subuh, ak berfesbuk kejap sebelum start buat esemen.
(fesbuk je lama, buat esemen kejap je. ngeh3.)

tiba-tiba...



jengjeng...



ade sorang mamat yang tak berapa nak sedar diri telah memberanikan dirinya untuk bertanya soalan yg paling cepu emas kepada ak~!

'adekah anda masih dara??'

aiyaakkk.

ape kes pagi-pagi buta nak tanya soalan yg ekstrem ni??
ak terus offline... hee.


bila ak pikir-pikir semula.
dunia akhir zaman ni, berita maksiat yg melibatkan perempuan dengan lelaki yg bukan muhrim ni dah bersepah. saya ulang, DAH BERSEPAH~!
memang ak tak pelik la bila kaum lelaki pun dah mula sangsi dengan kaum perempuan...
mereka pikir, zaman sekarang dah susah nak carik perempuan yg still suci~!
dan ak yg tak bersalah ni pun turut dicurigai oleh mamat tersebut~!
uwaaaa. ak takde kena mengena pun dengan kes ini~!
ak still sayang kekasih ak (ALLAH)~! ak still sayangkan parents ak~!


nasihat ak: jauhilah maksiat.

caranya: jangan couple sebelum kawen. kalu dah lahap sangat nak bercinta, ajak la orang yg korang sangat-sangat kasihi tu kawen~! pastu, suka hati korang la nak berkepit macam belangkas pun. ade ak kesah? orang sekeliling ko pun tak kesah~!

p/s: malam tadi ade rama-rama menumpang tidur kat tangan ak. kehkeh. orang tua-tua kata, kalu ade rama-rama hinggap kat tangan perempuan (of course), ade orang nak masuk meminang. adekah ini fakta @ auta semata-mata??

Wednesday, November 3, 2010

~perasan model~

salam.

semalam,
lepas semua keje ak selesai, ak pergi meronggeng kat midvalley.

ak pergi pukul 5.15 p.m. kot dengan menaiki bas rapid.
bila pergi tyme camtu, alamatnya secara otomatik ak akan bertukar jadi sardin. ngee.
ak berasak je dalam bas tu. peduli ape ak.
janji ak selamat sampai mid.
cuma satu je yg ak takut. RABA-MERABA~!
tapi setakat ni, TAK PERNAH lagi kena raba~!
tak maw~! mintak jauh la semua tu. amin.

punya la lama nak sampai mid sebab jalan jammed~!
biasa la. tyme orang balik keje kot.
masa ak tengah khusyuk menikmati panorama alam dari dalam bas, ak perasan ade kereta kat sebelah bas ni dok gelak-gelak dengan kawan dia dok tengok aksi sardin kami.
ceit. kureng asam.

pastu, tetiba ak nampak mamat ni pegang pepejal yg berwarna hitam~!
apekah??
bila ak mengamatinya...pepejal tu adalah kamera nikon.

ape kes nak snap gambar sardin? masa jammed pulak tu.
menawan sangat ke?

alamak, camne ak nak posing ni?


nak posing camni ke?
haish, bajet comel pulak.


ke camni?
nanti, beliau terus meminang ak pulak.
ak nak graduate dulu~!


yg ni?
sopan sangat tu.


???
abes tercalar imejku yg ala-ala gadis melayu terakhir~!
ngeh3.


ke senyum camni je?


erk? motif?


alolo...comeynyer.


ak teringin nak posing camni tapi kiri kanan ak penuh ngan sardin hitam putih.
camne nak posing? sob3.


yg ni cam bajet macho pulak.


posing camni la senang.
konpem tak tido malam~!
kalu tido pun, konpem beliau akan termimpi-mimpi~!
ngee.

Tuesday, November 2, 2010

~nafasku yg terakhir~

salam.

alhamdulillah. berjaya jugak ak & cik paan hantar esemen plant physio petang tadi setelah bertungkus lumus(sambil berfesbuk+blogwalking) menyiapkan esemen tu.

ak memang kelam kelibut giler pagi tadi.
baru je tido after subuh sbb nak siapkan esemen punye pasal.
pastu pukul 9.15 a.m. dah bangun sbb nak compiling bagai la.
esemen nak kena hantar pukul 2 p.m.
TAPI dalam pukul 11 a.m., esemen tak print lagi~!
pastu plus masalah teknikal lagi.
memang banyak la dugaan nak hantar esemen ni.
pape pun esemen plant physio dah selamat hantar~! ngee.

siyes ak cakap, minggu ni memang minggu yg paling kalut~!
kalut-kalut pun, sempat lagi layan fesbuk+blog. ngeh3.
hati ak tak tenang. tension+stress~! camne tu?
bila dah tension-tension camni, mula la ak nak buat gila.
contohnya keluar jalan-jalan waktu malam dengan kawan sambil borak pasal crush masing-masing ke, main game budak hingusan ke, makan ais krim sampai comot-comot ke, mandi pukul 1 a.m ke, pakai bra terbalik ke, bertempik secara memvavi buta kat floor ak ni ke, etc.

TAPI still tak tenang jugak~!
pikir punya pikir baru ak jumpa formula untuk tenang.
dekatkan diri dengan Allah~!

kita ni nama je Islam.
tapi tyme tension je mesti pergi tengok wayang la, pergi bercuti kat genting la, karaoke la.
huh~!
ape yg kita dapat? dosa semata-mata.
nauzubillah.


BETUL~!
tiada lagi ketenangan yg sebenar melainkan ketenangan kurniaan Allah.
Allahuakhbar~!
ampunkan hamba Mu yg hina ini ya Allah...
berikan ak peluang untuk beribadat kepada Mu hingga nafasku yg terakhir...amin.

Monday, November 1, 2010

~H.A.N.T.U. vs G.H.O.S.T.~

salam.


hantu tu ape?
yg ak taw, kalu sebut je hantu, mata kecik pun boleh jadi besar secara tiba-tiba.
sebut je hantu, rasa nak terkucir secara mendadak pun ade.
kalu face to face dengan hantu pulak, pergh...
alamatnya terkencing, terberak dalam seluar lerr. ngee.


tyme nak exam macam ni la, telinga ak ni macam dah immune dengan perkataan HANTU.
ye la. asal nak exam je, mula la orang ni cakap nampak hantu berbungkus kat belah sana.
pastu orang tu pulak cakap nampak hantu berbungkus belah sini.


meh cheq nak habaq mai...
mane ade hantu, sayangku sekalian. harap maklum.
hantu memang takde kat dunia ni~!
yang ade hanya setan semata-mata.
yang korang nampak hantu bagai tu hanyalah rekaan orang-orang kita sahaja~!
pernah ade sorang budak comeyy ni tanya ak, dekat obersi pun hantu dia sama ek dengan hantu kita??
erk~!
ak pun mula terpikir. a'ah ek.
kat obersi tu pun ade ek hantu berbungkus, hantu raya, langsuir, toyol etc. tak larat ak nak sebut kat sini sbb banyak sangat jenis hantu kat malaysia ni.
adeyh.

yg ak tengok citer hantu omputis tu, takde pulak dorang tunjuk hantu berbungkus ke, toyol ke.
mana ade~!
langsung tak sama dengan hantu kita.
ceh, rupa hantu pun lain-lain ke antara negara-negara ni?
kihkih.
nonsense~!

setan-setan tu dok ketawa guling-guling bila tengok kita mencicit lari konon baru lepas tengok hantu~!
kita kena takut hanya dengan Sang Pencipta sahaja~!
bukan dengan hantu bagai ni~!


wazzaap~! amacam lawa tak wajahku ini?
ngee.

p/s: abes tu suara manja tengah-tengah malam tu pulak suara sape? lu pikir la sendiri~!