Saturday, October 30, 2010

~bola yg dh mmg bulat~

salam.



hari ni kelantan vs negeri sembilan.
ak tak minat bola sebenarnya.
tapi ak teruja jugak nak tengok bila KELANTAN vs negeri sembilan~!
kelantan-2, negeri sembilan-1

bila tyme kelantan masuk je gelanggang, semua berita yg terpampang kat surat khabar jadi PANAS~!
tajuk surat khabar tu mesti: penyokong kelantan bakar bla-bla. penyokong kelantan ganas bla-bla [yg pasti WAJIB negatif~!]
tak paham ak~! [mungkin penyokong kelantan yg terlampau fanatik@pihak media yg berfikiran negatif]
fikir-fikir dan renung-renungkan.

kadang-kadang ak rasa pihak media macam berat sebelah. erk?

ye~! ak tak nafikan kami [orang kelantan] memang semangat kenegerian tu tinggi.
tapi ak rasa negeri lain pun sama kot.
sape yg tak sayang negeri kelahiran wei.
kat situ la tempat kita membesar, belajar, berak, kencing sampai la kita jadi perantau kat negeri orang pulak.
kita pergi mana-mana pun, mesti kita bawak nama negeri tu.

kalu masa minggu orientasi kat universiti mesti orang tanya, "asal mana?". haa, see~!
betul tak?

ak tertanya-tanya jugak.
sebenarnya kenapa penyokong kelantan terlampau fanatik?
kalu kalah pun dorang buat hal, kalu menang pun dorang buat hal. kononnya laa.
ak rasa mesti ade 'sesuatu' yg membuatkan mereka bertindak agresif~!
apekah??
kalu takde angin, camne pokok boleh bergoyang der?
ke monyet 4th ni yg tolong goyang? ngee. x logik~!

kita ni bukan main lagi saling menuding kaki. EH SILAP~! menuding jari~!
orang ni bakar bla-bla. orang tu tumbuk bla-bla.
TAPI yg pasti bola tu tetap bulat camtu je.
gadoh sebab BOLA yg bulat~! ngee.

p/s: berita apa pulak la yg bakal meng'hot' kan surat khabar esok?


~tunda-menunda~

salam.


pagi ni hujan lebat.
tidur pun syiok je.
lena je ak tidur ari ni sbb dah tak payah pikir pasal presentation, pasal test.
nasib baik la ak terjaga nak semayang subuh.
tapi tu pun dah macam ala-ala subuh gajah.
aiseh. hujan punya pasal. [salahkan hujan plk].


ni hujan lain. takde kena mengena dengan yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.
hiasan semata-mata.

sepatutnya pagi ni ak ade group discussion kat library.
TAPI disebabkan hujan, ak mesej kawan-kawan ak cakap tunda pukul 10 pagi.
konon nak tunggu hujan berhenti la~! hee.
[tapi sebenarnya ak nak sambung tidur. ngee.]
lepas ak bersiap-siap, hujan still turun mencurah-curah bagaikan air tempayan yg dibuang dari langit.
ak pun terus kol shima yg masih dalam mamai; 'wei, kite buat discussion esok la ek'.
amek ko~! mula-mula tunda satu jam. lepas tu, terus tunda esok~!
kerja ak tertangguh lagi. [pemalas]

lepas tu, ak terus sambung kerja yg telah tergendala sejak seminggu yg lepas iaitu;
aktiviti mendobi. senang je. campak je dalam mesin. dah siap~! hoho
tak sempat weh nak basuh baju after balik dari field trip. [busy+malas]
hectic week la katakan.
tapi blog boleh pulak update tiap-tiap hari. wee~~~

memandangkan ak dok sorang-sorang dalam bilik.
[rumate ak yg sorang tu balik, yg sorang lagi ade test]
tetiba mood rajin ak datang ari ni; aktiviti kemas bilik. oo yeah.
assignments tak siap-siap lagi. huh~!

misi minggu ni:
  1. 30/10/10[sabtu]: siapkan lab report plant physio
  2. 31/10/10[ahad]: siapkan assignment applied microbe
  3. 1/10/10[isnin]: siapkan lab report tissue culture
AK WAJIB IKUT PLANNING NI~!
lepas tu boleh prepare untuk final exam~!

p/s: minggu ni dah start study week. lepas tu break 2 minggu. then start exam!!!
harap maklum


Friday, October 29, 2010

~genetic engineering~

salam.


yeah~! hectic week is OVER!!
alhamdulillah.
semalam ak tengah google cari image for genetic engineering sbb ak present pasal advantages genetic engineering in the field of medicine.
pastu, ak ternampak gambar ni~! [sila julingkan mata anda ke bawah]




it's man-bear-pig~!
what the ****
gila ape nak gabungkan gene manusia, beruang, dan vavi~!
RIDICULOUS!!!
taw la otak tu geliga tahap cipan.
sampai nak gabungkan 3 gene sekaligus.
taw la ketiga-tiga spesies ni jenis mamalia.
nasib la mereka-mereka ni tak gabungkan mamalia+reptilia.
entah jadi rupa ape la pulak nanti.
ee, geli ak tengok~!
nak pecah pankreas ak ni.
siot je~!



ni lagi satu gambar yg ak dapat dari pakcik google.
ak syak yg ni gene kerbau+gene kangaroo+gene zebra.
ni pun 3 gene sekaligus.
juga jenis mamalia.
kenapa mereka-mereka ni teramat excited state dengan digit 3?
adekah sbb digit 3 tu nombor ganjil?
Rasulullah s.a.w. amat suka dengan nombor ganjil ni.
ak pun minat nombor ganjil ni~!


saintis sekarang bukannya betul sangat.
nak ikut kepala otak sendiri~!
taw la pandai.
TAPI ade yg terbuka hati untuk peluk islam. alhamdulillah.
dan ade jugak tanpa segan silu, buat kajian sembrono sampai terhasil la 2 benda alah ni~!
konon nak buat klon la.
ape kes?
bukan dapat untung pun.
hodoh ade laa.
aiseh. camni la jadinya kalau hidup tak percaya dengan kewujudan tuhan.
kita semua hasil ciptaan Allah.
so, takde sape pun yg boleh buat sebijik macam ciptaan Allah~!
percayalah...


kan bagus kalu mereka-mereka ni carik virus mane yg boleh bagi advantage untuk kita.
erk. ade ke? ngee.
nanti tunggu ak kaji pasal virus-virus yg diselubungi dengan misteri ni.

p/s: watch out with the virus around you.

~zaman muda mudi~

salam.




comeyy tak kami?
suka gambar ni~!
gambar zaman matrikulasi.
sekarang semua dah buat hal masing-masing.
tapi kami still keep in touch via fb. hee.


banyak kenangan pahit manis kat kolej mara kuala nerang(kmkn).
yg paling sweet tyme nama ak diumumkan sebagai pelajar yg berjaya dapat 4.00~!
pergh. mantap~!
yg tu paling ak ingat sbb ak tak pernah expect pun sampai tahap tu ak boleh dapat~!
TAPI tu la kalau dah memang namanya rezeki ak tyme tu.
alhamdulillah.


sekarang pulak camne?
bila lagi ak nak pegang 4.00 tu???


p/s: watch out with the digit 4.00 around you.heh.


Thursday, October 28, 2010

~CLEO limited edition~


salam.


WONDER GIRLS MALAYSIA~!
kami datang untuk gegarkan malaysia.
ngeh3






















































p/s: watch out with the wonder girls around you.

Wednesday, October 27, 2010

~sape dia?~

salam.

ak ni tak berapa nak masuk dengan cerita korea ni.
first cerita korea yg ak tengok: my girl.
ngeh3. memang lawak gila cerita ni. siyes!
sampai ak terguling-guling tengok cerita ni. kihkih.





ak tak berapa kenal hero/heroin korea ni.
TAPI ak cukup minat dia ni!
yg ak taw, dia ni salah sorang group boys over flower.
dia SANGAT-SANGAT COMEYY!
harap maklum... ngee.



ak tengok dia sampai hati ak cair.
ceit. punya la jiwang!
takde maknanya hati ak nak cair. hee.
ak cuma suka tengok muka comeyy dia ni!




haa ni sorang lagi budak boys over flower.
dia ni pun comeyy.
TAPI tak secomeyy yg kat atas tu. hee.



haa yg ni la leader boys over flower.
bagi ak dia tak secomeyy yg 2 orang kat atas ni. ngee.
TAPI cik paan minat giler la yg ni.



nama saya rain.
kihkih.
teringat ak kat iklan tv.
trademark dia: nama saya rain.
ngeh3.


sebenarnya ak teringat kat budak misteri ni.
kihkih.
tetiba keluar pasal hero korea yg comeyy ni.
erk! budak misteri? ngee.
hanya ak and cik paan je yg taw. heh.


p/s: watch out with the mystery guy around you.

~bila hati dah cakap tak nak~

salam.


bila ak cakap ak tak nak, ak tak nak laa!
it's time for peace~!

ketiadaan air secara mengejut semalam membuatkan ak tingtong.
tanpa mandi, ak terus tarik selimut! geram!

sebelum tidur, ak dah set mind ak: tanpa air, ak takde mood!
amek ko! selepas subuh, ak memang berhibernasi dalam selimut!
gara-gara ketiadaan air!
uwaaarrrggghhhhhhhhhhh~!

p/s: watch out with the water supply around you!

Tuesday, October 26, 2010

~seronok dalam kekalutan~

salam...


3 hari 2 malam ak menghilangkan diri dari kolek kediaman ke-4, bilik B220. ngee.

23/10/2010: um>perlis>gua kelam>sri garden hotel.

24/10/2010: sri garden hotel>langkawi>buffalo park>eagle bay hotel>dataran helang.

25/10/2010: eagle bay hotel>perak>ostrich farm>um.


gua kelam yg sememangnya kelam. ngee.
sangat menarik! nak-nak bila terserempak dengan pasangan suami isteri berpegangan tangan kat sini.
ngeh3.
yang pasti halal okay!
erk, ak pun tak sure la. zaman sekarang bukannya boleh beza antara yg dah kawen dengan yg belum kawen.
wallahualam...




saje nak tunjuk cincin kat jari manis ak. ekeke.
yg pasti ak tak bertunang lagi okay!
i'm still single but not available yet! kihkih



masa ni tengah siap untuk pergi bercoli. EH SILAP. pergi berjoli. hee.
takde maknanya kami nak pergi joli sakan. tengah gawat pulak tu.
kami sebenarnya nak pergi jalan-jalan cari gerai sbb perut tengah mendendangkan lagu yg sukar untuk digambarkan.



ni masa kat buffalo park. nama je buffalo park. tapi, cheese production pun ade.
dorang buat cheese secara tradisional je. no machine! wow! amazing!



daging kerbau! fulamak, sedap siot! nyum3



yogurt kerbau! dah nama pun buffalo park, so, semua makanan di sini berasaskan kerbau.
pergh! sangat mengancam untuk ak yg sememangnya penggemar yogurt yg amat tegar.
TAPI sori ak tak suka susu! harap maklum.
dorang ade jugak hidangkan kat kita orang susu yg fresh dari ladang tapi maaf susu itu tak akan dan tak pernah menggoda ak walau seseksi mana pun susu tu!



bau kandang kerbau sangat power! sampaikan ak pun keliru antara bau badan ak dengan bau kerbau. kehkeh.



ak & kerbau. eh, boleh jadi bahan gosip ni! hee.



cart riding! i luv it! best dowh naik benda alah ni.



pokok nyiok bercabang! mula-mula ak tak percaya.
pastu, pakcik tu bawak kita orang kat tempat ni.
amek kau! betul laa...



wonder girls malaysia! hee.
kononnya kami berangan nak buat performance malam ni. kami ber 'boria'.
TAPI benda lain pulak jadi. kihkih.
pape pun, malam ni memang best sbb budak-budak biotek sama gila malam tu.
kami main macam-macam games. best siot! ngeh3.



helang kebanggaan langkawi!
kami sanggup jalan kaki selama lebih kurang 15 minit dari eagle bay hotel ke dataran langkawi!
pergh. sampai je kat hotel, rasa macam nak cabut kaki letak kat tepi katil pastu Zzzzzzzzzzzzzz.
selamat membuta...



rusa yg bertanduk tumpul! kehkeh.
pelik gila tengok tanduk dia tumpul!



ostrich yg sedang bercengkerama depan khalayak ramai. ngee.



muka bahagia selepas berjaya melahirkan telur ostrich yg besar punya!
cam pelik je ayat ni?



agak-agak ni menatang ape?
selamat menjawab...

p/s: watch out with the virus around you.

Friday, October 22, 2010

membawa hati yg lara

salam.

pergh. tajuk entry tak leh blah. kihkih
nanti mesti korang ingat ak tengah putus cinta.
ak bercinta? kihkih.
takde maknanya~~~

**********************************************************



maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kami; budak-budak biotek akan berangkat ke ke utara pada pagi esok! hoorey~~~

kami bakal bertolak pada pukul 8 pagi esok. harap maklum.
maknanya pukul 7.30 pagi ak dengan cik paan dah kena move dari kolej.
pergh. awal sangat tu!

ak amat berharap ak boleh bangun seawal 6 pagi.
ye la. ak kalu dah bersiap tu cam bakal pengantin yg bakal dikawenkan. ngee.

ak amat berharap field trip ni boleh membuka minda ak and bagi ketenangan untuk ak
sbb minggu depan ak bakal berdepan dengan minggu yg paling stress!!!
disebabkan :
  1. tests tissue culture; theory- 26/10 (selasa), practical- 28/10 (khamis)
  2. test biotech technique- 29/10 (jumaat)
  3. assignment applied microbe
  4. lab report plant physio
  5. lab report tissue culture
what a hectic week!
weekend ni dah memang burn camtu je.
ye la. ari sabtu dah bertolak. pastu, isnin malam baru sampai um.

memang ak jadi zombie la nanti minggu depan!

memang betul-betul membawa hati yg lara pergi ke utara ni.


p/s: watch out with the virus around you.

nawaitu bertudung?

salam.


tudung zaman sekarang. pergh cun siot!
TAPI
rupanya kite punya gaya dah seakan-akan sama dengan sister.
betapa jahilnya umat zaman sekarang!


memang ak tak nafikan.
tyme zaman jahiliah ak dolu-dolu, ak pun suka pakai tudung arini ni.
siap pinkan kat bahagian belakang tudung!
tapi takde la sampai nak tercekik leher ak ni. ak still sayangkan nyawa ak lagi wei!
honestly, ak takde niat langsung pun nak tayang leher jinjang ak ni (erk. jinjang ke?)
tyme tu ak cuma niat supaya tudung ak nampak lebih kemas. tu je!


lepas ak dah kenal dunia facebook ni, baru ak taw pasal trend yg sangat-sangat jahil ni.
sekarang ak dah tak berapa nak layan dengan tudung arini sbb nampak macam orang tua je.
(ceh, perasan muda).
setakat pergi kedai kak yah nak beli roti kering tu, ak sarung je tudung arini mak ak ni. kihkih.
tapi no pin-pin kat bahagian belakang tudung ni. biar je la camtu. bukannya mati pun.
satu je advantage tudung arini ni: tangkap muat je. tak payah pikir nak tiup-tiup tudung sampai nampak cun. hee.


shawl! pergh. ak memang giler dengan shawl. harap maklum.
TAPI satu je yg ak kureng berkenan dengan trend shawl zaman sekarang ni.
dorang ni suka lilit shawl dorang sehingga menampakkan nasi lemak 50 sen dorang!
dorang ni tak malu ke? ak yg tengok ni pun rasa nak pergi menyorok dalam longkang kat um ni.
tak sanggup nak tengok wei.
ak tengok dorang ni macam bangga giler dengan nasi lemak dorang. macam dia sorang je yg ade. kihkih.
ak yg pakai shawl ni boleh je tutup ape yg patot!
tak perlu kot nak tayang-tayang benda alah tu!
aiseh. perempuan oh perempuan.


ak cukup tak paham dengan manusia ber'chrosome' XX yg suka sangat on off.
ape kejadahnya kejap pakai tudung, kejap bukak tudung.
ari ni ak nampak comey je si *** pakai tudung.
pastu, esok ak nampak hudus je si *** tanpa tudung!
ai, ke mana ko punya tudung?
patot la semalam ak nampak ko baru keluar dari saloon. jalan straight je.
rupanya baru lepas rebonding rambut!
rambut dah cantik, maka apa kes ak nak pakai tudung?
ceit. ak pelangkung jugak budak ni nanti. heh

p/s: watch out with the virus around you.

Thursday, October 21, 2010

kaya?

salam.

masa: 5.15 petang
subjek: biotek teknik

lecturer: if you want to be a rich person, don't be a lecturer or scientist.


ak hidup ni semata-mata untuk kaya ke?
kalau ak kaya nanti, mesti ak ade kereta mewah, rumah besar, duit berjuta-juta.
TAPI
semua benda-benda alah ni boleh buat masuk kubur ke?
benda-benda alah ni boleh tolong ak jawab soalan munkar nakir ke?


huh.dunia akhir zaman.
kekayaan membuatkan manusia lupa diri!
mereka bangga meluncur di jalan raya dengan kereta mewah masing-masing.
mereka bangga dengan projek mereka yg mencecah jutaan ringgit malaysia.
mereka bangga dengan aset kekayaan mereka.
mereka bangga dengan pakaian mereka yg berjenama.
mereka bangga dengan rumah agam mereka.
pernah ke mereka bangga dengan ibadah mereka?

wahai manusia sekalian alam,
kekayaan korang tu datang dari mana?
kurniaan kerajaan langit ke?
memang la korang cari rezeki siang malam sampai nak mampus, sampaikan perkara yg wajib pun boleh terlupa.
TAPI korang kena sedar, kalau Allah tutup pintu rezeki korang, takde maknanya korang nak dapat rezeki yg melimpah ruah walaupun korang kerja siang malam sampai terkincit-kincit.


inilah dunia.
spesies homo sapien bertungkus lumus mengejar kekayaan siang dan malam.
jika tak kaya maka hinalah kita di sisi masyarakat.
hampes!
habis tu, kalau hina di sisi Allah takpe pulak.
kepala siku kau!
ni amek dari ajaran mana? ajaran kerajaan langit?


ak mula tersedar.
ak hidup di dunia ni kerana Allah!
hidup dan mati ak kerana Allah!
kekayaan hidup bukan matlamat ak.
tapi keredhaan dan keberkatan dariNya paling utama.


ak memang teringin nak jadi saintis sbb ak boleh selongkar kemisterian alam ni.



ak teringin nak taw camne virus yg kecik tu boleh selamba badak dia je jadi big bos dalam sel nukleus.
ak teringin nak taw camne base pair amoeba boleh LAGI BANYAK dari homo sapien sedangkan amoeba tu kecik je.
ko ingat nak tengok amoeba tu kena guna binokular je ke?
memang panjang lila vavi la bulu ketiak ko kalau nak tengok amoeba guna binokular. kihkih.


ak bertambah ghairah bila lecturer ak bukak cerita pasal gene bank.
pergh. bukan duit je yg taruk kat bank TAPI gene pun taruk kat bank!
boleh pulak lecturer ak cakap masa beliau nak buat research pasal chloroplast, beliau order dengan gene bank chloroplast tapi tyme beliau nak buat experiment dia terkezut sbb...
gene kat tangan beliau tu adalah gene dolphin! kahkah


p/s: watch out with the virus around you.

Wednesday, October 20, 2010

pandangan nakal en.XY

salam...

pada suatu pagi yg indah, ak melangkah dengan penuh bergaya pergi ke cafe untuk melantak.
perut ak dah macam-macam bunyi masa dalam kuliah. memberontak.
ak dah paham dengan karenah perut ak ni.
tiap-tiap pagi mesti main gitar la, main piano la, main drum la.
tanda protes. mintak habuan.
haish. kang ak puasa sampai tengah malam, baru taw.
terus stop main muzik-muzik dalam perut ak ni. hee.
tapi yg susahnya ak la. kang tak pasal-pasal melencong pergi spital.


tyme ak tengah rakus cari meja kosong, ak terpandang en.XY comey.
aiseh. ensem+cute. okie la tu. buat tambah stok. ngee.
ok dah. sekarang ni, nawaitu ak satu je : nak bagi habuan kat perut gebu ak ni.
ak pun me 'landing' kan bontot ak kat meja sebelah en.XY comey tu sbb kat situ je yg kosong.
bonus untuk ak! kihkihkih.
lepas amek makanan, baru ak perasan, mata si XY tu sedang galak tengok ak!
ape kes? nak je ak bertempik kat situ, "bai, ak ade hutang dengan ko ke?"
tapi tak sampai hati pulak nak sound en.XY tu sbb dia comey sgt2.
tapi ak sebenarnya dah kembang semangkuk. ye la. en.XY yg jelita. EH SILAP.
en.XY yg ensem+kiut miut tengah usha ak kot. hee.


dah memang sejak azali lagi, ak dikurniakan chromosome XX. cover cun la beb.
makan dengan penuh keayuan. cover siot! tangan ni tengah terketar tahan lapar! ekeke
kalu la en.XY ni takde depan mata ak ni, berterabur ak makan. hee.
pastu, tyme ak jeling-jeling manja dengan si XY ni, dia siap senyum kat ak tu!
dup!dup!dup! mantap.


lepas abes makan, memang terasa berat hati nak berambus dari tempat tu.
sbb en.XY bagi respon positif. dia senyum kat ak!
tapi ak wajib berlalu pergi dalam keterpaksaan. sob3
tetiba en.XY tu bersuara. dalam hati ak ade taman! wee~~~


kawan ak : patot la usha ko dari tadi sampai nak tersembul bijik mata. rupanya nak kenal dengan ko. so sweet!


ak pulak termalu kucing di situ. ngee.


en.XY : ehem. awak. lawa sandal!


mata ak terus otomatik jatuh ke bawah.
erk! pasai apa ak bley tersarung sandal kawen ni???
sebelah pink, sebelah hitam. tak ke haru tu.


ak menikus di situ...


p/s: watch out with the virus around you.

Tuesday, October 19, 2010

salam...

pergh.semalam ak dah macam orang yg amek dadah.
after dinner semalam ak makan ubat sbb tak tahan sangat sakit mata+sakit kepala.
pastu dalam pukul 10 lebih, mata ak yg memang dah sepet ni memang dah tak boleh nak bukak.
tapi ak still tahan lagi sbb tengah kecoh-kecoh nak cari bahan untuk assignment kat tenet
masalahnya bahan yg ak nak tu punya la siot je nak jumpa.
dah la pandangan mata ak ni dah nampak kelabu je.
so, jalan yg paling mudah. tutup laptop. cuci muka, gosok gigi, tarik selimut. selamat malam. hee




p/s: watch out with the virus around you.