Tuesday, October 26, 2010

~seronok dalam kekalutan~

salam...


3 hari 2 malam ak menghilangkan diri dari kolek kediaman ke-4, bilik B220. ngee.

23/10/2010: um>perlis>gua kelam>sri garden hotel.

24/10/2010: sri garden hotel>langkawi>buffalo park>eagle bay hotel>dataran helang.

25/10/2010: eagle bay hotel>perak>ostrich farm>um.


gua kelam yg sememangnya kelam. ngee.
sangat menarik! nak-nak bila terserempak dengan pasangan suami isteri berpegangan tangan kat sini.
ngeh3.
yang pasti halal okay!
erk, ak pun tak sure la. zaman sekarang bukannya boleh beza antara yg dah kawen dengan yg belum kawen.
wallahualam...




saje nak tunjuk cincin kat jari manis ak. ekeke.
yg pasti ak tak bertunang lagi okay!
i'm still single but not available yet! kihkih



masa ni tengah siap untuk pergi bercoli. EH SILAP. pergi berjoli. hee.
takde maknanya kami nak pergi joli sakan. tengah gawat pulak tu.
kami sebenarnya nak pergi jalan-jalan cari gerai sbb perut tengah mendendangkan lagu yg sukar untuk digambarkan.



ni masa kat buffalo park. nama je buffalo park. tapi, cheese production pun ade.
dorang buat cheese secara tradisional je. no machine! wow! amazing!



daging kerbau! fulamak, sedap siot! nyum3



yogurt kerbau! dah nama pun buffalo park, so, semua makanan di sini berasaskan kerbau.
pergh! sangat mengancam untuk ak yg sememangnya penggemar yogurt yg amat tegar.
TAPI sori ak tak suka susu! harap maklum.
dorang ade jugak hidangkan kat kita orang susu yg fresh dari ladang tapi maaf susu itu tak akan dan tak pernah menggoda ak walau seseksi mana pun susu tu!



bau kandang kerbau sangat power! sampaikan ak pun keliru antara bau badan ak dengan bau kerbau. kehkeh.



ak & kerbau. eh, boleh jadi bahan gosip ni! hee.



cart riding! i luv it! best dowh naik benda alah ni.



pokok nyiok bercabang! mula-mula ak tak percaya.
pastu, pakcik tu bawak kita orang kat tempat ni.
amek kau! betul laa...



wonder girls malaysia! hee.
kononnya kami berangan nak buat performance malam ni. kami ber 'boria'.
TAPI benda lain pulak jadi. kihkih.
pape pun, malam ni memang best sbb budak-budak biotek sama gila malam tu.
kami main macam-macam games. best siot! ngeh3.



helang kebanggaan langkawi!
kami sanggup jalan kaki selama lebih kurang 15 minit dari eagle bay hotel ke dataran langkawi!
pergh. sampai je kat hotel, rasa macam nak cabut kaki letak kat tepi katil pastu Zzzzzzzzzzzzzz.
selamat membuta...



rusa yg bertanduk tumpul! kehkeh.
pelik gila tengok tanduk dia tumpul!



ostrich yg sedang bercengkerama depan khalayak ramai. ngee.



muka bahagia selepas berjaya melahirkan telur ostrich yg besar punya!
cam pelik je ayat ni?



agak-agak ni menatang ape?
selamat menjawab...

p/s: watch out with the virus around you.

2 comments:

it's-paan said...

kehkehkeh...
langkawi best....

buDAK keCIK said...

like this!!!