Wednesday, October 20, 2010

pandangan nakal en.XY

salam...

pada suatu pagi yg indah, ak melangkah dengan penuh bergaya pergi ke cafe untuk melantak.
perut ak dah macam-macam bunyi masa dalam kuliah. memberontak.
ak dah paham dengan karenah perut ak ni.
tiap-tiap pagi mesti main gitar la, main piano la, main drum la.
tanda protes. mintak habuan.
haish. kang ak puasa sampai tengah malam, baru taw.
terus stop main muzik-muzik dalam perut ak ni. hee.
tapi yg susahnya ak la. kang tak pasal-pasal melencong pergi spital.


tyme ak tengah rakus cari meja kosong, ak terpandang en.XY comey.
aiseh. ensem+cute. okie la tu. buat tambah stok. ngee.
ok dah. sekarang ni, nawaitu ak satu je : nak bagi habuan kat perut gebu ak ni.
ak pun me 'landing' kan bontot ak kat meja sebelah en.XY comey tu sbb kat situ je yg kosong.
bonus untuk ak! kihkihkih.
lepas amek makanan, baru ak perasan, mata si XY tu sedang galak tengok ak!
ape kes? nak je ak bertempik kat situ, "bai, ak ade hutang dengan ko ke?"
tapi tak sampai hati pulak nak sound en.XY tu sbb dia comey sgt2.
tapi ak sebenarnya dah kembang semangkuk. ye la. en.XY yg jelita. EH SILAP.
en.XY yg ensem+kiut miut tengah usha ak kot. hee.


dah memang sejak azali lagi, ak dikurniakan chromosome XX. cover cun la beb.
makan dengan penuh keayuan. cover siot! tangan ni tengah terketar tahan lapar! ekeke
kalu la en.XY ni takde depan mata ak ni, berterabur ak makan. hee.
pastu, tyme ak jeling-jeling manja dengan si XY ni, dia siap senyum kat ak tu!
dup!dup!dup! mantap.


lepas abes makan, memang terasa berat hati nak berambus dari tempat tu.
sbb en.XY bagi respon positif. dia senyum kat ak!
tapi ak wajib berlalu pergi dalam keterpaksaan. sob3
tetiba en.XY tu bersuara. dalam hati ak ade taman! wee~~~


kawan ak : patot la usha ko dari tadi sampai nak tersembul bijik mata. rupanya nak kenal dengan ko. so sweet!


ak pulak termalu kucing di situ. ngee.


en.XY : ehem. awak. lawa sandal!


mata ak terus otomatik jatuh ke bawah.
erk! pasai apa ak bley tersarung sandal kawen ni???
sebelah pink, sebelah hitam. tak ke haru tu.


ak menikus di situ...


p/s: watch out with the virus around you.

3 comments:

za petrelli said...

virus.. ada di mane2

buDAK keCIK said...

ye!skrg ni pn ade.tgh tgk entry ngn ak
hee

piNky LuCiA said...

haha,. boleh ke macam tu.